Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, October 2, 2013

Love Story: Ummi and Tupperware Part II


Ummi pernah cerita macam mana ummi mula2 terjebak dengan tupperware kat entry ini.

Lepas dari tu, ummi berangan nak ada set cariolier pulak. Dan alhamdulillah bulan puasa yang lepas berjaya beli with good bargain. Kebetulan ada kawan opis jadi dealer.


Ummi beli set ni dengan harga RM70. Harga asal RM76.80
 Dan dapat Jumbo Goody Box ni FREE. Retail price RM40.90. Berbaloi rasanya.
Bukan setakat tu, ummi beli 2 Cake Gift Set jugak macam dalam gambar kat bawah. Beli ramai2 dengan opismate.
Tapi tak ingat berapa harganya. Satu set untuk Nyai, satu set lagi untuk MIL.
So I thought that was it. No more tupperware le lepas tu kononnya. Kang beli banyak2 abah bagi pandangan sinis pulak!

Sampailah minggu lepas tiba2 opismate si dealer tupperware ni hantar email kat semua orang bagitau ada new promosi. Sesapa beli barang tupperware worth RM100 boleh beli 4 biji Winnie the Pooh Canister dengan harga RM24.90. Retail price RM77.60. Menarik jugak kan? Kiranya purchase-with-purchase le. Masalahnya ummi taknak beli apa2 tupperware harga RM100. Ummi cuma nak yang set Winnie the Pooh tu je hahaha.

Dipendekkan cerita, kebetulan ada opismate yang nak beli tupperware tapi taknak ambik set PWP tu. So dapatlah kat ummi.

Ni ha buah hati ummi yang terbaru:
Comel kan?
Ini isi dalam kotak. Ada 4 kaler lain2. Dah plan nak jadikan canister ni bekas isi kuih raya tahun depan hahaha
Harapnya lepas ni janganlah tupperware buat apa2 promosi lagi. Kang tak pasal2 terjebak beli itu ini.

0 comments on "Love Story: Ummi and Tupperware Part II"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez