Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, October 12, 2012

Cuti-Cuti Malaysia - Baru Bermula!


Semester dah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah ummi dah berjaya habiskan semua silibus. Sekarang dalam proses kira carry marks students. Kelas dah takde, presentation students semua dah setel.

So mode bercuti mula bermaharajalela kihkihkih.

Hari Selasa dan Rabu lepas ummi ambik annual leave, bawak Aiza dan Asyraf jalan2. Ke mana kitorang pergi?

Jawapannya...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Genting Highland Kota Keriangan! Riang sangat le kononnya tu.

Sengaja abah dengan ummi pilih tengah2 minggu time orang lain sibuk kerja. Sebabnya, saje nak bagi orang lain jeles malas nak bersesak2 dengan orang ramai. Kalau pergi cuti sekolah lagilah haru, nak beli tiket je pun kena beratur panjang. Bila  pergi non-peak season, harga hotel pun murah. RM68 je untuk satu malam kat First World Hotel. Memang berbaloi!

Bertolak dari rumah pukul 10am. Sampai sana terus beli tiket. Beli 2 adults dan 1 children. Asyraf FOC sebab tak cukup umur. So total damage untuk tiket RM135. Phewww..

Harga tiket outdoor
Kami beli tiket outdoor saja. Nasib baik beli outdoor saja sebab anak dara ummi Si Aiza tu penakut orangnya. Banyak permainan dia tak nak main. Siap kena paksa/pujuk nak main sesuatu permainan.

Penat main, kami lunch dan terus check in. Niatnya nak rehat kejap je dan kemudian sambung main. Tengok2 terlajak tidur sampai pukul 5. Bila turun semula, sempat main 1 permainan je sebelum theme park outdoor tutup.

Malamnya, bawak Aiza dengan Asyraf main kat game arcade. Habis RM20 main baling2 ball, tembak2 itik etc. Abah pun sempat layan 1 lap main racing kereta. Seriously Aiza lebih enjoy main kat sini dari main kat theme park. Hish, kalau setakat nak main kat arcade, kat KL pun bersepah!
Main ketuk2.

Hotel kami tak include breakfast so esok paginya breakfast kat McDonald. Kat Genting almost semua fasf food pun ada. Cuma harganya berkali2 ganda dari tempat lain. So sediakan $$$$ jelah.



Sebelum check out kitorang pergi naik cable car dulu. Ummi benci naik cable car! Gayat hahaha. Sepanjang naik cable car, cuma berani tengok kiri kanan saje. Tengok bawah - tidak sekali-kali!
Steady ummi, jangan tengok bawah!

Hahaha sampai pejam mata dia nak berposing
Overall it was fun. Mana ada percutian yang tak fun kan? So sekarang masuk kerja pun macam malas je. Takpelah sikit je lagi. Lepas ni ummi akan sibuk jaga exam and marking paper. Lepas tu boleh sambung cuti. Btw insyaAllah setiap bulan pun dah ada plan nak bercuti. Bulan ni dah pergi Genting. Bulan November ummi ada kursus kat Bukit Merah so angkut abah dengan budak2 sekali. Anggap tu vacation jugak. Then bulan Disember nak pergi Sabah dengan famili belah abah. Yang ni pun best sebab MIL murah hati nak sponsor tiket flight hihihi. Merasa ummi naik MAS akhirnya! Yabedabedu...







0 comments on "Cuti-Cuti Malaysia - Baru Bermula!"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez