Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, December 3, 2012

Rezeki Contest: Fu-Rin Japanese Restaurant, Playboy Perfumes


# Fu-Rin Japanese Restaurant, Holiday Inn Glenmarie

Ummi menang voucher Fu-Rin Japanese Restaurant worth RM100 dari KL Lifestyle Magazine.Tak beli pun majalahnya. Tengok soalan thru FB, jawab thru email, then alhamdulillah terpilih. Voucher expired pertengahan Dec. So minggu lepas hari Jumaat lepas kerja terus ke Holiday Inn. Sebelum tu dah Google dulu tengok harga makanan kat sini, so dalam otak dah plan nak order apa. Btw harga makanan kat sini memang boleh buat sakit jantung. Rate hotel le katakan. Berangan dan terus berangan le abah nak makan wagyu beef yang popular tu sebab harganya RM300++ per dish. Takpe bah, berangan tak perlu modal kihkihkih.
Posing dulu depan restoran

Kami makan ini:
Soft shell crab RM45
Tempura moriawase RM45 (gambar ni ambik dari official website sbb gambar kitorang tempura tinggal separuh je. Lagi separuh dah ngap sebelum sempat ambik gambar hahaha)
Lagi satu dish kitorang pilih ini, Konon2 untuk Aiza dengan Asyraf:
Seafood fried rice RM15
Sekalinya nasi goreng tu pedas kau! Penuh dengan black pepper. So last2 abah dgn ummi yang ngap.

Total damage setelah campur dengan fresh oren dan 2 gelas air suam beserta tax ialah RM152.40. Gulp! Oklah tu RM100 bayar guna voucher. Kalau tak, bila lagi nak makan mahal ye tak???

# Bella NTV7 - Playboy Perfumes

Yang ni pun jawab soalan thru email je. Dan bagi slogan sikit. Tak sangka menang. Hari ni balik kerja baru plan nak ke Sri Pentas redeem hadiah. Ni kali ke-2 menang hadiah dari contest Bella. 1st time dulu menang CD and DVD Adele. Sebab hadiah belum redeem, so ni ummi tepek gambar dari website Bella. Inilah  yang bakal ummi dapat. One whole set!

Alhamdulillah bertambah koleksi perfumes ummi. Yang ni tak boleh bagi abah pakai- nanti tak pasal2 terus dia bertukar jadi playboy!

Updated on Tuesday, 4th Dec 2012

Semalam petang lepas kerja sempat redeem hadiah kat Sri Pentas. Person-in-charge bagi satu paperbag penuh dengan perfumes. Suuuka!
Ada 10 botol perfumes. Ada EDP, EDT, spray, for him, for her dan segala macam lagilah. Dijangka semua ni akan habis menjelang tahun 2020. Bye.


0 comments on "Rezeki Contest: Fu-Rin Japanese Restaurant, Playboy Perfumes"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez