Hari ni genap umur Asyraf ke-2 tahun. Dari segi percakapan, agak lambat sikit berbanding masa Aiza 2 tahun dulu. But so far so good. He's picking up good vocabs lately. Memang dia belum pandai buat ayat penuh tapi ummi paham bahasa dia. Semalam dalam kereta dia mampu buat abah, ummi dan kakaknya ketawa bila dia menyanyi lagu "Kami Gembala Biri2'" by Upin Ipin.
Setiap hari kalau ummi ambik dia dari nursery, ummi akan tanya teacher apa yang Asyraf buat hari tu. As usual jawapan teacher "dia taknak makan, main pun lebih kurang, tapi belajar nak". So oklah tu kot. Ada ciri2 anti-sosial ikut perangai abah hihihi.
Ummi masih panggil dia dengan panggilan 'adik' walaupun ummi tahu by the end of this year dia dah nak jadi abang. Dia pun macam dah sebati dengan nama tu. In fact teacher pun cakap, kalau kat sekolah teacher panggil dia Ilhami. Kalau dia tak respon, teacher panggil Asyraf pulak. Kalau tak respon jugak, teacher panggil dia 'adik' dan selalunya dia akan toleh hahaha.
Walaupun hari ni bday Asyraf, tapi tak dapat nak ajak dia makan kat luar. Sebabnya hari Khamis adalah hari sepatutnya kitorang bawak MIL pergi pasar malam setiap minggu. Ditambah pulak esok abah nak ke Milan satu hape pun dia tak pack lagi. Tapi esok ummi cuti. So bolehlah ummi, kakak dan adik bergumbira tonggang terbalik kat rumah yeay!!
Kepada bday boy yang ummi sayangi,
Ummi doakan adik membesar dengan sihat sempurna,
Jadilah anak soleh yang sentiasa menyenangkan hati abah dan ummi,
Jadilah teman yang sejati pada kakak,
Walaupun kadang2 adik menangis saje suka-suka,
Walaupun adik suka pegang berus gigi or pensel sampai tercucuk orang sana sini,
Walaupun adik suka tarik-tarik telekung uumi sampai kadang2 ummi terpaksa sembahyang ulang2 kali,
Walaupun adik suka matikan TV time ummi tengah syok tengok rancangan masak2 feveret ummi,
Tapi ketahuilah bahawa ummi sayang sangat pada adik.
Dan ummi yakin abah dan kakak pun begitu juga!
Happy birthday to you.
Love,
Ummi
Updated on 9/7/2013
Salah satu yang best pasal IIUM Nursery ialah, dia akan buat birthday celebration at the end of every month. So hujung bulan 6 yang lepas, dapatlah Asyraf celebrate bday dengan kawan2 sekolah.
Ummi tak sempat nak prepare apa sangat pun. Just beli air kotak and a few 'jajan' untuk masukkan dalam goodie bag. Kek pulak beli kat King's seksyen 14.
So tu jelah cerita pasal bday Si Kenit sorang tu. Look forward untuk bday Aiza bulan 10 ni pulak. Hopefully time tu ummi tak 'terbersalin' lagi hahaha.
Salah satu yang best pasal IIUM Nursery ialah, dia akan buat birthday celebration at the end of every month. So hujung bulan 6 yang lepas, dapatlah Asyraf celebrate bday dengan kawan2 sekolah.
Notification kat whiteboard depan nursery |
Teacher kata Asyraf 'gergaji' kek dia hahaha |
Ramai jugak yg sama2 celebrate bday bulan 6. Kebanyakannya bawak kek coklat. Asyraf je ummi belikan kek lain dari yg lain. Sponge kek pandan! |
1 comments on "Asyraf Turns 2"
syidah..tahniah pregnant no 3 :) by 35 nak cukupkan 4...ooo hebatnyee...kita nak anak kononnya 4-5...tapi kan nak pregnant lagi macam tak confident je...kita n luqman dah macam singa ni...susah nak control marah..anak-anak aktif...tapi kalau setakat 3 je rasa sikit sangat...lepas tu nak further PhD pulak rasa masa study tak boleh pregnant takut tak habis..tapi nak tunggu habis baru pregnant masalah umurlah pulak..dah tua tak sesuai pregnant...huhu...
syidah anak 2 orang ok lagi manageable :) anak 3 hidup akan berubah :) but at the end of the day..no maatter what you are madly..deeply in love with your kids and ofcourse husband ;p
Post a Comment