Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, April 28, 2015

Nilai Seringgit


Hari tu Aiza mintak duit RM1 nak beli kueteow goreng kat kantin lepas habis sekolah agama. Katanya sedap & tak pedas. Padahal kalau ummi or abah gorengkan mee kat rumah punyalah susah dia nak makan. Kalau kat kantin tu semua sedap!

So esoknya abah pon bagilah RM1. Sambil tu ummi jokingly cakap kalau betul mee tu sedap ummi nak rasa sikit. Sekalinya bila balik sekolah, dia lenggang kangkong empty handed. So ummi tanyalah mana mee goreng yg dia plan nak beli. Sekalinya dia cakap "Kakak ada RM1 je. Kakak tanya pakcik kalau nak beli 2 bungkus kena ada RM2".

Ummi: "Kenapa nak beli sampai 2 bungkus?"
Aiza: "Sebab ummi kata ummi pon nak. Kakak cuma ada 1 ringgit je jadi kakak tak beli"

Aduhai. Sedih ummi jadinya. Kerana takde duit nak beli mee untuk ummi, langsung dia tak jadi makan huhuhu. Nasib baiklah sekolah agama tu dekat. Depan UIA je pon. So ummi pon heretlah dia pegi sekolah semula semata2 beli mee. 

Pagi ni pulak, dia kata lapar. Tapi sebab memilih makan, semua benda yg kita offer dia taknak. Ummi tanya apa kuih yg ada jual kat sekolah. Dia cakap ada jual karipap 0.50/satu. Tapi dia tak pernah beli sebab takde duit 50 sen, yg dia ada cuma duit RM1 je. Sekali lagi ummi tepuk dahi! Belum paham konsep duit rupanya hahaha.


0 comments on "Nilai Seringgit"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez