Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, November 27, 2012

Naik Darjah


Minggu depan, Aiza dengan Asyraf sama2 naik darjah a.k.a pindah kelas. Kat IIUM nursery, style dia lain sikit. Kalau budak setahun, dia masukkan ke kelas 2 tahun, kalau budak 3 tahun masuk kelas 4 tahun and so forth. Sebabnya dia nak bagi masa panjang sikit masa 5 dan 6 tahun sebab nak ajar baca dan menulis. Tapi tu pun tengok jugak pada availability of the class. Kalau kelas tu dah penuh, takdelah dia sumbat penuh2. Duduk jelah diam2 kat kelas yang bersesuaian dengan umur sampailah hujung tahun. 

So walaupun Aiza baru je masuk 4 tahun, tapi minggu depan dia dah pindah masuk kelas 5 tahun. Si Asyraf pulak masuk kelas 2 tahun. Harapnya anak2 ummi cepat pandai.

Walaupun baru kat nursery, tapi bila anak pindah kelas - sibuknya ngalahkan anak nak masuk asrama. Dari minggu lepas duk asyik ajak abah beli baju swiming budak berdua tu. Baju swimming Aiza yg lama dah buruk/tipis segan dengan kawan2. Asyraf pulak memang tak pernah ada baju swimming so ni baru nak beli sebab nanti dia pun akan ada kelas swimming jugak. Selain tu nak kena beli uniform Aiza, baju sukan, tudung putih etc. Macam ummi kata tadi, ni baru nak pindah kelas kat nursery. Kot nanti ditakdirkan Aiza dengan Asyraf masuk asrama, mahu ummi unpaid leave satu semester nak siapkan barang diorang. Melampau lettew! -> eja ngada2 hahaha.



0 comments on "Naik Darjah"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez