Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, June 20, 2013

Lubanah


Ummi dapat hadiah spesel daripada Brother Mahmoud, kawan satu office. Dia asal dari Palestine tapi dah lama jadi lecturer kat UIA ni. Hadiahnya ialah lubanah, makanan sunnah rasulullah. Lubanah ni hanya ada kat negara-negara timur tengah. Kat Malaysia takde jual (kalau ada pun import dari Mekah).

Kata Br.Mahmoud, makanan ni ada banyak khasiat. Yang paling ketara, boleh menguatkan daya ingatan. Kalau ibu mengandung macam ummi ni makan, insyaAllah boleh memberi stamina dan tenaga. Dan katanya lagi, anak yang lahir nanti insyaAllah kuat daya ingatannya. Ohmai excitednya bila dengar! Rasa nak telan semua sekaligus. Btw dia bagi banyak. Lebih sekilo. Bila ummi google sana sini, mahal jugak rupanya harga lubanah ni. Paling murah ummi jumpa RM150/kg. Ada tu cecah ribu riban ikut kualiti. Bila ummi nak bayar kat Br.Mahmoud dia tolak. Dia kata "it's aGIFT". And knowing orang2 Arab ni, kalau dia dah kata benda tu sebagai hadiah, dia akan rasa kecik hati kalau kita insist nak bayar.

So terima kasihlah Brother Mahmoud. InsyaAllah ummi akan kongsikan lubanah ni dengan kawan2 office yang lain.

p/s testimoni dari offismate ummi Si Ruzanna; "pahit ya amat! tak tertelan!" hahaha

1 comments on "Lubanah"

Kopiolimauice on June 20, 2013 at 9:11 PM said...

nmpk mcm manis ;)

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez