Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, April 28, 2015

Nilai Seringgit

1 comments
Hari tu Aiza mintak duit RM1 nak beli kueteow goreng kat kantin lepas habis sekolah agama. Katanya sedap & tak pedas. Padahal kalau ummi or abah gorengkan mee kat rumah punyalah susah dia nak makan. Kalau kat kantin tu semua sedap!

So esoknya abah pon bagilah RM1. Sambil tu ummi jokingly cakap kalau betul mee tu sedap ummi nak rasa sikit. Sekalinya bila balik sekolah, dia lenggang kangkong empty handed. So ummi tanyalah mana mee goreng yg dia plan nak beli. Sekalinya dia cakap "Kakak ada RM1 je. Kakak tanya pakcik kalau nak beli 2 bungkus kena ada RM2".

Ummi: "Kenapa nak beli sampai 2 bungkus?"
Aiza: "Sebab ummi kata ummi pon nak. Kakak cuma ada 1 ringgit je jadi kakak tak beli"

Aduhai. Sedih ummi jadinya. Kerana takde duit nak beli mee untuk ummi, langsung dia tak jadi makan huhuhu. Nasib baiklah sekolah agama tu dekat. Depan UIA je pon. So ummi pon heretlah dia pegi sekolah semula semata2 beli mee. 

Pagi ni pulak, dia kata lapar. Tapi sebab memilih makan, semua benda yg kita offer dia taknak. Ummi tanya apa kuih yg ada jual kat sekolah. Dia cakap ada jual karipap 0.50/satu. Tapi dia tak pernah beli sebab takde duit 50 sen, yg dia ada cuma duit RM1 je. Sekali lagi ummi tepuk dahi! Belum paham konsep duit rupanya hahaha.


A Mother's Love

1 comments
Menangis ummi baca posting ni. Pasal seorang ibu yang diagnosed dengan breast cancer stage 3 masa mengandungkan anaknya. Dia dah buang satu breast, then underwent chemotherapy. Dia lahirkan anak dia masa 36-weeks of pregnancy. Baby dia lahir selamat, cukup sifat. Baby boy! Lepas je lahir, terus si ibu ni susukan anak dia guna satu breast yang tinggal. Touching tengok gambar ni. Pengorbanan seorang ibu kadang2 memang tak terjangkau.

Betapalah dia berusaha nak susukan anak dia walau cuma ada satu breast. Insaf ummi jadinya. Sebab ummi selalu mengeluh tak cukup susu, Anas asyik menggigit, malam2 tak cukup tidur etc. Seribu satu komplen. Siap kadang2 tanya Anas bila dia nak berhenti susu. Macamlah dia paham!!

Orang lain yang serba kekurangan serba kesakitan berusaha nak bagi breastmilk kat anak dia. Ummi yang Allah bagi kesihatan ni banyak pulak komplen. Astagfirullah. Sangat2 insaf!

Ok. Nak sambung nangis.



Monday, April 27, 2015

Workaway

1 comments
Ciwan is away backpacking. Off to Bulgaria! Tak pernah terpikir kat kepala ummi ada orang nak pergi Bulgaria. So bila ciwan kata nak ke sana, speechless ummi jadinya!

Setiap orang ada keinginan masing2. Dan rasanya inilah yang ciwan nak selama ni. Backpacking mengembara serata dunia. Knowing him, dia memang nature lover. Nasib baik belum ada anak bini. Senanglah nak buat 'kerja gila' macam ni. Ummi pon kalau dibagi pilihan nak jugak jalan2 tengok negara orang, tak perlu fikir pasal kerja, meetings, traffic jam etc. Tapi apakan daya.

So ciwan will be back in 2 months. Niat asalnya dia nak backpack sampai hujung tahun. Tapi hasil negotiation ummi, jadi 2 bulan je hihihi. 
Sementara tunggu departure :(

Sesapa yg ada pasang niat nak backpack, bolehlah try cara ni. Pergi tgk website www.workaway.com ni. Konsep dia mudah je. Ada host dan ada backpackers. Just daftar, pilih negara mana kita nak, then cari host yg available. Biasanya kat tempat host tu kita akan tolong dia buat kerja2 simple i.e gardening, cleaning, repairing etc. In return kita akan dapat free lodging and free meals. Tiket kapal terbang of course lah kita yg bayar. So dari situ bolehlah kita backpack dari satu tempat ke satu tempat.

Macam tempat yg ciwan pegi ni, host tu ada ladang kuda kat kaki gunung. Dari gambar2 yang dihantar, macam best jugak. Tiap hari around 4-5 hours tolong host dia bersihkan kandang, bagi makan etc. Backpackers lain pon ramai rupanya. InsyaAllah bulan depan dia nak ke Turkey pulak.

So sekarang mode jalan2 ummi dah turned on. Cepatlah Air Asia buat promosi! Tak sabar nak berjalan.




 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez