Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, November 5, 2012

Home Alone


Abah ada kursus di HUSM Kubang Kerian selama 3 hari dari hari ni sampai Rabu. So sepanjang tempoh tu ummi, Aiza dgn Asyraf akan hidup nomad pindah randah. Sebabnya ummi dah lama tak drive. The thought nak kena drive kereta Alza dengan 2 orang budak yang tidak ditrain untuk duduk dalam car seat terasa macam mencabar jugak. Sudahnya, malam tadi ummi tidur rumah Cikta. Pagi ni pegi kerja Cikta hantar. Ni petang ni sama ada Cikta atau Ciwan yang akan ambik. Hari ni kami balik Kepong tapi esok taktau lagi. Mungkin balik Kepong, atau mungkin balik Puchong. Tak kisahlah asal bukan tidur di ofis.

Aiza pagi tadi dah melalak cari abah. Padahal kalau abah kat depan mata, asyik bergaduh je kerjanya (eh macam cakap pasal diri sendiri pulak haha). Sejak kawin, kitorang jarang pisah2. Kalau abah kursus, ummi mesti ikut. Kalau ummi kursus, mesti abah KENA PAKSA ikut. Tapi kali ni abah pergi Kelantan ummi tak boleh ikut sebab ada BOE meeting dan IEEP talk. 

Tapi ummi cakap ni bukan bermakna ummi dah rindu kat abah. Siap dah plan malam ni sempena ketiadaan abah, ummi nak order Dominos Pizza hahahahaha. Yabedabedu! Selebret le konon2nya. Entah apa yang nak diselebret ummi pun taktau!


2 comments on "Home Alone"

azlie on November 5, 2012 at 7:03 PM said...

tak heran la dominos abah dah mkn radix fried chicken haha

ummi aiza on November 5, 2012 at 11:02 PM said...

Tak jadi beli dominos. Upgrade jadi durian D24 hahaha

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez