Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, May 18, 2016

I'm Back...After Almost One Year Hiatus!


Dah nak dekat setahun blog ni terabai. Kekangan kerjaya menghalang aktiviti penulisan kononnya. Tapi alhamdulillah lepas ummi serah tanggungjawab ofis kat orang lain, terasa ada banyak masa lapang. Kalau tidak...meeting memanjang.

Banyak benda nak diupdate. InsyaAllah nanti ummi backdate tulis mana yang penting untuk kenangan anak2 masa akan datang.After all, memang itu pon tujuan blog ni. Nak tulis perjalanan suka duka ummi membesarkan anak2 utk jadi kenangan diorang bila dah besar nanti.

Dan antara perkara terbesar yang berlaku sepanjang tempoh setahun ni ialah......
*
*
*
*
*
*
*
ummi dapat sorang lagi baby!!!

Dalam kononnya banyak meeting sempat rupanya dapat sorang lagi hahahaha. And this new addition is another boy Alhamdulillah.

First time scan dekat Klinik Khalil depan rumah je
Alhamdulillah mengandung kali ke-4 ni takde banyak problem. Cuma memang terasa penatnya. Muntah pagi2, loya, asyik nak tidur, cramp kaki malam2 tu biasalah. Iyelah umur pon dah tua. EDD sepatutnya 1/4/2016. Tapi ummi bersalin on 36th week  on 3rd March 2016 and baby considered as premature. Baru skrg ummi tahu cut off week utk baby dikira non premature ialah 36th week. 37th week and above baru dikira as normal.

Anyway, baby lahir sihat takde complication. Berat pon just nice 3.07kg. Ni lah dia budaknya...Adam Ihsani :) Lahir kat Hospital Columbia betul2 depan UIA PJ. InsyaAllah kalau ada masa ummi nak blog pasal pengalaman bersalin kat situ. Highly recommended.

Adam beberapa jam lepas lahir
So far Adam ni antara anak ummi yang senang dijaga. Cukup tidur cukup susu diamlah dia. Sekarang ni ada berbaki lagi 3 minggu sebelum ummi naik kerja. 3 minggu je lagi nak lepak2 golek2 dengan Adam atas tilam hukhukhuk.

Adam as of now: 2 bulan setengah.
Boys yg ada kat rumah. #teamabah

Kakak Aiza dgn adik2nya
So total ada one girl and 3 boys Alhamdulillah. Mereka inilah amanah yang allah bagi pada ummi dan abah. Mereka inilah jugak penyumbang saham akhirat kami. Cukuplah ummi rasa bilangan yang ada ni hikhik. Sekarang fokus ummi bukan nak menambah bilangan, tapi nak mendidik dan membesarkan meraka dgn sebaiknya. Moga Allah bagi ummi dan abah kesabaran yang tinggi amin....


0 comments on "I'm Back...After Almost One Year Hiatus!"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez