Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, October 3, 2013

IIUM Educare Sports Day 2013

0 comments
Ini sebenarnya event dua minggu sudah, tapi baru sekarang ummi ada masa nak tulis cerita pasal Si Asyraf punya hari sukan.

Kat  nursery UIA, budak2 seawal umur 2 tahun dah disuruh join sukan. So bayangkanlah budak2 kecik ni disuruh berlari, buat itu buat ini - memang macam2 perangai boleh nampak. Kelakar ada, geram ada, cute pun iye jugak. Sambil bersorak, sambil tergelak!

Asyraf masuk acara Ring Twist. Kena lari sampai garisan penamat, then masukkan ring dalam kon yang disediakan. Berdasarkan report dari teacher, tiap kali rehearsal Si Mamat Kecik tu kadang2 nak buat kadang2 taknak. So tawakal jelah.

Sehari sebelum tu, gigih ummi & abah belikan dia kasut baru. Sebabnya kasut lama dah koyak (padahal baru je beli masa raya yang lepas). Takpelah, anggap itu semua investment utk Asyraf a.k.a Usain-Bolt-in-the-making kihkihkih.

Ini gambar di hari kejadian. Baru lepas mandi. Macam mamai2 je lagi.
Kakak yang terlebeh excited :)
Sampai sana, terus daftar dan dapat goodie bag.Lepas tu duduk kat tempat yang disediakan. Mak bapak pun semua duduk sekali belakang garisan permulaan dengan anak2 :)

Merenung masa depan - memikirkan strategi terbaik untuk kalahkan kawan2 yang lain kihkih

Kakak bagi khidmat nasihat. Padahal masa dia umur 2 tahun dulu, melalak kat tengah2 stadium taknak habiskan lari.
So apa endingnya? Bila dah sampai acara dia, ummi teman kat garisan permulaan, abah pulak tunggu kat garisan penamat sambil ambik video. Ni ha hasilnya.




Menang atau kalau tetap dapat hadiah. So inilah koleksi medal yang terbaru.
Kat bawah ni pulak video abah ambik.



Wednesday, October 2, 2013

Love Story: Ummi and Tupperware Part II

0 comments
Ummi pernah cerita macam mana ummi mula2 terjebak dengan tupperware kat entry ini.

Lepas dari tu, ummi berangan nak ada set cariolier pulak. Dan alhamdulillah bulan puasa yang lepas berjaya beli with good bargain. Kebetulan ada kawan opis jadi dealer.


Ummi beli set ni dengan harga RM70. Harga asal RM76.80
 Dan dapat Jumbo Goody Box ni FREE. Retail price RM40.90. Berbaloi rasanya.
Bukan setakat tu, ummi beli 2 Cake Gift Set jugak macam dalam gambar kat bawah. Beli ramai2 dengan opismate.
Tapi tak ingat berapa harganya. Satu set untuk Nyai, satu set lagi untuk MIL.
So I thought that was it. No more tupperware le lepas tu kononnya. Kang beli banyak2 abah bagi pandangan sinis pulak!

Sampailah minggu lepas tiba2 opismate si dealer tupperware ni hantar email kat semua orang bagitau ada new promosi. Sesapa beli barang tupperware worth RM100 boleh beli 4 biji Winnie the Pooh Canister dengan harga RM24.90. Retail price RM77.60. Menarik jugak kan? Kiranya purchase-with-purchase le. Masalahnya ummi taknak beli apa2 tupperware harga RM100. Ummi cuma nak yang set Winnie the Pooh tu je hahaha.

Dipendekkan cerita, kebetulan ada opismate yang nak beli tupperware tapi taknak ambik set PWP tu. So dapatlah kat ummi.

Ni ha buah hati ummi yang terbaru:
Comel kan?
Ini isi dalam kotak. Ada 4 kaler lain2. Dah plan nak jadikan canister ni bekas isi kuih raya tahun depan hahaha
Harapnya lepas ni janganlah tupperware buat apa2 promosi lagi. Kang tak pasal2 terjebak beli itu ini.

Tuesday, October 1, 2013

Malaysian Open, Kuala Lumpur 2013

0 comments
Sepanjang hidup ummi tak pernah tengok game tennis. Kalau tengok kat TV pun tak pernah habis. I don't even know how points are awarded. Tapi jangan tak sangka, weekend lepas ummi ke Stadium Putra Bukit Jalil tengok Malaysian Open hahaha. Live gitu! Semuanya gara2 abah menang contest dapat dua tickets untuk tengok match either Semi Final or Final. Semi Final hari Sabtu. Final hari Ahad. Kitorang pilih Semi Final.
Awat gambar ni jadi tonggang terbalik bila masuk kat blog???

Wajah2 yang penuh dengan semangat kesukanan kihkihkih
Game start pukul 2.15pm. So tengahari tu singgah Koi rumah Cikta - lunch dan solat dulu. Plan asalnya abah je nak pergi bawak Aiza (sebab cuma ada 2 tiket). Sekalinya bila sampai rumah Cikta, dia ada 4 keping tiket taknak guna. So end up ummi dan Asyraf pun ikut sekali. 

Masa kitorang sampai, game dah start. Between Sousa lwn Melzer. Siapa diorang, dari negara mana, ranking berapa - semua ummi taktau kihkih. Bola out ke bola in pun ummi taktau. Yang penting bila orang tepuk tangan, ummi-Asyraf-Aiza pun tepuk tangan sama hahaha.
Lengang je stadium. Nampak sangat orang Malaysia tak minat tennis :)

Abah kata sepatutnya tak boleh ambik gambar/video. No recording. So ni snap masa pemain tgh berehat.
Kitorang tak tengok sampai habis pun. Bila dah masuk match ke-3, then Asyraf pun start tak boleh duduk diam, kitorang pun balik. Memang pergi semata2 just for fun nak tunjuk kat Aiza & Asyraf pasal game tennis. Dan nak tunjuk kat diorang jugak macam mana rupa bentuk stadium. Nasib baik le tiket free, kalau nak keluar duit semata2 tengok match tak sampai sejam, jangan harap le! 

*Tapi dah berangan kot2 nanti ada game badminton Lin Dan vs Lee Chong Wei, teringin jugak nak tengok.


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez