Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, May 29, 2012

Mengalahkan Orang Yang Nak Kawin

2 comments
Our beloved CakJib dah nak kawin minggu depan! Setelah 36 tahun hidup membujang, akhirnya sampai jugak jodohnya.Tahniah CakJib. Dengar kata berdebar2 sampai tidur malam tak lena kihkihkih.

Ummi memang rasa excited nak balik Johor. Last sekali balik masa Ceklon kawin bulan 11 TAHUN LEPAS. Memang melampau kan? Then bulan Mac hari tu ada balik sekejap otw dari bercuti kat Desaru dengan family MIL. Tu tak kira balik kampung sebab singgah dalam 2 jam je (lunch, sembayang Zuhur then terus balik KL) sob sob sob. So ni bila nak balik hujung minggu ni, rasa tak sabar sangat. Tiap2 hari tengok kalendar padahal dah tahu the exact date bila nak balik kihkihkih. Tambahan pulak bila sekarang kat ofis takde kerja nak buat. Student semua tengah cuti. Soalan exam untuk semester depan pun Alhamdulillah ummi dah berjaya siapkan. Tinggal nak pilih masuk dalam exam paper saje. So setiap hari datang ofis lenggang kangkung- bukak laptop- surf internet - bila ngantuk tidur bawah meja- cukup masa terus balik! Sungguh heaven!

Orang lain nak kawin, ummi pulak yang excited. Bila kat ofis duduk diam seolah2 pasif tak ada tenaga. Tapi bila punch out je, terus heret abah ke sana ke sini shopping beli baju Aiza dan Asyraf. Yelah, CakJib nak kawin mestilah Aiza dengan Asyraf nak melaram sama. Tiap2 hari pun ulang dialog yang sama kat abah "kesian budak2 tu belum beli baju baru". Dalam otak duk pikir, waktu nikah pakai baju ni - waktu sanding belah lelaki pakai baju tu - waktu sanding belah perempuan pakai baju lain pulak. So ummi pun keep on membeli dan membeli dan membeli. Padahal kat rumah dah tak muat beg yang nak bawak balik kampung hohoho. Memang betul2 ngalahkan pengantin!

Then tiba2 teringat, baju ummi cuma ada sepasang saje!


Tuesday, May 22, 2012

Karipap Krispi

1 comments
Minggu lepas tiba2 macam ngidam nak makan karipap yang sedap. Maksud ummi, yang betul...betul...sedap. Kuih karipap memang banyak jual kat merata tempat tapi selalunya tak mencapai standard yang tekak ummi mahukan. Kadang2 tu kulit karipap keras. Ada tu pulak intinya tak sedap, pedas melampau etc. So selalu kalau terkena karipap tak sedap, sekali gigit terus letak balik. Hish, tak baik makan tak abis!

So pertama kali nak try buat karipap sendiri. Selama ni tahu makan saje.

Then gigihlah ummi google resepi sana sini sampai terjumpa satu resepi kat blog kak inahar.Tengok kat gambar macam menarik. Resepi pun mudah. So ummi try. Btw inti karipap ABAH YANG MASAK. Kulitnya ummi yang buat. Hasilnya begini:
Abaikan kelim karipap ummi yang agak tak cantik itu :)
Rasanya masyaAllah.....sedap sungguh! Hahaha ni kes masuk bakul angkat sendiri. Tapi seriously memang sedap. Kulitnya crispy walaupun dah sejuk. Intinya pun sedap sebab abah gunakan daging instead of mincemeat. Terus tiba2 karipap ni masuk dalam menu 'Dynamic Duo' kitorang hahaha. Tak sampai 10 minit habis sepinggan. Sambil makan sambil puji diri sendiri hahahaha.

Btw sesiapa yang nak mencuba buat karipap daging, bolehlah jenguk blog kak inahar macam link yang dibagi kat atas tu. Tapi untuk karipap ummi, ummi ada buat sedikit modifications. Antaranya tak letak gula dan daun sup dalam inti karipap sebab tekak ummi dan abah suka yang masin-masin gitu. Dan lagi kami guna daging instead of mincemeat. Yang lain semua sama.

So apalagi. Cubalah! Gerenti terjungkit lidah bila makan karipap hasil air tangan sendiri.

p/s terima kasih kak inahar atas kunjungan balas ke blog ummi. Selamat berkenalan! :)


IIUM Kindergarten Sports Day 2012

0 comments
Sabtu lepas hari sukan IIUM Kindergarten untuk budak-budak 4-6 tahun. Ini kali ke-3 Aiza join sukan. Dua tahun berturut-turut sebelum ni dia menangis time acara dia. So tahun ni ummi memang tak mengharap dia menang apa-apa. Asalkan dia berjaya habiskan acara dia tanpa menangis pun dah cukup baik.

Sebelum pukul 8 kami dah bertolak ke Gombak. Acara dia antara yang awal. Teacher dah pesan kena ada kat sana sebelum pukul 9. Sampai je sana, daftar, dapat goodie bag then terus bersedia kat tempat masing-masing.
Posing dulu dengan Si Adam
Acara yang Aiza masuk namanya Uducare Drift ala-ala merempit gitu hihihi.
Muka cuak masa kat garisan permulaan. Actually time ni ummi pun berdebar2 jugak hihihi
Aiza in action. Berjaya menghabiskan larian walaupun kalah. Ummi bersorak tak hengat dunia. Gambar ihsan dari k.ayu
Bergambar dengan piala. Yang bestnya, menang atau kalah tetap dapat hadiah.









 
Habis je acara Aiza, kami terus balik tak tunggu sampai habis. Selesai sudah sukan Aiza untuk tahun ni. So sekarang ni kat rumah dah ada 2 piala dengan 1 medal hasil kerja keras Aiza bersukan. Nampak gaya dah boleh buat perancangan untuk beli almari kaca untuk display semua hadiah tu kihkihkih.


Thursday, May 17, 2012

Updates On Adik and Kakak

0 comments
Perkembangan terbaru, Asyraf dah masuk 11 bulan. Dah menunjukkan ciri2 nak mula berjalan. Riuh mulutnya bercakap sorang2 sebab tak ada orang yang paham. Kalau pasal buat bersepah, serahkan saje pada dia.

Kesian pooh bear kena tonyoh hidung

Saiz dua2 sama besar je :)
Tiap kali main dengan pooh bear, mesti hidung jadi mangsa. Kalau ummi dekatkan muka kat dia pun, hidung jugak jadi mangsa :) Gambar di atas diambil pada dua kejadian yang berlainan.

Si kakak pulak hari Sabtu ni ada annual sport's day kat IIUM Gombak. Sebelum ni 2 tahun berturut2 dia menangis time acara sukan. Harapnya tahun ni tiada lagi 'drama swasta' bakal berlaku. Ummi doakan kakak dapat gold medal cewahhh..


Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day to Myself

2 comments
Sepanjang hampir 5 tahun ummi bekerja di UIA PJ ni, dah banyak kali jugaklah kami lecturer2 di ICT Dept sambut Teacher's Day. Hehehe tapi bukan sambut dengan students sebaliknya celebrate sesama lecturer ala2 syok sendiri gitu hahahahaha.

Tahun ni tak terkecuali. Programnya sama saje setiap tahun.
*Makan-makan pot luck
*Ada persembahan sikit (multimedia presentation, baca sajak or whatever lah)
*Ucapan ringkas
*Sessi tukar2 hadiah
Cuma tahun ni special sikit sebab lepas makan kami solat zuhur jemaah sama2 diimamkan Bro.Haedir.
Bila pasal makan, semua pun laju hihihi. P/S lawa baju kak ayu arini :)

Selama ni kalau buat pot luck, biasanya ummi volunteer bawak buah saje. Maklumlah duduk rumah mertua malas nak kelentang kelentung kat dapur pagi2 buta masak untuk ofismate. Tapi tahun ni, sebab dah pindah rumah sendiri, ummi tunjuklah sikit skill memasak kihkihkih. Ummi buat CUSTARD JAGUNG! Subuh2 dah bangun. Sorry picture tak ada ---> abah kata "show picture or it never happened". Hihi tapi seriously ummi masak custard jagung cuma tak snap gambar je.

Sessi tukar2 hadiah tangguh sampai Jumaat ni sebab ada lecturer yang tak datang dan ada juga yang tak prepare hadiah lagi.
Memang seronok sekali sekala berkumpul ramai2 sambil makan dan borak2 macam ni. Hilang semua stress kerja! Sekarang memang tengah rileks pun sebab kertas exam dah habis marking dan student pun semuanya balik bercuti.

So untuk semua warga pendidik di luar sana, especially rakan2 seperjuangan di ICT Dept, CFS IIUM Petaling Jaya,
"Happy Teacher's Day! Remember, great teacher teaches from his heart, not from the textbook. Our job is  a noble job, so be proud of it!"


Monday, May 14, 2012

Home Made Air Soya

6 comments
Ummi, abah dan Aiza memang penggemar air soya. Kalau beli barang dapur, berkotak2 air soya kami beli terutamanya  time bulan puasa. Tapi air kacang soya yang dijual sekarang ni kesedapannya ikut jenama. Ada yang terlebih manis, ada pulak yang cair semacam. Untuk melayan anak tekak, ummi dan abah bersepakat  untuk buat sendiri air soya di rumah. Baru puas hati!

So untuk segmen Mari-Ke-Dapur-Bersama-Ummi kali ni, kita belajar cara membuat air kacang soya ye Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

Dah sediakan pen dan kertas? Ceh macam le complicated sangat. Padahal bahannya cukup mudah. Hanya perlu cari kacang soya yang banyak dijual kat pasaraya. Itu saje!

Kacang soya beli kat Giant. Sepaket cuma RM1 ++.
Rendam kacang soya untuk sekurang-kurangnya 4 jam.
Bila dah kembang, kulit kacang soya mula tertanggal. Buang kulit kacang. Kalau taknak buang pun takpe no problem.
Sediakan kain dan blender yang BERSIH. Blend kacang soya dan kemudian tuang atas kain yang disediakan.

Perah air kacang soya. Ulangi langkah blend-dan-perah sehingga semua susu soya berjaya diperolehi (Lebih kurang macam kelapa le. Perah sampai semua santan keluar)

Tapis air soya dan kemudian masak  hingga mendidih. Masukkan gula ikut kesesuaian tekak masing-masing.
Btw kacang soya ni ada bau yang 'semacam'. Sesetengah orang mungkin tak suka. So untuk menghilangkan bau soya, masa masak air soya tu, bolehlah letak daun pandan. Masa first time buat, ummi letak daun pandan. 2nd time buat, ummi letak vanilla essence. So baunya sedaaaaaaaaaaaaaap sangat. Vanilla soya - yummy!


Friday, May 11, 2012

Bila Hadiah Contest Tak Sama Macam Yang Diiklankan

0 comments
Dah hampir sebulan dapat SMS dari majalah Lisa mengatakan ummi salah seorang pemenang untuk promosi filem Mirror Mirror. Hadiahnya movie merchandise. Tapi SMS tu terperap je dalam henpon. Rasa malas nak tuntut sebab:

Yang pertamanya tak tahu jalan nak ke opis Lisa. Ummi dan abah dua-dua tak familiar dengan area Damansara Heights. Dengan nak meredah traffic jem segala bagai. Hish stress! Yang kedua sebab hadiah tak berapa mengancam :) Movie merchandise biasanya keychain, sticker, buku nota atau paling2 canggih pun t-shirt.

Tapi last2 minute ummi pergi tuntut jugak. Thanks to GPS henpon abah.

Bila sampai kat sana, person-in-charge kata "Puan, yang ada cuma cuma sticker. Merchandise lain tak ada". Dalam hati ummi dah mula merungut. Datang jauh2 tak kan cuma dapat sticker? Tapi tak sempat nak cakap apa-apa, orang tu sambung ayat dia "Puan, tapi kami ada bagi hadiah lain. 2 botol besar shampoo c.michael dengan voucher makan kat Hotel Mines Wellness sebanyak RM100". 

Ha, ini sudah bagus! Jauh lebih baik dari hadiah movie merchandise. Macam tau2 je shampoo kat rumah ummi dah habis. So bila dapat 2 botol besar ni, jimatlah belanja shampoo untuk 2,3 bulan.
Shampoo anti-hair-loss. SANGAT SESUAI untuk abah hahahaha
Dan yang paling ummi suka dapat voucher makan kat hotel. Tak sabar nak ajak abah redeem voucher ni. RM100 rasanya cukup untuk kami berempat. Selalunya ummi menyampah kalau organiser bagi hadiah tak sama macam yang diiklankan. Tapi kali ni ummi suka sangat. Thanks Lisa. Lain kali pilihlah ummi lagi ye.


Thursday, May 10, 2012

Abah Turns 31

3 comments
A birthday card specially made by Aiza, for her abah!
On his big day - abah ada workshop dari pagi sampai petang.

So birthday abah disambut sehari awal dari yang sepatutnya. Ummi siap ambik annual leave - nak menunjukkan betapa significantnya bday abah dalam hidup ummi kihkihkih. Kami celebrate di tempat yang tak asing lagi. Sila rujuk gambar di bawah:
Yes we went to Eastin Hotel - again! Ini kali ke-3 kami makan di sini.
Makanan kat Hotel Eastin, PJ as usual memang superb. Dari starter, main food, dessert semuanya sedap - membuatkan ummi terpikir "kenapalah bday abah setahun hanya sekali? Kalau le banyak2 kali, ada le alasan nak makan kat Hotel Eastin lagi hihihi". Ummi banyak kali jugak makan kat hotel tapi seriously this is one of the best hotel in KL. Selection of foods dia memang pelbagai dari local dish, chinese food sampailah ke western. Dah 3 kali kami ke sini, menu sentiasa bertukar. So tidaklah jumpa makanan yang sama je tiap kali makan kat situ. Kat Hotel Eastin ni le 'perut ummi berkenalan' dengan risotto, meatloaf, compote etc. Hish, lapar pulak bila teringat makanan-makanan kat situ!
Tengah makan laksa Kelantan :)
Btw, plan asalnya nak bawak Aiza makan sama. Tapi on that day Aiza pergi UIA Gombak naik bas dengan teacher & kawan2 sebab ada rehearsal hari sukan. Asyraf pulak tak payah cakaplah, memang niat nak kena tinggal! Kalau bawak Asyraf, tak makan le ummi dan abah jawabnya hihihi.

Tapi sehari sebelum tu, Aiza sempat buat bersepah datang opis ummi dan buat kad bday special untuk abah.
Aiza buat kad khas untuk abah.
To abah,
Happy 31st birthday,
Thanks for being the greatest husband to ummi,
And the best abah to Aiza and Asyraf,
We love you.

Tuesday, May 8, 2012

Rezeki Contest

0 comments
Dah lama rasanya tak update pasal contest. Syukur alhamdulillah masih ada rezeki dalam bidang ni walaupun aktiviti agak slow sebab sibuk menghabiskan silibus, menyiapkan carry marks students dan sekarang tak cukup tangan nak marking exam paper pulak. Hobi ummi yang satu ni memang menyeronokkan, dan hasilnya pun not bad jugak. Antara yang ummi menang baru-baru ni:

#Jam Tangan Bonia Bernilai RM318 Promosi In Trend Bulan Ogos 2011
Dah beberapa kali beli In Trend dan join contest yang ada tapi tak pernah menang sampai frust dibuatnya. Last sekali beli bulan Ogos tahun lepas. Ummi join beberapa contest, hantar dan kemudian terus lupa (tak mengharap kononnya). Tiba2  2 minggu lepas dapat surat kata menang jam tangan. Menang atas nama abah. Sukeeeee sangat! Tapi jam tangan Swatch yang abah bagi 7 tahun lepas masih elok. So jam Bonia ni simpan dulu buat pekasam kihkihkih.
Jam Bonia kecik comel still berbalut dalam plastik

#Hamper Libresse Bernilai RM100 Promosi In Trend Bulan Ogos 2011
Yang ni menang atas nama ummi pulak. Abah yang tolong ambikkan dari Measat Publications sekaliarung masa dia ambik jam Bonia. Dia kata malu usung benda alah ni ke kereta sebab saiznya besar gedabak! Kalau usung hamper makanan takpe jugak, ini hamper TUALA WANITA. See:
Pengedar tunggal barangan Libresse kat rumah :)
Cukup stok untuk setahun. Umi plan nak bagi sikit kat sedara mara jiran tetangga masa balik kampong awal bulan depan. So Ceklon, if u read this, inilah jajan untuk Ceklon.

#CD Album Jason Mraz  dari YesWorld
Menang CD album Jason Mraz yang terbaru. Lagu2 dari album dia yang dulu ummi layan jugak macam lagu I’m Yours atau lagu Lucky duet dia dengan Colbie Cailatt. Tapi album yang baru ni ummi belum familiar lagi. CD ni pun belum dituntut sebab jauh nun di KL sana. CD ini akan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan CD Adele dan CD Lagu Cinta yang ummi dapat hasil menang contest jugak. 

#4th Prize Lancome Malaysia's "Hypnose Doll Eyes" Contest 
Yang ini kemenangan paling tak disangka. Ummi join contest kat Facebook Lancome Malaysia. Caranya cuma create karakter dolly guna aplikasi yang disediakan, mekapkan lawa2, tambah rambut , aksesori etc, bagi nama dan kemudian emailkan ke pihak Lancome. Then semalam ni dapat tahu ummi dapat hadiah ke-4. Hadiahnya tak calang2 pulak tu! Beg Prada Raso Satin Pleated Wristlet worth RM1600 dari Rebonz dan sebatang mascara dari Lancome worth RM85. Senyum sepanjang hari ummi dibuatnya.  Seriously I’m still speechless until now!
Ummi dapat 4th prize

#Marie Claire Web Winners March
Ternampak nama ummi terpilih as one of the winner untuk promosi Marie Claire bulan Mac. Senang je contestnya. Bukak website Marie Claire, kemudian jawab soalan mudah. Hadiahnya barangan Crabtree and Evelyn. Dah lama sebenarnya aim nak dapatkan produk ni. Nak beli guna duit sendiri macam tak tergamak pulak. So selama ni duk curi2 pandang tiap kali lalu depan kedai dia. Tak sangka akhirnya ada jugak rezeki nak merasa guna produk ni hasil menang contest. Ummi sangat tak sabar nak tuntut hadiah ni!
Hadiah yang paling ummi tunggu2
 
So tu jelah yang ada buat masa sekarang. Syukur alhamdulillah yang teramat sangat. Lebih2 lagi contest yang ummi join ni kebanyakannya tak perlu beli apa2 barang kecuali contest In Trend (kena beli majalah harga RM7++). Yang lain semuanya web-based atau lalu Facebook, so tak perlu modal walau sesen pun. Kesimpulannya, di mana ada usaha, di situ ada hadiah hihihi.


Wednesday, May 2, 2012

Picture Of The Day #8

0 comments
Ummi-kepala-teleng and her kids
Picture taken a couple of weeks ago during INTECHSS Annual Grand Dinner held at Al Malik Faisal Hall, Centre for Foundation Studies, IIUM Petaling Jaya. Yes people, I brought my kids along to the dinner. And abah reluctantly had to come as well :)

Wednesday, April 25, 2012

Terima Kasih Semut

2 comments
Boleh kata hari-hari ummi berperang dengan semut samada kat rumah atau kat opis. Sampaikan semua spesis semut ummi dah boleh kenal. Takde apa yang semut tak suka. Jangankan makanan manis, air masak pun dia rembat sama. Agaknya sekarang semua semut nak kurangkan pengambilan gula dan jaga kesihatan. Sungguh annoying kan?

Tapi weekend lepas ummi berterima kasih pada semut. Apa sebabnya?

Alkisahnya Ahad lepas menu makan tengahari kami simple tapi sangat sedap hasil air tangan abah. Dia masak sayur kailan yang ummi tanam depan rumah dengan ayam goreng tumis bawang dengan daun kari. Lepas makan kenyang2, kami anak beranak tidur berjemaah dalam bilik pasang air cond kuat2 sebab cuaca sangat panas. Bila bangun petang, bukak tudung saji - makanan dah penuh dihurung semut. Nak masak makanan lain, kat fridge dah kosong takde lauk. So ummi ajak abah makan luar hehehe.

Lepas magrib kitorang terus keluar. Plan ummi nak makan kat restoran dekat2 je. Tapi abah terlebeh adventurous dan drive terus sampai ke KL! Tempat yang dituju tak lain tak bukan Restoran RSMY yang popular dengan nan cheese. Restoran ni terletak kat depan Maju Junction sederet dengan Restoran Lotus. Siap ada kain rentang depan restoran tulis "Cheese Naan - the best in town". Kami order 2 set naan cheese. Satu set RM5. Harga kuah dhal/kari etc kira lain. Jadi kami ambik kuah dhal RM2 sepinggan. Dan sebagai sampingannya kami order jugak ayam tandoori. Servis biasa saje (malah agak lambat kalau nak dibandingkan dengan restoran mamak yang lain).

Posing dulu sebelum makanan sampai
Sebelum tu, ummi memang pernah dapat email dan baca blog-blog orang yang cerita tentang kesedapan cheese naan kat sini. So memang excited nak rasa. Sabar menunggu lebih kurang setengah jam, ni hasilnya:

Roti naan yang diisi dengan cheese mozarella - melimpah ruah cheesenya.
Ayam tandoori yang rasanya lebih kepasa ayam goreng - ikut tekak ummi
Cheese naan tu sedap. Untuk harga RM5, memang berbaloi. Cheese penuh sampai melimpah ruah. Kuah dhal biasa2 saje. So, satu impian tentang makanan dah terlaksana. Lepas ni kalau kebetulan jalan2 kat area KL, maybe boleh datang lagi.

So sebelum berpisah, kita layan satu lagi gambar naan cheese, kasi jeles semua orang yang baca entry ni kihkihkih..gelak jahat!
Drooling!
Akhir kata, terima kasih semut. Sebab kerana engkau hurung makanan kami sekeluarga pada Ahad lepas, ada alasan ummi untuk ajak abah makan di luar. Harap maklum.

Picture Of The Day #7

0 comments
Picture taken last few days
Kat rumah kami memang diketahui ada seekor tikus kecik yang selalu lari-lari dan main cak-cak terutama dengan abah. Biasanya dia akan muncul, lari tergedik-gedik ke sana sini, then bila abah kejar guna penyapu dia akan hilang. Very clever!

Kelmarin abah jumpa dia terbaring kat porch, dalam keadaan separuh sedar dan mungkin injured. Beria2 dia panggil Aiza suruh tengok mickey-mouse-versi-live. Time tu kami semua dah nak pergi kerja. Nak biarkan macam tu je,  takut dia kembali bermaharajalela dalam rumah. Paling haru kalau beranak pinak pulak nanti. Nak bunuh tak sampai hati. So abah buang dia dekat longkang besar berdekatan dengan klinik dan FRIM. Back to natural habitat kononnya! Entah apa nasib dia sekarang, entah hidup entah mati.


Friday, April 20, 2012

Cengeng!

0 comments
Ummi ni memang cengeng orangnya - hati lembut dan mudah menangis. Kalau orang Jawa sebut 'gembeng'. Pantang baca cerita sedeh kat Facebook, surat khabar or majalah mesti mengalir air mata. Lagi2 kalau baca pasal budak2 kena dera, kena buang etc, automatik kepala terbayang kat Aiza dan Asyraf. Then tak lama tu mulalah sedeh tak tentu pasal sob sob sob. Kadang2 tu cerita tak sedeh pun boleh nangis. Contohnya tengok Lee Chong Wei menang badminton pun boleh bergenang air mata. Menyayat hati sungguh!

Tu belum lagi kalau tengok TV. Ada je scene yang menyentuh hati, mulalah mengalir air mata. Tak kisahlah cerita melayu ke, omputih ke hatta kalau cerita tamil sekalipun asal ada je scene yang meruntun jiwa, sure banjir depan TV. Baru-baru ni ummi tengok rancangan TV tajuknya Saksi Maut - rancangan pasal kejadian2 maut kat Malaysia. Then ada pulak temubual dengan ahli keluarga dan orang ramai yang menyaksikan tragedi tu berlaku. Memang nanges tak hengat dunia. Dah le tengok sorang2 malam2 buta. Masuk bilik tersedu sedan atas bantal.

Abah memang dah paham betul dengan perangai ummi ni. Kalau dia nampak ummi nangis depan TV, takdenya dia nak pujuk segala bagai. Malahan dia pandang sinis je! Sebab dia tahu bini dia tu tengah melalak tak tentu pasal hahaha. 

Dan pagi ni ummi nangis lagi kat opis sampai tak cukup tisu dibuatnya. Sebabnya tengok iklan ini. Ye tuan2, iklan pun boleh buat ummi menangis. Sungguh menyentuh perasaan!


p/s kelmarin tengok Aiza naik bas ikut rombongan sekolah pergi zoo pun buat ummi rasa nak menangis. Selalunya ummi yang tinggalkan Aiza. Tapi kelmarin Aiza yang tinggalkan ummi huarrgghhhh...

Thursday, April 19, 2012

Asyraf Turns 10-Months-Old

0 comments
Asyraf panjat meja TV!
Asyraf dah masuk 10 bulan pada minggu lepas. Gigi dah ada 5 batang, suka makan tapi badan maintain kecik macam dulu. Dia sekarang dah makin ligat dan lasak sampai kadang2 terasa penat nak melayannya. Pantang abah atau ummi leka sikit, ada saje yang dikerjakannya. Minggu lepas dia berjaya panjat meja TV yang tak setinggi mana. Sigh!

Mungkin ini satu alasan yang baik untuk ummi ajak abah beli TV BESAR dan mountkan terus ke dinding so tak perlu ada meja TV di ruang tamu. Hahahaha alasan le tu nak ngabiskan duit. Ummi oh ummi.


Rombongan Cik Kiah

0 comments
Semalam Aiza join rombongan cik kiah sekolah ke Zoo Negara dengan teacher dan classmates dia yang lain. Ini antara salah satu sebab kenapa ummi suka dengan IIUM Nursery & Educare. Selain dari penjagaan yang superb, pengajaran yang komprehensif meliputi Malay, English dan Arabic, sekolah Aiza jugak ada aktiviti sambut birthday setiap bulan dan anjurkan trip untuk budak2 seawal umur 4 tahun. Itu tak termasuk lagi dengan hari sukan, ambik report kad etc. Pendek kata, memang berbaloi hantar anak ke nursery IIUM. Tapi untuk yang tertanya2, nursery ni hanya dibuka untuk staff UIA saja tau!

Muka happy nak naik bas
Pukul 7.30 pagi ummi dan abah dah terpacak depan nursery sebab teacher pesan suruh datang awal untuk breakfast etc. Lepas hantar, abah terus pergi kerja dan ummi terus naik ofis. Tapi pukul 8.30am ummi turun semula ke nursery, sebab terasa nak hantar dia sampai ke bas dan lambai2 dia hehehe. Ummi pulak yang jadi over excited!
Aiza dan classmates

Classmates Aiza ada 13 orang semuanya. Semuanya range umur dari 3 tahun lebih. Ini ummi try recall nama setiap sorang harapnya tak silap. From L-R: Yumi, Habib, Lokman, Bushra, Adam, Husna, Danish, Nor, Adib, Aiza, Syifa', Sofea, Auni, Darwish.

Beratur nak naik bas
Selain, ummi ada jugak 4,5 orang mak bapak yang lain berkumpul kat parking sebab nak tengok anak masing2 naik bus. Dalam hati agaknya semua orang cakap "eh dah besar anak aku. Dah boleh join rombongan sekolah rupanya" kihkihkih
Aiza dan Syifa'
Bas dah nak gerak. Bye2 Aiza!
Bila ummi ambik dia petangnya, macam tak cukup mulut dia bercerita pengalaman dia pergi zoo dengan teacher dan kawan2. Sampai malam tadi nak tidur pun sempat lagi story pasal flamingo! Dan dijangka cerita yang sama akan berulang...ulang...ulang...ulang...sebulan pun belum tentu habis.


Monday, April 16, 2012

Shopping: Kat Mana-Mana Pun Boleh

0 comments
Nak mengumpulkan duit memang payah. Tapi nak menghabiskannya cukup mudah. Kalau pasal menghabiskan duit, kat mana-mana pun boleh. Even kat taman permainan pun boleh bershopping. Dan shopping bukan sebarang shopping, ni shopping beli sofa! Yes people, you heard it right! Beli sofa di taman permainan.

Alkisahnya weekend hari tu masa ummi dan abah bawak Aiza dan Asyraf main layang-layang kat Taman Metropolitan, kami ternampak satu van jual mini sofa. Kiut miut je sofa tu. Rupa sofa ni sama macam sofa kita biasa beli, cuma sizenya untuk budak2. Kalau 1-seater harganya dalam RM45. Yang 2-seater harganya lepas tawar menawar dapat RM70. Dan kami terjebak membelinya!
Si penjual sofa mini

Serius sangat cantik. Fabriknya berkualiti. Buatannya pun kemas. Ummi sempat borak2 dengan si penjual sofa. Rupa2nya encik tu ada kilang perabot buat sofa kat Sg.Buloh. So bila ada fabrik lebih, dia buatlah sofa size mini.
Our new mini sofa
Perbandingan size sofa mini dengan sofa Macy

Ada macam2 kaler. Tapi kami pilih  kaler coklat sebab nak matchingkan dengan sofa Macy kesayangan ummi tu hehehe. So sekarang, ummi dengan abah duduk kat sofa Macy. Aiza dengan Asyraf duduk kat sofa mini. Pergi duduk jauh-jauh!
Model tak berbayar
Mikimaus pun nak join sama

p/s berangan nak beli lagi sofa mini biar lengkap jadi set 2 + 2 + 1 ala2 nak buat set ruang tamu budak2. Ceh, macam le rumah besar sangat nak ada secong living room.


Saturday, April 14, 2012

Layang-Layang Terbang Melayang

2 comments
Taman Metropolitan, Kepong terkenal sebagai destinasi nak main layang-layang. Setiap pagi dan petang hujung minggu atau cuti sekolah, tempat ni mesti penuh sesak sampai takde ruang nak parking. Jarak rumah ummi dengan Taman Metropolitan dekat saje sebenarnya. Tapi sebab taman ni berada kat the-other-side-of-MRR2, so kena u-turn agak jauh jugak. Kalau drive, ambik masa lebih kurang 15 minit baru sampai. Kira oklah tu kan. Sebabnya ummi dapat tahu, ada orang yang lagi jauh dari Gombak, Sg.Buloh, Damansara, PJ pun datang ke sini jugak. Kemungkinan jugak ada yang lagi jauh dari tu.

Dah lama kami tak ke sini. Last sekali seingat ummi masa Aiza mula2 nak belajar jalan dulu. So ni bila dia besar (dan dah ada adik), baru nak pergi lagi. 

Suasana kat sini memang meriah. Gerai jual makanan dan minuman berderet kat tempat parking. Gerai jual layang-layang pun banyak. Harga layang-layang ikut size dan corak dari RM3 sampailah berpuluh2 ringgit. Untuk Aiza, kami belikan dia yang ini:
 
Layang2 Angry Bird size sederhana besar harga RM6

Aiza Abah in action
As expected, abah yang lebih beria berbanding Aiza. In fact, kebanyakan  kat sini yang main adalah bapak-bapak orang saje. Anak2 duduk tepi dalam hati merungut "kenapalah bapak aku yang conquer layang2 ni dari tadi" kihkihkih. Selain main layang2, ada jugak orang jogging, berbasikal, main skate board etc. In fact masa kami pergi hari tu, ada satu kumpulan gamelan dan caklempong tengah buat persembahan. Best!
Penat main layang-layang, kami layan main bubble pulak. Boleh kata separuh budak2 yang datang sini main bubble. So pemandangan kat taman nampak sangat cantik dengan buih2 terbang kat udara.
Aiza tembak ummi!
Seronok jugak bila rumah dikelilingi taman ni. Kalau rasa jauh nak pergi Taman Metropolitan, kami pergi Taman Botani saje. InsyaAllah mulai dari sekarang, aktiviti jalan2 kat taman akan jadi aktiviti wajib ummi sekeluarga bila ada masa terluang.


Penangan Penang

0 comments
Trip ke Penang dah lama berlalu. Tapi penangannya masih terasa. Sampai ke hari ni tekak kami (abah terutamanya) masih merindui makanan2 Penang.

Hasilnya, semenjak dua menjak ni menu kami bertukar2 dari char-kuey-teow kepada kari ikan kepada roti cheese naan etc. Cuma laksa dan pasembor sahaja yang belum masuk senarai. Semuanya adalah hasil air tangan abah sendiri.
Kari Ikan Tenggiri

Makan nan cheese kat Original Nasi Kandar, SS2 PJ

Mood nak pergi holiday/ jalan-jalan-cari-makan dah mula meresap dalam diri kihkihkih. Lebih2 lagi ummi tinggal lagi dua minggu saje nak mengajar. Kemudian student akan exam dan cuti hingga pertengahan bulan 6. Syok kan??? Nanti lepas habis marking kertas exam, bolehlah datang opis lenggang kangkung ngadap FB 9pagi hingga 5ptg kihkihkih. Dalam hati sekarang asyik cakap "cepatlah habis silibus...cepatlah habis silibus...cepatlah habis silibus". Ish, macam tak ikhlas je nak mengajar. Oh tidak! Ummi memang suka dengan kerja ummi. Ummi happy bila dapat jumpa student. Cuma bila dah hujung2 semester, mood nak bergumbira pun datang tiba-tiba.

Aiza pun sekarang asyik tanya "bila kita nak pergi Pulau Pinang lagi?" or "bila kita nak naik aeroplane pergi Langkawi?". Eh, cara dia cakap macam Pulau Pinang or Langkawi tu 10 minit je drive dari rumah. Tunggu ye Aiza. Ummi dengan abah kumpul duit dulu! Tunggu tau!


Picture Of The Day #6

0 comments
This picture was taken last weekend at The Gardens Restaurant, The Curve during PakNgah and Kakak Issa's birthday celebration. Thank you PakNgah for the meals. Tahun depan belanja lagi tau, kat tempat yang lagi canggih!



Aiza and Asyraf with their sepupu sepapat (from Abah's side). L-R: Abg Haziq, Aiza, Kakak Issa, Asyraf, Kakak Ina, Ummi. Not in the pic: Kakak Iqa.

Tuesday, April 10, 2012

Cita-Cita Saya Nak Jadi....

0 comments
Dulu masa ummi kecik, bila jumpa saudara mara dan rakan taulan, selalu ditanya "bila dah besar nanti nak jadi apa?". Bila dah masuk sekolah pun, cikgu selalu bagi penekanan tentang pentingnya ada cita-cita. Setiap  hujung tahun, cikgu akan bagi sehelai kertas untuk tulis cita-cita atau nama pekerjaan yang nak diceburi bila dah besar nanti. Tujuannya sebab cikgu nak isi dalam report card kat bahagian belakang sekali. 

Well, kenapa perlu ada cita-cita. Supaya hidup kita lebih terarah dan ada matlamat. Bila kita dah set cita-cita, mestilah kita kena usaha untuk capai cita-cita tu kan? Tak boleh le duduk goyang kaki tengok TV je then sedar2 je dah jadi lawyer. Betul tak?

Ummi rasa, penting untuk kita sebagai ibu bapa set minda anak2  tentang cita-cita sejak mereka kecik lagi. So that mereka akan ada usaha ke arah mencapai cita-cita tu. Mungkin sekarang mereka kecik lagi umur baru 3,4 tahun dan tak tahu nak pilih yang mana satu. So kita boleh terangkan dengan cara yang mudah. Contohnya kita cakap "doktor rawat orang sakit", "polis tangkap orang jahat", "bomba tolong padamkan rumah orang yang terbakar" etc. Dari situ anak2 boleh pilih mana pekerjaan yang paling disukai. Kemudian set satu cita2 dan galakkan mereka untuk usaha ke arah capai cita-cita tu. Lagipun, kalau dah selalu sangat sebut, lama2 dia akan jadi satu doa. Iyelah, kalau dah hari2 si emak cakap "Ali dah besar nanti jadi cikgu tau", insyaAllah satu hari nanti Allah perkenankan. Amin.

Tapi kita janganlah terlalu rigid dan taksub dengan sesuatu cita-cita tu. As time goes by, anak2 akan belajar banyak benda dan explore banyak perkara. Mungkin dari situ akan timbul minat terhadap sesuatu yang lain dari yang dicita2kan selama ni. So sebagai ibu bapa, jadilah seorang yang fleksibel. Jangan terlalu memaksa. Pastinya kita sebagai ibu bapa sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak kita. Tapi selagi cita2 anak kita tu tak bercanggah dengan agama (nak jadi pencuri, penyangak what-so-ever), bagilah galakan. After all, tak semestinya yang kerja jadi doktor atau jadi engineer saja yang boleh hidup senang. Setiap rezeki kita dah ditentukan oleh Allah. Asalkan pekerjaan tu halal dan diberkati, insyaAllah boleh hidup dengan rezeki melimpah ruah juga.

Jangan terlalu memaksa anak2 untuk mencapai cita2 yang mereka tak suka atau diluar kemampuan mereka. Nanti teruk akibatnya. Mengikut pengalaman ummi sendiri, masa ummi mula2 mengajar kat UIA dulu, ummi pernah mengajar seorang student yang ada masalah attitude. Bila ummi panggil face-to-face, katanya dia tak minat dengan course yang diambiknya waktu tu. Dia suka nak jadi engineer, tapi parents suruh ambik economics sebab ada family business yang nak diperturunkan padanya. Akhirnya dia memberontak dengan cara ponteng kelas, assignment tak buat, kuiz selalu meniru. Pointer sangat rendah dan ada kemungkinan dibuang dari UIA. Yang sedihnya dia bagitau ummi, sekiranya dia dibuang dari UIA sekalipun, parents dia dah rancang nak masukkan dia kolej swasta - course economics jugak!

Sebagai anak pulak, cubalah untuk menggembirakan hati ibu bapa. Mungkin kadang kala permintaan ibu bapa tu sukar untuk dituruti dan tak kena dengan jiwa. Tapi cubalah dulu, mana tahu minat akan timbul kemudian ye tak?

So berbalik pada soalan di atas tadi. Dulu masa kecik2, apa cita-cita ummi? Hahaha jangan tak tahu, setiap tahun cita-cita ummi bertukar. Kejap nak jadi cikgu, kejap nak jadi engineer, kejap nak jadi polis. Pendek kata semua pun ada. Tapi yang paling tak menahan, ummi pernah ada cita-cita nak jadi peragawati! Diulangi hadirin hadirat sekalian....PERAGAWATI tu hahahaha. Ni kalau Nasha Aziz baca entry ummi ni, mahu berdarah tekak dia ketawa tak hingat dunia. Manakan tidak, tinggi dah le tak cukup. Gaya apatah lagi. Hari2 pergi kerja pun sarung baju mana yang ada je. Bukan kisah pun tudung dan baju matching ke tak. Tu tak kira lagi kebolehan nak catwalk. Pakai high heel pun sekali je waktu sanding dengan abah dulu. Selebihnya, sandal satu inci tu jelah yang disarung ke sana sini.

Malam tadi masa mandikan Aiza, ummi borak2 dengan dia. Ummi tanya "kakak bila besar nanti nak jadi apa?". Aiza jawab "nak jadi kakak la".

Errkkk...tak paham konsep dia ni. Perlu diberi lebih banyak penerangan.




 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez