Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, February 1, 2012

Hi-5


Ummi tak perlukan alarm clock untuk bangun pagi. Sebabnya ummi ada alarm clock semulajadi - si Asyraf. Dia memang bangun awal lebih kurang pukul 6. Kalau tak kena gaya, pukul 5.30am kadang2 dah bangun. Kalau ummi tak larat nak bukak mata, dia akan tepuk2 badan ummi, korek2 biji mata ummi dan kemudian merangkak atas badan ummi buat tinjauan sama ada orang lain dah bangun ke belum. Jadi nak tak nak kenalah buka mata luas2.

Bila ummi mandi, solat dan bersiap nak pergi kerja, biasanya ummi akan tinggalkan dia dengan 2,3 barang permainan. Tapi biasanya taktik tu tak menjadi dan dia akan menangis mintak dokong. Tapi sejak minggu lepas ummi dah dapat cara terbaru nak buat dia leka - bukak TV. Banyak TV channel start siaran pukul 7am dengan breakfast show masing2. Tapi surprisingly NTV7 start dengan rancangan Hi-5. Dan ummi sangatlah bersyukur kihkihkih.
Leka tengok Hi-5 :)

Hai semua!
Bagus jugak rancangan Hi-5 ni. Bukan setakat menari semata2 tapi ada banyak unsur2 pengajaran yang lain. So bukan setakat Asyraf, ummi pun kadang2 'ter'layan sama!


0 comments on "Hi-5"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez