Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, January 26, 2015

Indoor Bicycle

1 comments
Sejak Aiza sekolah ni, aktiviti jogging abah setiap pagi dah terganggu. Kena tunggu wiken baru boleh pulun jogging. So mulalah ummi dengar komplen sana sini kononnya tak cukup training nak join marathonlah, tak cergaslah dan macam2 lagilah. Eleh, itu semua alasan2 nak beli peralatan bersenam kat rumah. Mulanya ummi malas nak layan. Buat semak rumah je. Tapi bila tengok berat sendiri tak pernah turun sejak bersalinkan Anas, so just say YESSSS. For the record, setiap kali ummi bersalin, akan ada lebihan 1kg yang TAK AKAN BOLEH HILANG huhuhu. So lepas 3 kali beranak, boleh bayangkanlah berapa berat ummi.

Dengan azam dan tekad dan kredit card, beberapa minggu lepas kami berdua ke One Utama dan beli ini:
Horizon Indoor Bicycle from Johnson Fitness. Sila abaikan dinding berconteng kat belakang tu.
Harga asal lebih dari 2K. Tapi masa kami beli tu ada promosi. Kami bayar lebih kurang RM1600. Dapat free gift yoga mat (yang ini sebenarnya paling ummi suka) dan botol air. Yoga mat tu dah selamat ummi bentang depan TV buat golek2 Anas hahaha.

So far dah banyak kali jugaklah ummi training guna basikal ni. Mula2 dulu kayuh tak sampai 15 minit dah penat. Sekarang ni, macam dah ok sikit hihihi. Yang ummi tak puas hati tu, semalam ummi timbang dengan harapan berat makin turun. Sekalinya tengok, makin naik 1 kg. What the....???????



Friday, January 23, 2015

My Little Pony: From Passion to Obsession

1 comments
Tak pasti sejak bila Aiza mula minat dengan cerita ni. Tahu2 je newsfeeds dan suggestions kat YouTube penuh dengan My Little Pony. Bermula dengan tengok segala video kat YouTube, dia start hafal nama semua karakter yang ada. Yang kelakarnya, ummi abah dgn Asyraf pon terhafal sama. Apple Jack, Pinky Pie, Flutter Shy, Twilight Sparkle, Rarity, Rainbow Dash semua kitorang dah kenal hahaha. Abah siap tolong torrentkan lagi movie dia; Rainbow Rocks dengan Friendship Is Magic. So hari2 layan My Little Pony ketawa sorang2 depan tablet.

Bila dah selalu tengok, dia start hafal lagu2 My Little Pony. Karaoke hari2 dengan Asyraf. Kitorang laki bini impressed ok! Sebab lirik dia agak complicated jugak tapi tak sangka diorang berdua boleh hafal sebijik2. Terlalu selalu dengar lagu Pony sampaikan kalau ummi duduk sorang2 kat opis pon boleh terngiang2 lagu tu dalam kepala. Mmg dah lama bye-bye kat lagu rock, lagu nasyid, lagu jiwang ...semua dah diganti dengan Cutie Mark Crusader, Battle of the Band etc.

Then bila kitorang jalan2, pantang nampak mainan Little Pony, dia dah mula mintak nak beli. Ada jugaklah yang kitorang layankan bila harganya affordable. Kalau mahal takde sales memang buat dunno jelah. First pony beli masa pegi Perth hari tu. Doll Twilight Sparkle. 
Sepatutnya doll ni pakai baju. Tapi dah diganti dgn loom band ikut kreativiti Aiza. Ada ciri2 nak masuk Project Runway pulak agaknya :)
Sekarang ni dah mula beranak pinak. Latest sekali yang ni:
Soft toy Pinkie Pie. Harga RM29.90 beli kat kedai Speedy OU. Besar jugak sizenya.
Lepas tu sekarang Aiza dah buat anjakan paradigma. Maju setapak lagi dalam bidang My Little Pony ni. Dia start melukis pulak! Habislah segala kertas pantang ada ruang, penuhlah dengan lukisan pony. Dulu masa dia tadika, selalu jugak dia lukiskan utk kawan2 yang berminat. Ni bila dah masuk darjah 1, dia cater utk kawan-kawan sekelas hihihi. Ni antara lukisan dia yg ummi sempat capture:



Antara lukisan terawal

Yg ni dia lukiskan utk Fatin, kawan duduk sebelah dlm kelas. Then mama Fatin upload kat whatssapp group Mommies 1 Kenanga :)


Boleh tahan kan? Kalau bukan ummi siapa lagi nak puji anak sendiri. Makin lama makin kemas. Tak tahu mana dia dapat bakat melukis ni. Yang pastinya bukan dari abah sebab abah tangan kayu kihkihkih. So most probably dari ummi (abah sila jgn muntah).



Wednesday, January 21, 2015

How Time Flies

0 comments
Aiza dah masuk Darjah 1. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je semalam tengok dia terkedek2 belajar jalan. Tiba2 hari ni dia dah tarik beg masuk van pergi sekolah huhuhu #insert-clingy-mom-syndrome-here.
Tengah tunggu van sekolah datang


Sejak dia sekolah, rutin hidup kami anak beranak berubah 360 darjah. Kalau dulu boleh bangun lambat kadang2 lepas subuh sambung zzz, sekarang pukul 5.30am dah kena zasssss bangun pagi siapkan beg, prepare baju etc. Aiza sekolah sessi petang. So pagi pukul 8-11am sekolah KAFA kat masjid depan UIA. Petang pulak sekolah kebangsaan dari pukul 12.20-6.20. Gitu gini redah jem, around 7.30mlm baru kitorang sampai rumah.
With abah: Registration day on 2nd Jan 2015
Kawan sebelah meja, Fatin Farhana
Kat sekolah KAFA. Macam2 gelagat hari pertama. Kawan sebelah dah menguap. Yg kat belakang dah gaduh :)
Sebab bangun awal, maka tidur pun awal. Jangka hayat mata ummi sekarang sampai pukul 930 malam je. Paling lewat pun pukul 10 malam rumah dah gelap gelita hahaha. Orang lain layan TV tengok bola ke, AJL ke hape ke...kitorang dah tak ingat dunia. Esok paginya bila orang cerita macam2 kat ofis, mulalah mulut ternganga hahaha.
By pukul 9 mlm dah pengsan :) kalau lambat tidur mulalah dia moody, tantrum dan start cari gaduh dgn semua orang.
Sekarang barulah ummi terasa nikmatnya cuti sekolah atau hujung minggu huhuhu. Kalau dulu pantang ummi takde kelas, cepat je tangan nak klik apply cuti. Sekarang ni, ada kelas ke takde kelas, kau duduklah kat opis tu diam2 sampai pukul 6 petang tunggu Aiza balik!! Hambik kau.



Thursday, November 27, 2014

The Graduation Day

0 comments
Aiza dah grad! 

Yes, my 6-years-old daughter has graduated. Hikhikhik macamlah grad dapat degree. Padahal baru habis tadika. Tapi ummi sangatlah emotional masa tengok dia naik pentas buat persembahan dan ambik skroll. Still teringat2 lagi pengalaman lahirkan dia dulu. Tup tup hari tu tengok dia dah pakai jubah konvo. Mengalir air mata jap hikhikhik.

Bersedia nak ke Gombak.
Bila ummi dan abah bukak buku program yang disediakan, tambah terkejut bila nampak nama Aiza kat senarai penerima anugerah. Ini anugerah yang dia dapat:

Special Achievement Award for English subject

Best Attendance Award. Macam manalah agaknya dia boleh terpilih dapat award ni. Macam dah banyak kali ponteng :) Cikgu ambik kira dari start masuk nursery umur 2 bulan kot hahaha
Lepas ni, InsyaAllah Aiza masuk darjah 1 kat SK Sri Petaling, antara sekolah yang terdekat dengan UIA PJ ni. Tapi cuma Sofea dan Nazmi je akan sama2 sekolah sini. Majoriti kawan2 yang lain sekolah SK Sri Damai. Ada jugak  yang sekolah dekat area rumah masing2.

Official graduation picture. Dah siap frame. Yang kecik nak letak kat rumah Grandma sebagai kenangan. Yang besar nak gantung kat hall --> Hall of Fame :)

L-R Girls:Husna, Aina, Bushra, Sofea, Wani, Nor, Auni, Syifak, Aiza, Yumi.
Aiza dan classmates sangat rapat. Diorang membesar sama2 sejak umur 2 bulan. Sampaikan diorang kenal mak kawan masing2, kenal kereta kawan masing2, kenal adik beradik kawan masing2 yg sama2 kat nursery UIA and the list goes on.

In a way, ummi sangat berterima kasih dengan cikgu2 kat nursery UIA ni. Sangat dedicated. Dari taktahu menulis, membaca,mengaji sampai sekarang Alhamdulillah Aiza dah boleh baca majalah. Kalau nak harapkan ummi dan abah, memang kurang kesabaran. So, a big thank to all IIUM Educare teachers!




Tuesday, November 18, 2014

Total Damage: Perth, Australia (24/10/14-28/10/14)

5 comments

Tiket
Kami booked tiket pertengahan tahun 2014 masa Air Asia buat promosi. Time tu, tiket perjalanan sehala ke Perth cuma RM2.90. Iye, sila pengsan sekarang! Diulangi, RM2.90 je sehala. Tapi bila dah ditambah dengan airport tax, caj seating, luggage 20kg, meals on board pergi dan balik, total damage semua sekali 5 beranak lebih kurang 3 ribu. So on average sorang RM600 le. Masih dalam kategori affordable.
Ummi dan Anas. Memang mencabar jaga 3 orang budak dlm kapal terbang utk 5hours of flight. Rasa macam nak lompat guna payung terjun pon ada.
Passport dan Visa
Mana2 perjalanan ke oversea pun, kena pastikan passport valid 6 bulan sebelum tarikh luput. Bila kami check expiry date setiap passport, semua orang pun dah tahap 'nyawa-nyawa ikan'. Plus Si Anas memang belum pernah ada passport. Jadi kami buat passport kat Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Hartamas. Awal pagi dah terpacak kat sana. Yang bestnya, kat situ ada kaunter khas untuk sesapa yang ada anak kecik nak buat passport. So alhamdulillah memang laju je sampai giliran. Tak sampai pukul 10am dah setel semua so boleh pi kerja macam biasa. Total damage untuk buat passport ialah (RM100 x 2 tahun) utk ummi/abah dan (RM80 x 2 tahun) untuk Aiza, Asyraf dan Anas.
L-R: Aiza, Asyraf, Anas. Semua muka macam katun!
Pasal visa pulak, ada sesetengah negara kalau nak pergi kena ada visa. Australia adalah antaranya. Tapi jgn risau. Urusan buat visa nak ke Autralia boleh buat dengan mudah dan murah. Tak perlu sessi interviu macam sesetengah negara tu. In fact,boleh buat online sahaja. Utk urusan visa ni, abah deal dgn easyeta.com je. Total damage untuk buat visa ialah around RM30 x 5orang.

Tukar Duit
Masa kami ke Perth tu, kadar tukaran duit RM ke AUD lebih kurang RM2.90 kita bersamaan AUD1. Hasil recommendation dari Cik Ajib, kami pergi ke satu money changer kat belakang BB Plaza. Katanya rate kat situ agak murah dan boleh nego. Masa dia pergi 2 minggu sebelum tu, dia berjaya dapat RM2.70:AUD1. Tapi bila kami pergi, rate sama je dan langsung tak blh nego. So kami end up tukar kat Bank Islam dengan kadar RM2.86:AUD1.
Kami  bawak AUD1000 untuk duit jajan/belanja makan/beli souvenier/tiket masuk zoo etc so total damage RM2860 (ini pon tak habis bila balik masih ada balance lebih kurang RM800++).

Kastam/Imigresen
Nak masuk Australia peraturannya agak ketat dan security check agak thorough. Banyak benda tak boleh bawak masuk macam dairy food, everything yang 3 in 1, makanan basah etc. Bila baca blog orang lain, ramai yang dah terkena i.e kena rampas or kena denda. So kami pon takdelah bawak apa takut terkena jugak. Cuma bawak susu formula budak2 (unopened) dan maggi 5 bungkus. Dan abah pastikan semuanya dideclare. Even bawak ubat demam budak2 pon abah declare. Dan Alhamdulillah, urusan cek out dan kastam sangat mudah. Malahan kami langsung tidak di cek. Mungkin sebab diorang nampak ummi dan abah angkut 3 orang budak sambil terhoyong hayang bawak beg kot. Dalam hati diorang mesti rasa kesian kihkihkih. So laju je takyah beratur pon sebab dapat laluan khas.

Zon Masa
Waktu Malaysia dan Perth SAMA je. Yang bezanya permulaan siang dan malam. Masa kami pergi, kat Perth tengah penghujung Spring nak masuk Summer. Subhanallah cantik betul pemandangan dengan bunga kembang merata2. Subuh masuk pukul 4pagi. Pukul 5.30am dah syuruk. Magrib pulak start pukul 6.30pm. 
Kat Perth tak banyak aktiviti malam. By pukul 7pm, semua kedai pun dah tutup. Siap ada kedai tu, tulis banner besar "we are open until 9pm". Macam bangga sangat dapat bukak sampai pukul 9 malam hahaha. Kalau kat KL, 9 malam tu ada je kedai yang baru terkedek2 nak susun meja  hihihi.

Sewa Kereta/Transportation
Kami pegi Perth ni free and easy. Meaning tak guna agen, takde tourist guide. Semua suka hati. Bila bawak anak kecik ramai, rasanya nilah option paling bagus. Kita tak terkejar2 dengan apa2 schedule. So nak mudahkan perjalanan, abah sewa kereta. Urusan sewa kereta ni abah setelkan berbulan2 sebelum kitorang pi Perth. Semuanya google saja. Hasil dari kajian dan recommendation orang ramai, abah sewa kereta kat www.bayswatercarrental.com.au/. Dari airport kami ambik teksi ke kedai sewa kereta ni. Perjalanan lebih kurang 35 minit dengan caj AUD42. 
Kereta sewa kami untuk 3 hari. Toyota Corolla Ascent, adik beradik Altis. Sebab kononnya best drive Altis ni, bila balik Malaysia dan drive Alza, abah kata dia kekok. Piiirah!
Rate sewa kereta boleh tahan murah, as low as AUD25 je. Tapi sebab kami sewa 2 car seat, 1 booster seat dan ambik insurans, so total jadi AUD60 per day. Kami ke Perth bertolak Khamis malam (24 Oct 2014) dan balik semula ke KL hari Selasa pagi (28 Oct 2014), jadi abah sewa dari hari Jumaat-Ahad je. Hari Isnin kami jalan2 guna public transport. Seronok! Btw, total damage untuk sewa kereta lebih kurang RM600. 
Hari terakhir kat Perth, kami dah pulangkan kereta. Tapi masih bersemangat nak sight-seeing sekitar Perth. So kami just guna public transportation. Mula-mula kami naik train ala2 komuter. Servis sangat efisyen dan takde delay2 macam kat sini. Kalau dia tulis pukul 11am, then pukul 11am on the dot dia sampai. 
Beli tiket train. Takde kaunter jual tiket, semua guna mesin je.
 
Selain dari train, kami ada jugak naik ferry di Barrack St. Jetty menyeberangi Swan River. Tiket sehala AUD 2.10 saja. Kalau ambik return tiket lagi murah lebih kurang AUD 2.90. In fact klu kita dah mmg ada tiket bas/train masih boleh guna kalau still dlm zone yg sama atau masih within time limit. Dari Barrack St. Jetty ni pon boleh naik boat cruise sampai ke Fremantle. Tapi tu harga tiket mahal lagilah.
Petang sehari sebelum balik ke Malaysia, kami try pulak perkhidmatan bas. Kami naik dari Carlisle ke Belmont. Niat di hati saje nak jalan bawak budak2. Kami turun kat satu tempat yang penuh dengan hypermarket (Woolsworth, IGA Superstore dan Coles). Sempatlah shopping barang mainan. Harga of course kauh lagi murah banding dengan Malaysia. Masa otw balik driver bas bagi kami naik free je takyah bayar. Once again, mungkin sebab nampak kami bawak budak2 (sapa kata bercuti dengan anak2 kecik susah, banyak kelebihan sebenarnya). Perkhidmatan bas berakhir pukul 7pm.
Tempat tunggu bas. Sempoi je cuma ada papan tanda.
So overall, kami dah cuba semua jenis pengangkutan kat Perth. Dari teksi, kereta, train, bot, bas dan kapal terbang pergi dan balik. Memang jadi pengalaman untuk Aiza, Asyraf dan Anas!

Penginapan
Lama jugak ummi google sana sini cari hotel murah kat Perth. Rate hotel kat sana lebih kurang sama macam kat KL (JANGAN CONVERT). So kalau kita tengok rate hotel kat KL on average 2-3 ratus satu malam, samalah jugak macam kat Perth.  So kalau kami menginap 5D4N kat hotel, boleh cecah dekat 3K. So idea duduk hotel tolak tepi jauh2.
Pilihan kedua boleh menginap kat hostel bag packers yang berlambak kat Perth. Kalau nak senang boleh klik www.hostelz.com. Bayaran pon murah je. Ada tu tak sampai AUD20 per night. Tapi adatlah duduk hostel, ada possibility kena share bilik dengan orang lain. Toilet pon sudah semestinya share. Kalau bawak anak2 mesti tak berapa selesa. So pilihan ni pon tolak jauh2.
Contoh dorm yang boleh disewa thru hostelz.com
Pilihan ke-3, duduk homestay. Pilihan ni yang paling ummi berkenan sebab kalau homestay lebih selesa. Google punya google, ummi terjumpa dengan website airbnb.com. Website ni senaraikan homestay dari seluruh dunia. So bila kami search kat bahagian Perth, jumpa satu homestay ni. Ownernya nama Ian. Sangat friendly. Beberapa hari sebelum kami bertolak asyiklah dia sms abah nak confirmkan date and time utk ambik kunci.
Rumah Ian ni semi-d setingkat kat area Carlisle, lebih kurang 15 minit dari airport Perth. Dari luar nampak buruk tapi kat dalam kemas dan cantik. Kat dalam rumah ada lengkap dapur, washing machine, dryer etc. So sangat convinient untuk kami anak beranak.Selama 5 hari 4 malam kat Perth tu, fefeeling jugaklah macam ada rumah kat oversea hihihi. Total damage kami stay kat sini selama 5D4N ialah lebih kurang RM1200.
Ruang tamu rumah Ian. Nampak tak akuarium kat belakang tu? Tu port budak2 jakun!
bahagian dapur. Sangat convinient!

Makan
Tak susah nak carik halal food kat Perth. Kat Australia ada ramai muslim. In fact, Melayu pon ramai. Jalan 1 km jumpa orang cakap Melayu. Jalan lagi 1 km, jumpa orang cakap jawa kihkihkih.
Btw, sebab kami duduk homestay, so ummi siap bawak magi dan periuk belanga dari Malaysia (insert mode jakun here). Best sebab ada dapur dan boleh masak2. Once kitorang check in je kat homestay tu, terus abah keluar pegi kedai namanya IGA yang macam ala2 speedmart kalau kat Malaysia. So apa abah beli? Beras, fresh milk, cereal, cokelat, telur etc. So sepanjang 5D4N kat Perth, ada beberapa kali jugaklah ummi masak nasi, masak magi, buat scrambled egg, buat bubur and mcm2 lagilah. 
Kalau malas masak, boleh cari kedai2 orang Pakistan yang jual kebab atau nasi biryani. Contohnya yg macam kami beli ni:
Kebab. Sebiji AUD15 kot. Sangat besar dan sedap. Boleh share 2,3 orang.
Doner Kebab dan Shish Lamb

Kat kedai biryani. Sedap tapi PEDAS. Agak mahal jugak lebih kurang AUD15 sebungkus utk biryani kambing.
Selain tu,  kalau pegi Perth tak sah katanya kalau tak makan fish and chips kat Freemantle. Ada dua kedai yang famous: Kailis dan Cicerellos. Dua2 tempat ni memang tumpuan ramai. Pelancong Melayu semua tertumpu kat sini. Mula2 agak was2 jugak sebab setahu ummi kadang2 ada je fish and chips tak halal sebab letak beer dalam batter menggoreng ikan; ni pengaruh FoodNetwork Channel. Tapi hasil gugelan kami, Cicerellos tu halal certified. Boleh rujuk kat http://www.halalsquare.com.au. Yang utk Kailis tu pon katanya ada halal certified. Kami makan kat kedua2 tempat. Portion agak besar so boleh share (kalau nak) kihkihkih.
Pemandangan sekitar Kailis dan Cicerellos. Tepi jetty. Banyak burung dan berangin. Heaven!
Fish and chips. Red snapper katanya.
Ni pulak fried callamari. Sedappppp sangat!
Menu yang ada kat Kailis. Lai lai mari pilih nak makan apa.
Selain tu, ummi ada jugak beli buah kat Fremantle market. Harga boleh tahan murah. Dan saiz besar2.

Buah besar2 kat Fremantle market
Yang paling ummi berkenan, buah stroberi.Satu bekas AUD3. Masa mula2 tgk perkataan 'super sweet' kat atas pek tu, ummi skeptikal. Eleh, semanis mana pon buah stroberi ni. Sekalinya bila rasa, ambik kau....MEMANG MANIS.

Shopping
Kalau nak shopping barang souvenir utk dibawa balik, ada satu je tempat yang ummi syorkan. Tak lain tak bukan E-Shed Market kat Fremantle. Tempat ni hanya bukak Jumaat-Ahad.Dalam E-Shed market, ada banyak kedai2 kecik jual macam2 barang dari makanan, baju sampailah ke souvenir. Dalam banyak2 kedai tu, hanya dua kedai jadi tumpuan; Megabes dan Ausin. Megabes ownernya Singaporean. Ausin plak ownernya Indonesian. Tunggu tak lama lagi kami pulak bukak kedai ownernya Malaysian. Kedua2 kedai ada pekerja Melayu. Dan kedua2 kedai offer harga murah. Tapi masa kami pergi ni, kebanyakan barang kami borong dari Megabes. Ni antaranya:
Tshirt Australia. Murah je. Size kecik utk budak2 lebih kurang AUD2.50 je sehelai. Size dewasa dalam AUD4. Sweater pon murah dalam AUD4 dah boleh dapat.

Keychain koala. Terlalu murah.Satu pek (24biji) cuma AUD2 kat Megabes. Ummi borong banyak sebab nak bagi opismate dan classmate Aiza.

.
Fridge magnet murah. Kat megabes jual 4 pek  pelbagai corak AUD10. Setiap pek ada 6 magnet.
Souvenir utk org2 kat Malaysia semua ummi masukkan dalam beg ni. AUD2 je satu.
Punyalah kaya owner kedai Megabes sampai blh ada kereta plat sendiri :)

Ada cerita di sebalik pinggan ni. Masa ummi tgh shopping kat Megabes, abah dokong Anas. Tanpa sedar, dia capai pinggan ni. Jatuh dan pecah. Org kedai tu cakap "of all the things that have been touched and broken, this is THE WORST" hikhikhik. Kami bayar AUD20 untuk pinggan pecah ni. Mahal sebab ori dan handcrafted. Nak simpan buat kenangan dan claim kat Anas bila dia besar nanti.
Selain tu ummi ada beli table cloth (AUD1.50), sarung tangan ketuhar (AUD1), soft toys kangaroo etc. Tapi percayalah, kat Megabes atau Ausin semua dijual murah2. Sebabnya bila ummi jalan ke bandar Perth, ummi jumpa barang yg sama dijual 2 atau 3 kali ganda lebih mahal. So kalau nak shopping, E-Shed market saje yang disyorkan.

Tempat Menarik
Sepanjang 5D4N kami kat Perth, ada beberapa tempat menarik kami pergi. Antaranya Caversham Wildlife Park. Perjalanan lebih kurang 40 minit dari homestay kami di Carlisle. Menariknya Caversham ni, dia guna konsep petting zoo. So kebanyakan binatang kat situ macam kangaroo, koala, rabbit, deer etc jinak dan boleh dibelai2. Nak bagi makan pon boleh. Sangatlah sesuai kalau bawak anak2 datang sini. Selain dari tu, kat Caversham ada banyak animal show. Boleh rujuk kat pamplet yang diberi kalau nak tahu slot setiap show. Masa kami sampai tu, tengah ada show gunting bulu biri2. Seronok!
Aiza and her new friend
Feeding time.
Ini wombat. Ada pekerja yg boleh tolong ambikkan gambar sesapa yang nak.
Caversham ni luas sebenarnya. Selain ada petting zoo, ada jugak taman untuk kita lepak dan berkelah. Tapi yang paling best (best untuk Asyraf) tak lain tak bukan ialah train rides kat Whiteman Park yang terletak dalam Caversham jugak.
Train dah sampai!
Ni rate bayaran utk naik train:
Entrance Fees:
Adults $8.00;
Seniors $7.00;
Children (6-16yrs) $4.00;
Toddlers $2.00

Selain tu, kami ada jugak ke Kings Park. Kat Perth ada banyak park tapi Kings Park yang terbesar. Memang budaya orang kat Perth (mungkin budaya negara orang putih lain jugak) suka piknik kat park. Masa kitorang pergi tu, ada nampak student tgh study, family gathering, bday celebration etc. Even yang baru balik kerja siap pakai coat pakai tie pon ada.

Kings Park ni memang luas dan cantik. Tambah cantik sebab atas bukit mengadap laut. Pemandangan dia, SUPERB.



 

Secara overall, percutian ke Perth ni memang best. Terbayang2 keseronokan kat sana. Lepas ni harapnya ada rezeki nak pegi the other parts of Australia i.e Melbourne, Sidney, Gold Coast etc. Grand total damage untuk cuti2 Perth ni bila dah dikira2 lebih kurang 7K. Oklah kot untuk kami 5 beranak. Bukan selalu pon, iye tak? (ayat nak sedapkan hati). InsyaAllah lepas ni nak kumpul duit ke destinasi lain pulak.Kalau selama ni ummi selalu turn down offer abah untuk jalan2 oversea, sekarang tidak lagi! I'm ready. Dulu ummi selalu pikir jalan2 terutama trip to oversea membazir sbb a bit expensive. Tapi bila dipikir2 balik - with all the memories created, with all the experiences gained...it's worth it!

So apa lagi, jom bawak keluarga berjalan tengok pemandangan indah negara orang!






















 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez