Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, March 22, 2012

The Italiannies Restaurant


Abah ada voucher TGI Friday bernilai RM100. Hari Isnin yang lepas, abah dan ummi berjaya menghabiskan separuh dari nilai voucher tu dengan gembiranya. Kami sama2 ambik annual leave dan keluar berdating di Mid Valley. Asyraf dan Aiza kami hantar ke sekolah macam biasa. Sesekali memang seronok menghabiskan masa berdua tanpa Kakak dan Si Botak Asyraf hehehe.

Yang bestnya voucher yang abah ada tu bukan setakat boleh guna di TGI Friday, tapi boleh jugak digunakan kat The Apartment dan restoran Italiannies. So kami pilih Italiannies. Harga makanan di Italiannies agak murah. Lunch set nilainya RM15.90 beserta dengan air dan satu pilihan side dish. Kami ambik 3 set semuanya. Ini semua gara2 nak menggenapkan bil supaya lebih RM50 ringgit biar tak rugi guna voucher. 

Kami order:
Spageti Aglio Olio
Ham and Mushroom pizza
Salad with Fried Calamari
Panna Cotta - desert.

Side dishnya kami dapat: 
3 Pepsi
2 mushroom soup
1 salad dan 
4 keping roti

Bila makanan tiba, ha ambik kau! Portion sangat banyak untuk semua hidangan. Penuh satu meja sampai taktau nak letak mana. Waiter yang lalu lalang pun jeling dalam hati kata "mak oi banyaknya diorang berdua ni makan" hahahaha.

Penuh satu meja dengan makanan sampai tak boleh nak masukkan muka ummi dalam gambar hahaha.
Kami makan sampai kenyang. Pizza terpaksa bungkus sebab perut dah tak muat. Total bil RM62.20. Kami guna voucher RM50. So abah hanya bayar RM11.20 sahaja. Seronoknya tak terkata!

Voucher ada lagi RM50. So apalagi abah, jom repeat!




2 comments on "The Italiannies Restaurant"

Anonymous said...

ham tu halal ke?

ummi aiza on July 3, 2012 at 9:50 AM said...

InsyaAllah halal. Sebab kat menu tulis chicken ham. Wallahuaklam.

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez