Dah hampir 2 minggu virus demam, batuk dan selsema bertebaran dalam rumah kami. Penghidap pertama adalah abah. Diikuti dengan ummi. Dan kami ambil semua langkah untuk mengelakkan Aiza dan Asyraf terkena sama. Tapi manusia hanya mampu berusaha, akhirnya Aiza dan adik tewas jugak. Maka secara rasminya kami seisi keluarga tak sihat.
Paling teruk adalah Asyraf. Sudahlah kecik, dapat pulak demam, batuk dan selsema sekaligus. Asyik menangis dan mintak dokong saja kerjanya. Malam tidur tak lena, makan tak nak, minum pun kena paksa. Aiza walaupun demam tapi alhamdulillah masih OK. Masih mampu ketawa dan nyanyi2 buat 'konsert' macam biasa. Bila anak2 tak sihat, deritanya dua kali ganda. Sebab bukan setakat anak2 saja menanggung rasa tak selesa akibat badan tak sihat, tapi mak bapak pun turut sama tak cukup tidur, masak pun ala kadar je, rumah bersepah tak payah cerita!
|
Asyik nak mintak dokong je |
|
Budak demam yang tak macam demam |
Buat masa ni, ummi dah emergency leave 3 hari turut2. Nasib baik sekarang student kat UIA PJ tengah semester break. Tapi banyak jugak aktiviti office yang ummi tak dapat join. Workshop, department's outing semuanya gone. Sorry sesangat ye boss. Tapi kalau Aiza dan Asyraf still tak sihat minggu depan, itu masalah besar. Sebab minggu depan student dah start exam, dan ummi kena invigilate exam untuk 2 subjek. Doa ummi, cepatlah anak2 ummi sihat. Sekarang ni barulah terasa, kesihatan tu lebih berharga dari segalanya!
0 comments on "Surrender"
Post a Comment