Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, January 30, 2015

Me and Zamani: Tak Mungkin Berpaling!

1 comments
Minggu lepas kan kecoh pasal Zamani Slam kena tangkap hisap dadah. Lepas tu timbul pulak isu dia kena buli menyanyi dalam keadaan tangan bergari. Ummi taknak komen hal tu. Tapi ummi memang nak bercerita sesuatu pasal Zamani.

**********************************************************************************

Ummi ni peminat no 1 dia. Okeylah...okeylah kalau bukan no 1 pon bagilah ummi top one hundred. Kira mcm die hard fan jugak! Masa zaman sekolah dulu, boleh kata Slam le kumpulan paling femes. Lepas kemunculan Slam, mulalah timbul banyak kumpulan lain yg start dari S jugak. Scoin, Spoon, Sting, Score, Sponge (ade ke??). Pendek kata, semua nak start dari huruf S. 

Boleh kata semua lagu Slam ummi tahu tau. Kadang2 time tgh tak betul, selalu jugak ummi dgn abah laki bini karaoke lagu Slam. Kitorang kalau berpadu suara memang terkedu jiran tetangga semua kahkahkah. Memang konfiden habis especially part chorus.

** Ehem...ehem...tuning suara jap. Nak nyanyi lagu Kembali Terjalin sat lagi. Dah dari semalam minum air asam jawa semata2 nak mantapkan suara hahaha**

Ok sambung cerita. Masa ummi tingkatan 3, Zamani Slam datang sekolah ummi. Dia datang dengan sorang makcik ni yg nak melawat anak dia (senior kitorang). Dia datang solo je tak ajak groupmates yg lain. Bergegar le asrama pompuan dengan berita kedatangan Zamani. Lepas tu korang nak tahu, Zamani Slam lepak kat study room form 3. Dan dia duduk kat meja ummi. Ulang suara! Dia duduk kat meja ummi #insert-riak-mode-here.

Time tu punyalah panjang  beratur budak pompuan nak ambik otograf si Zamani. Ada sorang kawan ummi ni yg konon2 die hard fan jugak, siap ambik otograf sambil pakai telekung lagi sebab baru balik dari surau. Tak sempat dah dia nak balik dorm tukar baju lawa2 kihkihkih.

Ummi pon terhingin jugak nak dapatkan otograf dia. Tapi malas nak beratur. So ummi potong queue. Jalan menonong ke meja ummi. Lepas tu buat scene ala2 terkejut nampak Zamani kehkehkeh. "Mintak mahap ye. Saya nak ambik buku" sambil terbongkok2 selongkar meja cari ape2 jelah buku mana yang jumpa. "Meja awak ke? Tumpang duduk ye" polite je suara Zamani awwww berdebar ai kihkihkih. Then Zamani offer nak bagi ummi otograf. Yess, berjaya tektik aku kihkihkih. Silap time tu takde henpon kalau tak sure dah ambik gambar selfie dgn Zamani boleh jadi bahan nak riak kat abah.

Dipendekkan cerita, time selongkar2 meja tu cuma jumpa buku Sasbadi Geografi je. Belasah jelah. Geografi pon geografilah. Hasilnya, dari memanjang dapat C ummi berjaya dapat A PMR. Hebat tak???? Patutnya semua buku pon ummi suruh Zamani sign. Sekali dgn buku teks semua hahaha. Tiap kali bukak buku geog, kat mukasurat pertama mesti senyum2 tgk otograf Zamani. Lepas tu stop kat page tu je tak selak2 page lain kuikuikui.

Di kesempatan ni ummi nak ucapkan terima kasih kat Zamani sbb jadi pendorong utama atas kejayaan ummi merangkul A dalam subjek Geog time PMR. Jasamu dikenang Zamani. Ingat daku dalam doamu!




Monday, January 26, 2015

Indoor Bicycle

2 comments
Sejak Aiza sekolah ni, aktiviti jogging abah setiap pagi dah terganggu. Kena tunggu wiken baru boleh pulun jogging. So mulalah ummi dengar komplen sana sini kononnya tak cukup training nak join marathonlah, tak cergaslah dan macam2 lagilah. Eleh, itu semua alasan2 nak beli peralatan bersenam kat rumah. Mulanya ummi malas nak layan. Buat semak rumah je. Tapi bila tengok berat sendiri tak pernah turun sejak bersalinkan Anas, so just say YESSSS. For the record, setiap kali ummi bersalin, akan ada lebihan 1kg yang TAK AKAN BOLEH HILANG huhuhu. So lepas 3 kali beranak, boleh bayangkanlah berapa berat ummi.

Dengan azam dan tekad dan kredit card, beberapa minggu lepas kami berdua ke One Utama dan beli ini:
Horizon Indoor Bicycle from Johnson Fitness. Sila abaikan dinding berconteng kat belakang tu.
Harga asal lebih dari 2K. Tapi masa kami beli tu ada promosi. Kami bayar lebih kurang RM1600. Dapat free gift yoga mat (yang ini sebenarnya paling ummi suka) dan botol air. Yoga mat tu dah selamat ummi bentang depan TV buat golek2 Anas hahaha.

So far dah banyak kali jugaklah ummi training guna basikal ni. Mula2 dulu kayuh tak sampai 15 minit dah penat. Sekarang ni, macam dah ok sikit hihihi. Yang ummi tak puas hati tu, semalam ummi timbang dengan harapan berat makin turun. Sekalinya tengok, makin naik 1 kg. What the....???????



Friday, January 23, 2015

My Little Pony: From Passion to Obsession

2 comments
Tak pasti sejak bila Aiza mula minat dengan cerita ni. Tahu2 je newsfeeds dan suggestions kat YouTube penuh dengan My Little Pony. Bermula dengan tengok segala video kat YouTube, dia start hafal nama semua karakter yang ada. Yang kelakarnya, ummi abah dgn Asyraf pon terhafal sama. Apple Jack, Pinky Pie, Flutter Shy, Twilight Sparkle, Rarity, Rainbow Dash semua kitorang dah kenal hahaha. Abah siap tolong torrentkan lagi movie dia; Rainbow Rocks dengan Friendship Is Magic. So hari2 layan My Little Pony ketawa sorang2 depan tablet.

Bila dah selalu tengok, dia start hafal lagu2 My Little Pony. Karaoke hari2 dengan Asyraf. Kitorang laki bini impressed ok! Sebab lirik dia agak complicated jugak tapi tak sangka diorang berdua boleh hafal sebijik2. Terlalu selalu dengar lagu Pony sampaikan kalau ummi duduk sorang2 kat opis pon boleh terngiang2 lagu tu dalam kepala. Mmg dah lama bye-bye kat lagu rock, lagu nasyid, lagu jiwang ...semua dah diganti dengan Cutie Mark Crusader, Battle of the Band etc.

Then bila kitorang jalan2, pantang nampak mainan Little Pony, dia dah mula mintak nak beli. Ada jugaklah yang kitorang layankan bila harganya affordable. Kalau mahal takde sales memang buat dunno jelah. First pony beli masa pegi Perth hari tu. Doll Twilight Sparkle. 
Sepatutnya doll ni pakai baju. Tapi dah diganti dgn loom band ikut kreativiti Aiza. Ada ciri2 nak masuk Project Runway pulak agaknya :)
Sekarang ni dah mula beranak pinak. Latest sekali yang ni:
Soft toy Pinkie Pie. Harga RM29.90 beli kat kedai Speedy OU. Besar jugak sizenya.
Lepas tu sekarang Aiza dah buat anjakan paradigma. Maju setapak lagi dalam bidang My Little Pony ni. Dia start melukis pulak! Habislah segala kertas pantang ada ruang, penuhlah dengan lukisan pony. Dulu masa dia tadika, selalu jugak dia lukiskan utk kawan2 yang berminat. Ni bila dah masuk darjah 1, dia cater utk kawan-kawan sekelas hihihi. Ni antara lukisan dia yg ummi sempat capture:



Antara lukisan terawal

Yg ni dia lukiskan utk Fatin, kawan duduk sebelah dlm kelas. Then mama Fatin upload kat whatssapp group Mommies 1 Kenanga :)


Boleh tahan kan? Kalau bukan ummi siapa lagi nak puji anak sendiri. Makin lama makin kemas. Tak tahu mana dia dapat bakat melukis ni. Yang pastinya bukan dari abah sebab abah tangan kayu kihkihkih. So most probably dari ummi (abah sila jgn muntah).



Wednesday, January 21, 2015

How Time Flies

1 comments
Aiza dah masuk Darjah 1. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je semalam tengok dia terkedek2 belajar jalan. Tiba2 hari ni dia dah tarik beg masuk van pergi sekolah huhuhu #insert-clingy-mom-syndrome-here.
Tengah tunggu van sekolah datang


Sejak dia sekolah, rutin hidup kami anak beranak berubah 360 darjah. Kalau dulu boleh bangun lambat kadang2 lepas subuh sambung zzz, sekarang pukul 5.30am dah kena zasssss bangun pagi siapkan beg, prepare baju etc. Aiza sekolah sessi petang. So pagi pukul 8-11am sekolah KAFA kat masjid depan UIA. Petang pulak sekolah kebangsaan dari pukul 12.20-6.20. Gitu gini redah jem, around 7.30mlm baru kitorang sampai rumah.
With abah: Registration day on 2nd Jan 2015
Kawan sebelah meja, Fatin Farhana
Kat sekolah KAFA. Macam2 gelagat hari pertama. Kawan sebelah dah menguap. Yg kat belakang dah gaduh :)
Sebab bangun awal, maka tidur pun awal. Jangka hayat mata ummi sekarang sampai pukul 930 malam je. Paling lewat pun pukul 10 malam rumah dah gelap gelita hahaha. Orang lain layan TV tengok bola ke, AJL ke hape ke...kitorang dah tak ingat dunia. Esok paginya bila orang cerita macam2 kat ofis, mulalah mulut ternganga hahaha.
By pukul 9 mlm dah pengsan :) kalau lambat tidur mulalah dia moody, tantrum dan start cari gaduh dgn semua orang.
Sekarang barulah ummi terasa nikmatnya cuti sekolah atau hujung minggu huhuhu. Kalau dulu pantang ummi takde kelas, cepat je tangan nak klik apply cuti. Sekarang ni, ada kelas ke takde kelas, kau duduklah kat opis tu diam2 sampai pukul 6 petang tunggu Aiza balik!! Hambik kau.



 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez