Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, April 15, 2011

E-Filing


Ummi mula kerja tahun 2006. Itupun sebagai part time lecturer kat UIA dan UKM. Kemudian tahun 2007 baru ummi kerja full time kat UIA. Sepanjang dekat 4-5 tahun bekerja, baru sekarang ummi isi borang income tax. Hehe jgn marah ye orang2 kat LHDN. Rupa2nya proses nak mengisi borang income tax secara online ni takdelah susah mana. Dalam masa 15 minit (kalau cukup semua maklumat) dah boleh setel semua.

Peringatan untuk sesapa yg belum mengisi borang income tax -> due date sehingga 30 April 2011 ni je nak setelkan semua. Better isi awal (dgn harapan LHDN akan bayar cukai terlebih bayar dgn awal jugak hehehe). Secara ringkasnya, ummi listkan maklumat yg perlu ada sebelum isi borang income tax:

*Jumlah gaji pokok sepanjang tahun lepas
*Jumlah elaun/dividen/bonus sepanjang tahun lepas
*Jumlah potongan KWSP
*Jumlah PCB
*Jumlah potongan zakat (kalau ada)
Segala resit2 pembayaran untuk barangan yg blh mintak pelepasan cukai (komputer, buku, peralatan sukan, yuran belajar, derma kat organisasi2 yg diiktiraf kerajaan contohnya WWF etc)

* blh dapat kat EA form.

So bila isi online nanti, basically kita perlu kira Jumlah gaji pokok + elaun - (jumlah potongan KWSP + Zakat + segala perbelanjaan yg blh dapat pelepasan). Daripada nilai ni, sistem akan automatik kira berapa cukai yg kita patut bayar (berdasarkan kadar cukai yg LHDN tetapkan). Sekiranya cukai patut dibayar lebih dari nilai PCB, then kita kenalah topap lagi bayar kat LHDN. Sekiranya cukai patut bayar kurang dari nilai PCB, then LHDN akan bayar lebihan cukai kat kita pulak.

Untuk maklumat lanjut blh klik sini http://www.hasil.gov.my

Dalam kes ummi, bila dah kira semua, rupanya ummi tak patut bayar tax pon. Huhu almaklumlah, ummi punya pendapatan pon bukan setinggi mana. Gaji ciput wehhh! So nanti terpaksalah LHDN bayar balik duit PCB yg ummi dah 'sedekah' kat diorang sebelum ni! Yahuuuu!!!

p/s Dah call tanya LHDN pasal income tax yg tak bayar tahun2 sebelum ni, sekali bila check...rupanya mmg ummi tak layak bayar pon. Belum cukup haul orang kata. PCB pon takde tolak sepanjang 2006-2009. So...selamat!




0 comments on "E-Filing"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez