Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, November 7, 2012

Rezeki Contest -Syahirah, KFC Voucher, Phillips DVD, Occubite, Dutch Lady


#Cosmo/Syahirah

Menang hamper barangan Syahirah dari majalah Cosmopolitan bulan September. Ummi redeem hadiah ni minggu lepas kat pejabat MTouche. Dapat satu beg plastik penuh dengan segala macam barang. Ada krim muka untuk siang, malam pagi petang, krim pencerah, pencuci muka, losyen, bedak, deodoran, perfume, lipstik etc. Even ubat jerawat pun ada! Suuuuka sangat! Rasa berbaloi travel jauh2 redah jem bila dapat hadiah punyalah banyak pakai setahun pun belum tentu habis. Tapi ummi dah plan sebahagian dari hadiah tu nak 'recycle' jadikan hadiah bday Wak Ani lagi 2 bulan. Hahaha cheapskate!

#Dutch Lady/Voucher KFC

Actually ni bukan hadiah menang contest, tapi dapat voucher KFC sebab redeem barcode susu Dutch Lady. Aiza dengan Asyraf dua2 minum susu ni. So on average tiap bulan 5 pek susu habis (kat rumah dan kat nursery). Yang bestnya barcode pek susu ni boleh collect points dan redeem macam2 hadiah (toys, voucher etc). Untuk kali ni ummi redeem RM30 voucher KFC.

#Carnation/Phillips DVD Player

Menang Phillips DVD player worth RM169 dari contest Carnation. Ummi hantar 2 entries; satu nama ummi satu nama abah. AS USUAL nama abah yang sangkut (why ah???). Minggu lepas baru fax semua details kat organizer. So sekarang tgh tunggu pihak kurier hantar. Honestly, kitorang pun taktau nak buat apa DVD player ni. Sebabnya sekarang dah tak pernah beli DVD. Semua cerita pun download saje dari internet. Tapi apapun, syukur alhamdulillah!

#Occubite/Cleo
Pic from Occubite website
Menang voucher Occubite's muffin dari majalah Cleo. Ummi menang 2 voucher (satu nama ummi satu lagi nama abah). Satu voucher boleh redeem 6 pieces. So total boleh redeem sedozen muffin. Suuuuka sangat (ummi kalau menang contest dapat makanan memang super excited! hahaha). Tengok kat gambar pun macam nampak sedap. Macam2 perisa ada. Nama muffin pun catchy. Ada Banana Pajamas, Katy Berri, Megan Floss etc. Tak sabar tak sabar tak sabar....

#Lucky Draw/IEEP
Aiza tolong bukakkan hadiah ummi

Cantik kan?

Ha yang ni pun bukan menang contest, tapi menang lucky draw masa talk IEEP semalam. Tak sangka nama naik. Ummi dapat jam dinding yang cantik. Dah plan nak gantung kat opis.

Masa talk semalam, speaker jemputan ialah Prof. Dr Harlina Haliza Siraj, pakar O&G dari UKM yang jugak penceramah bebas. Semalam dia cakap pasal "Teaching With A Soul". MasyaAllah speech dia saaaaaaaaaaaaaangat menarik. Terkesan dalam jiwa ummi. Terus muhasabah diri bila kita jadi lecturer ni, peranan kita bukan setakat mengajar tapi lebih dari tu. The way she presented her speech tu sangat-sangat-sangat engaging. No wonder dia jadi one of the top penceramah kat Malaysia ni. So semalam bila ummi menang lucky draw, dia yang tukang bagi hadiah. Menang lucky draw - dapat salam dengan Dr.Harlina - double keriangan!

#Kenali Potensi Si Manja/Dutch Lady

Semalam petang ada orang Dutch Lady call bagitau ummi menang hadiah harian untuk Peraduan Kenali Potensi Si Manja Dutch Lady. Hadiahnya set permainan worth RM250. Contest ni still running sampai hujung bulan ni. Hadiah utama cash RM150K! Hadiah yang lain pun menarik jugak. Dan yang bestnya, ada hadiah harian untuk 10 pemenang. So bayangkan contest ni running untuk 2 bulan = 60 hari = 60x10 pemenang. Peluang nak dapat hadiah harian tu rasanya cerah. Dan kepada sesapa yang dah menang hadiah harian, still ada peluang untuk menang hadiah utama. Caranya senang, cuma isi form dan attach barcode susu Dutch Lady. Kepada sesapa yang ahli Dutch Lady Mom's Club, siap boleh collect points yang kemudian boleh redeem macam2 hadiah (macam ummi redeem voucher KFC RM30 tu).
Lepas tu pagi ni abah call dari Kelantan bagitau yg orang Dutch Lady pun call dia jugak. So kami menang 2 set mainan - one for Aiza, one for Asyraf. Alhamdulillah.



3 comments on "Rezeki Contest -Syahirah, KFC Voucher, Phillips DVD, Occubite, Dutch Lady"

Mr & Mrs Sallehudin on November 7, 2012 at 1:25 PM said...

congrats.. bestnyer dpt hadiah.. :)

ummi aiza on November 7, 2012 at 2:49 PM said...

Mrs Sallehudin: alhamdulillah, hobi suka2 isi masa lapang. Sesekali menang, sengih sampai telinga hihihi.

AyuArjuna BiGoshh on November 7, 2012 at 4:59 PM said...

tahniah weh :)

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez