Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, November 22, 2012

Penangan Musang King


Ummi dengan abah hantu durian. Tiap kali musim durian, 80% topik perbualan kitorang laki bini pasal durian je memanjang. Macam over je kan statement tu hahaha. Selama ni kitorang makan durian kampung yang longgok2 tepi jalan je. Paling canggih pun up sikit jadi udang merah atau D24. Tapi 2,3 menjak ni dah 'naik pangkat'. Dah tak heran dengan D24. Durian longgok lagilah sedih, pandang pun tidak. Memang berlagak gila. Sebabnya sekarang ummi dengan abah dah beralih ke Musang King pulak. Kalau dalam keluarga durian, kira Musang King ni yang paling tinggi le tahapnya. Dan kalau tengok harga, jenis Musang King ni lah yang paling merabakkan poket.

Musim yang lepas, sekilo RM25-RM30. So kalau beli sebiji je senang2 boleh cecah RM70. Menggigil tangan bila nak bayar. Tapi bila dah rasa...pergh tak terkata. Isinya kuning, tebal, biji kecik2, manis cum pahit2 sikit. HEAVEN!

Yang lagi heaven, musim durian kali ni harganya dah turun! Ada satu kedai depan Carefour Kepong tu jual sekilo RM10 je. Tapi kitorang takut tak original so beli kat kedai yang biasa beli, sekilo RM16. Itupun mulanya macam tak percaya siap tanya dua kali. Sebab murah, beli sampai 2 biji. Hambik kau. Baru makan seulas abah dah kata pening kepala. Penangan Musang King!
Ummi kalau beli musang king memang suruh orang kedai tu kopek siap2 masuk dalam bekas
Dan kerana penangan Musang King jugaklah, wiken ni Cikyah nak datang rumah kitorang sebab katanya kat Tronoh takde jual. 

So pada sesapa yang nak merasa Musang King tu, meh le datang Kepong. Bukanlah ummi nak belanja, ummi boleh tunjuk jalan nak pegi gerainya je hihihi.





0 comments on "Penangan Musang King"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez