Hari tu ummi ada cerita pasal sekor kucing ni suka melepak depan rumah. Bila pagi2 nak pergi kerja, dia dah tunggu nak say good bye. Bila petang balik kerja, dia dah tunggu nak say hi. Tapi ummi tak suka sebab dia berak kat pokok2 ummi sampai sekarang ummi dah tak gardening lagi. Meraaaajuk sangat!!
Dia pun tau kot ummi tak suka dia - tu yang dia dia tengok ummi dari jauh je. Hahaha konon2 paham bahasa kucing. Tapi seriously dalam hati memang membara je kat kucing tu. Selalu sergah biar dia lari jauh2 - tapi masalahnya dia tak lari. In fact sekarang dia dah bermastautin kat rumah ummi. Dah jadi part of our family pun! Selamba je kan?
Inilah dia ownernya. Sanggup tu pergi Carefour pergi Tesco pergi Giant beli makanan kucing. Siap bangun pagi lepas subuh terus rebus ikan buat breakfast untuk kucing! Macam manalah ummi tak jeles hangin. Cuba kalau ummi yang request nasi goreng kampung ke - lagi 10 tahun pun belum tentu dapat!
Ni pulak konco2 owner tadi, yang gigih mempertahankan 'kewujudan' kucing tu kat rumah.
Kucing yang rela diperlakukan apa saja |
Playing time |
Tiap2 hari balik dari sekolah, mesti nak main dengan kucing. Btw kucing tu siap dah dibagi nama Caddy lagi. Bluekkkk! Nama macam pondan padahal kucing jantan hahaha.
Balik sekolah main dengan kucing, lepas makan main dengan kucing, kadang2 tu siap tidur dengan...hish...rimas!
Caddy, buat peace |
Main geletek2 |
BFF forever |
Dan masalahnya bila bela kucing ni, nak jalan2 jauh sikit susah sebab nanti takde sapa nak tolong bagi makan. Setakat ni yang jadi mangsa tak lain tak bukan ialah CikWan. Nasib baik ada yang sanggup. Kalau ummi, abah upah seratus sejam pun belum tentu ummi nak. Eh jap eh...biar ummi pertimbangkan dulu! Lumayan jugak tu...
0 comments on "Pendatang Tanpa Izin"
Post a Comment