Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, February 1, 2012

Peraduan Fair & Lovely Forever Glow


Ummi menang tempat ke-3 peraduan Fair & Lovely Forever Glow anjuran blog Sensasi Selebriti. Contest ni mudah je, tak perlu beli atau hantar apa2. Hanya perlu email slogan kreatif beserta dengan sekeping gambar. Slogannya begini:

“Kongsikan kepada kami pencapaian anda yang menjadikan anda kekal terserlah dengan keyakinan tinggi dan wajah cantik berseri ketika di usia 30an.”(tidak lebih dari 45 patah perkataan).

Macam susah jugak kan? Macam mana nak cerita pasal pencapaian dalam masa yang sama cerita pasal kecantikan? Bentuk slogan pulak tu. So setelah fikir beberapa minit, ini yang ummi hantar:

Saya pensyarah, isteri seorang doktor, dan ibu pada dua cahaya mata
Siang berkerja, malam mengurus rumahtangga
Namun wajah dan penampilan sentiasa dijaga
Tak perlu bersolek tebal, cukup sekadar ada gaya
Hanya amalkan pemakanan sihat dan bersenam sekali sekala
Itulah tips wajah cantik berseri sepanjang masa


Ceh, macam iye jelah penampilan sentiasa dijaga dan ada gaya. Padahal kalau kat rumah, dah sebijik macam monster! kihkihkih.  
Lepas tu suka hati je cakap 'bersenam sekali sekala'. Padahal sekali pun macam tak ada. Kalau abah baca ni mesti dia senyum2 nak perli ummi. 

Apapaun syukur alhamdulillah. Hadiahnya ialah ini:
Barangan Fair & Lovely. Ada krim, pencuci muka dan cermin comel.
Voucher Guardian RM100. Yang ni paling ummi suka!
Voucher Guardian tu dah selamat pun ummi gunakan petang semalam. Seronok shopping spree dengan abah, Aiza dan Asyraf. Alhamdulillah!


3 comments on "Peraduan Fair & Lovely Forever Glow"

AyuArjuna BiGoshh on February 1, 2012 at 6:11 PM said...

tahniah syida :)

ummi aiza on February 2, 2012 at 9:21 AM said...

tahniah utk kak ayu jugak!

intanloveamir on March 8, 2012 at 2:25 PM said...

salam kenal..tahniah yerr..;)

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez