Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, August 5, 2013

Tudung Aidijuma -Raya Sale


Jumaat lepas ummi & abah bawak budak2 ke The Curve. Misi utamanya, nak cari seluar Aiza. Dalam pada pusing2 tu, nampak booth tudung Aidijuma. Kepada sesapa yang tak tahu, tudung Aidijuma ni owner dia Norjuma Habib Muhammad ex-presenter TV3 tu. Kedai Aidijuma sekarang tengah buat promosi raya. Ummi 'ter'beli 3 pasang tudung bawal dua tone kaler macam tunjuk kat bawah ni:

Purple, hijau dan maroon
Sebabnya apa? Harganya tersangat 'dahsyat'! Harga asal RM15/sehelai sekarang turun jadi RM3 je. Diulangi tuan-tuan dan puan-puan, RM3 SAJE! So beli 3 helai ni bayar RM9 je. Dah lama sebenarnya tak pakai tudung bawal. Sejak ada anak, selalunya pakai 'tudung-pasang-siap' je bila nak ke mana-mana. Tudung-pasang-siap memang senang nak pakai tapi abah tak pernah appreciate. Dia selalu duk bagi hint konon-konon ummi nampak macam indon kalau pakai tudung tu. Well, ada ummi kisah??? hahahaha

Apapun, hari ni ummi dah rasmikan sehelai (tak menyempat2 nak tunggu raya) dengan harapan muka ummi akan mengalami anjakan paradigma sama macam Norjuma:
Ni model ORIGINAL
Ini pulak model TIRUAN. Hahaha gigih siap bukak spek lagi semata2 nak dapatkan hasil yang sama.
Cer korang tengok kalau ummi letak gambar sebelah menyebelah ala-ala laga pipi:
Ha! Sama tak? Sama tak? Sama kan? Kihkihkihkih
Petang ni nak pegi The Curve lagi (so bolehlah memborong lagi). Sebabnya hari tu, akibat eksaited beli tudung Norjuma, ummi salah ambik size seluar Aiza. Biasalah pompuan, bila dah shopping terus lupa anak bini laki. (Psssttt...sebenarnya memang sengaja salah ambik so that boleh jadi alasan nak pergi lagi)!





2 comments on "Tudung Aidijuma -Raya Sale"

dhr on August 5, 2013 at 8:53 PM said...

Ko nampak lebih muda dari Juma sendiri.

ummi aiza on August 6, 2013 at 1:23 PM said...

Ilusi optik tu Dian :)

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez