Ummi gila bayang!
Penangan tengok cerita Adam & Hawa macam ginilah gayanya. Kat rumah takde Astro Mustika, so duk layan Adam & Hawa kat internet. Dulu masa mula2, asyiklah 'merayu' kat abah tolong carikkan link then tolong downloadkan sekali.
Ummi: Abah, Adam Mukhriz please. (dah tak sebut nama cerita, terus mention nama hero je kihkih)
Abah: hmmm..yelah. Whatever. -> malas nak layan
Tapi la ni, dah berlambak orang upload kat You Tube or Dailymotion. Semua orang pun dah terkena 'virus Adam Hawa' agaknya. So abah boleh main jauh2 aku tak perlu servismu lagi hahahaha.
Ummi tak baca novel dia. So makinlah tambah 'meroyan' ngadap citer ni sebab nak tahu jalan cerita - macam ala2 saspens gitu. Cerita ni ada 80 episod. As of semalam dah sampai episod 52. Dijangka kemeroyanan ummi ni akan berakhir pada bulan January 2013 dengan berakhirnya cerita tersebut.
Untuk sesapa yang tak pernah tengok, cerita Adam Hawa ni punyalah jiwang. Fefeeling romantik tengok cerita ni dari mula sampai abis. Lagi2 episod malam semalam. Siap tekup muka depan skrin sebab tak tahan tengok muka Haron Ajis. Terasa renungan mata Haron Ajis tu menusuk ke kalbu - straight to my heart gitu! Hadoooiiii...tak cukup oksigen...tak cukup oksigen..hahaha over le sangat!
Hai 'abang' Aron!!! |
Kat atas tu gambar hero & heroin cerita Adam Hawa. Sangat superb lakonan diorang. Bila ada je scene diorang berdua ni, terus ummi senyum meleret tersipu2. Takde motif langsung!
Oklah nak balik kerja dah ni. Selamat berhujung minggu semua! Tak sabar nak tunggu Isnin depan sambung tengok cerita Adam Hawa. Sambil tu, biar ummi cerita meleret2 kat abah pasal Adam Mukhriz - biar berdarah telinga dia kahkahkah.
2 comments on "Oh Adam Mukhriz!"
setuju.scene mlm td sweet sgt.mcm nk masuk dlm tibi jea.adoilah
tulah kan, kalau boleh masuk tv dah lama lompat dalam situ. boleh tolong hempuk kepala johan guna tong gas kihkihkih.
Post a Comment