Bulan 5 tahun lepas, ummi dan abah ada beli saham bank rakyat. Untuk pembelian kali pertama, kami hanya boleh beli RM500 sahaja. Saham Bank rakyat ni sentiasa sold out sebab dividennya jauh lebih tinggi berbanding ASB. Masa beli saham tahun lepas, ummi dan abah ada isi borang untuk tambah pembelian saham sekiranya Bank Rakyat ada offer. Alhamdulillah minggu lepas ummi dapat surat mengatakan ummi boleh tambah modal syer. Tapi abah sedeh sebab sampai sekarang dia tak dapat surat lagi.
Surat dari Bank Rakyat |
Well, nilai yang ditawarkan takdelah banyak mana pon. Tapi oklah dari takde langsung. Orang kata, sikit2 lama2 jadi bukit. Bila ummi ke Bank Rakyat untuk tambah saham ni nanti, ummi akan apply untuk tambah syer lagi tahun depan. Harapnya lagi 10 tahun, duit saham Bank Rakyat ni akan berganda2 nilainya. Amin!
0 comments on "Tambah Saham Bank Rakyat"
Post a Comment