Tiket
Kami booked tiket pertengahan tahun 2014 masa Air Asia
buat promosi. Time tu, tiket perjalanan sehala ke Perth cuma RM2.90. Iye, sila
pengsan sekarang! Diulangi, RM2.90 je sehala. Tapi bila dah ditambah dengan
airport tax, caj seating, luggage 20kg, meals on board pergi dan balik, total
damage semua sekali 5 beranak lebih kurang 3 ribu. So on average sorang RM600
le. Masih dalam kategori affordable.
|
Ummi dan Anas. Memang mencabar jaga 3 orang budak dlm kapal terbang utk 5hours of flight. Rasa macam nak lompat guna payung terjun pon ada. |
Passport dan Visa
Mana2 perjalanan ke oversea pun, kena pastikan
passport valid 6 bulan sebelum tarikh luput. Bila kami check expiry date setiap
passport, semua orang pun dah tahap 'nyawa-nyawa ikan'. Plus Si Anas memang
belum pernah ada passport. Jadi kami buat passport kat Kompleks Kementerian
Dalam Negeri, Hartamas. Awal pagi dah terpacak kat sana. Yang bestnya, kat situ
ada kaunter khas untuk sesapa yang ada anak kecik nak buat passport. So
alhamdulillah memang laju je sampai giliran. Tak sampai pukul 10am dah setel
semua so boleh pi kerja macam biasa. Total damage untuk buat passport ialah
(RM100 x 2 tahun) utk ummi/abah dan (RM80 x 2 tahun) untuk Aiza, Asyraf dan Anas.
|
L-R: Aiza, Asyraf, Anas. Semua muka macam katun! |
Pasal visa pulak, ada sesetengah negara kalau nak pergi
kena ada visa. Australia adalah antaranya. Tapi jgn risau. Urusan buat visa nak
ke Autralia boleh buat dengan mudah dan murah. Tak perlu sessi interviu macam
sesetengah negara tu. In fact,boleh buat online sahaja. Utk urusan visa ni,
abah deal dgn
easyeta.com je. Total damage untuk buat visa ialah around RM30 x
5orang.
Tukar Duit
Masa kami ke Perth tu, kadar tukaran duit RM ke
AUD lebih kurang RM2.90 kita bersamaan AUD1. Hasil recommendation dari Cik Ajib,
kami pergi ke satu money changer kat belakang BB Plaza. Katanya rate kat situ
agak murah dan boleh nego. Masa dia pergi 2 minggu sebelum tu, dia berjaya
dapat RM2.70:AUD1. Tapi bila kami pergi, rate sama je dan langsung tak blh
nego. So kami end up tukar kat Bank Islam dengan kadar RM2.86:AUD1.
Kami bawak AUD1000 untuk duit jajan/belanja
makan/beli souvenier/tiket masuk zoo etc so total damage RM2860 (ini pon tak habis bila balik masih ada balance lebih kurang RM800++).
Kastam/Imigresen
Nak masuk Australia peraturannya
agak ketat dan security check agak thorough. Banyak benda tak boleh bawak masuk
macam dairy food, everything yang 3 in 1, makanan basah etc. Bila baca blog
orang lain, ramai yang dah terkena i.e kena rampas or kena denda. So kami pon
takdelah bawak apa takut terkena jugak. Cuma bawak susu formula budak2
(unopened) dan maggi 5 bungkus. Dan abah pastikan semuanya dideclare. Even
bawak ubat demam budak2 pon abah declare. Dan Alhamdulillah, urusan cek out
dan kastam sangat mudah. Malahan kami langsung tidak di cek. Mungkin sebab
diorang nampak ummi dan abah angkut 3 orang budak sambil terhoyong hayang bawak
beg kot. Dalam hati diorang mesti rasa kesian kihkihkih. So laju je takyah
beratur pon sebab dapat laluan khas.
Zon Masa
Waktu Malaysia dan Perth SAMA je. Yang bezanya
permulaan siang dan malam. Masa kami pergi, kat Perth tengah penghujung Spring
nak masuk Summer. Subhanallah cantik betul pemandangan dengan bunga kembang
merata2. Subuh masuk pukul 4pagi. Pukul 5.30am dah syuruk. Magrib pulak start
pukul 6.30pm.
Kat Perth tak banyak aktiviti malam. By pukul
7pm, semua kedai pun dah tutup. Siap ada kedai tu, tulis banner besar "we are open until 9pm". Macam bangga sangat dapat bukak sampai pukul 9 malam
hahaha. Kalau kat KL, 9 malam tu ada je kedai yang baru terkedek2 nak susun meja
hihihi.
Sewa Kereta/Transportation
Kami pegi Perth ni free and easy. Meaning tak
guna agen, takde tourist guide. Semua suka hati. Bila bawak anak kecik ramai,
rasanya nilah option paling bagus. Kita tak terkejar2 dengan apa2 schedule. So
nak mudahkan perjalanan, abah sewa kereta. Urusan sewa kereta ni abah setelkan
berbulan2 sebelum kitorang pi Perth. Semuanya google saja. Hasil dari kajian
dan recommendation orang ramai, abah sewa kereta kat
www.bayswatercarrental.com.au/.
Dari airport kami ambik teksi ke kedai sewa kereta ni. Perjalanan lebih kurang
35 minit dengan caj AUD42.
|
Kereta sewa kami untuk 3 hari. Toyota Corolla Ascent, adik beradik Altis. Sebab kononnya best drive Altis ni, bila balik Malaysia dan drive Alza, abah kata dia kekok. Piiirah! |
Rate sewa kereta boleh tahan murah, as low as AUD25 je. Tapi sebab kami sewa 2 car seat, 1 booster seat dan ambik insurans, so total jadi AUD60 per day. Kami ke Perth
bertolak Khamis malam (24 Oct 2014) dan balik semula ke KL hari Selasa pagi (28 Oct 2014), jadi abah sewa
dari hari Jumaat-Ahad je. Hari Isnin kami jalan2 guna public transport.
Seronok! Btw, total damage untuk sewa kereta lebih kurang RM600.
Hari terakhir kat Perth, kami dah pulangkan kereta. Tapi masih
bersemangat nak sight-seeing sekitar Perth. So kami just guna public
transportation. Mula-mula kami naik train ala2 komuter. Servis sangat efisyen
dan takde delay2 macam kat sini. Kalau dia tulis pukul 11am, then pukul 11am on
the dot dia sampai.
|
Beli tiket train. Takde kaunter jual tiket, semua guna mesin je. |
Selain dari train, kami ada jugak naik ferry di Barrack St. Jetty
menyeberangi Swan River. Tiket sehala AUD 2.10 saja. Kalau ambik return tiket lagi
murah lebih kurang AUD 2.90. In fact klu kita dah mmg ada tiket bas/train masih boleh guna kalau still dlm zone yg sama atau masih within time limit. Dari Barrack St. Jetty ni pon boleh naik boat cruise
sampai ke Fremantle. Tapi tu harga tiket mahal lagilah.
Petang sehari sebelum balik ke Malaysia, kami try pulak perkhidmatan
bas. Kami naik dari Carlisle ke Belmont. Niat di hati saje nak jalan bawak budak2. Kami turun kat satu tempat yang penuh dengan hypermarket (Woolsworth, IGA Superstore dan Coles). Sempatlah shopping barang mainan. Harga of course kauh lagi murah banding dengan Malaysia. Masa otw balik driver bas bagi
kami naik free je takyah bayar. Once again, mungkin sebab nampak kami bawak
budak2 (sapa kata bercuti dengan anak2 kecik susah, banyak kelebihan sebenarnya).
Perkhidmatan bas berakhir pukul 7pm.
|
Tempat tunggu bas. Sempoi je cuma ada papan tanda. |
So overall, kami dah cuba semua jenis pengangkutan kat Perth. Dari
teksi, kereta, train, bot, bas dan kapal terbang pergi dan balik. Memang jadi pengalaman untuk Aiza, Asyraf dan Anas!
Penginapan
Lama jugak ummi google sana sini cari hotel murah
kat Perth. Rate hotel kat sana lebih kurang sama macam kat KL (JANGAN CONVERT).
So kalau kita tengok rate hotel kat KL on average 2-3 ratus satu malam, samalah
jugak macam kat Perth. So kalau kami menginap 5D4N kat hotel, boleh cecah
dekat 3K. So idea duduk hotel tolak tepi jauh2.
Pilihan kedua boleh menginap kat hostel bag
packers yang berlambak kat Perth. Kalau nak senang boleh klik
www.hostelz.com. Bayaran pon murah je. Ada
tu tak sampai AUD20 per night. Tapi adatlah duduk hostel, ada possibility kena
share bilik dengan orang lain. Toilet pon sudah semestinya share. Kalau bawak
anak2 mesti tak berapa selesa. So pilihan ni pon tolak jauh2.
|
Contoh dorm yang boleh disewa thru hostelz.com |
Pilihan ke-3, duduk homestay. Pilihan ni yang
paling ummi berkenan sebab kalau homestay lebih selesa. Google punya google,
ummi terjumpa dengan website
airbnb.com.
Website ni senaraikan homestay dari seluruh dunia. So bila kami search kat
bahagian Perth, jumpa satu homestay ni. Ownernya nama Ian. Sangat friendly. Beberapa
hari sebelum kami bertolak asyiklah dia sms abah nak confirmkan date and time
utk ambik kunci.
Rumah Ian ni semi-d setingkat kat area Carlisle,
lebih kurang 15 minit dari airport Perth. Dari luar nampak buruk tapi kat dalam
kemas dan cantik. Kat dalam rumah ada lengkap dapur, washing machine, dryer
etc. So sangat convinient untuk kami anak beranak.Selama 5 hari 4 malam kat
Perth tu, fefeeling jugaklah macam ada rumah kat oversea hihihi. Total damage kami stay kat sini selama 5D4N ialah lebih kurang RM1200.
|
Ruang tamu rumah Ian. Nampak tak akuarium kat belakang tu? Tu port budak2 jakun! |
|
bahagian dapur. Sangat convinient! |
Makan
Tak susah nak carik halal food kat Perth. Kat
Australia ada ramai muslim. In fact, Melayu pon ramai. Jalan 1 km jumpa orang
cakap Melayu. Jalan lagi 1 km, jumpa orang cakap jawa kihkihkih.
Btw, sebab kami duduk homestay, so ummi siap
bawak magi dan periuk belanga dari Malaysia (insert mode jakun here). Best
sebab ada dapur dan boleh masak2. Once kitorang check in je kat homestay tu,
terus abah keluar pegi kedai namanya IGA yang macam ala2 speedmart kalau kat
Malaysia. So apa abah beli? Beras, fresh milk, cereal, cokelat, telur etc. So
sepanjang 5D4N kat Perth, ada beberapa kali jugaklah ummi masak nasi, masak
magi, buat scrambled egg, buat bubur and mcm2 lagilah.
Kalau malas masak, boleh cari kedai2 orang
Pakistan yang jual kebab atau nasi biryani. Contohnya yg macam kami beli ni:
|
Kebab. Sebiji AUD15 kot. Sangat besar dan sedap. Boleh share 2,3 orang. |
|
Doner Kebab dan Shish Lamb |
|
Kat kedai biryani. Sedap tapi PEDAS. Agak mahal jugak lebih kurang AUD15 sebungkus utk biryani kambing. |
Selain tu, kalau pegi Perth tak sah katanya
kalau tak makan fish and chips kat Freemantle. Ada dua kedai yang famous:
Kailis dan Cicerellos. Dua2 tempat ni memang tumpuan ramai. Pelancong Melayu
semua tertumpu kat sini. Mula2 agak was2 jugak sebab setahu ummi kadang2 ada je
fish and chips tak halal sebab letak beer dalam batter menggoreng ikan; ni pengaruh FoodNetwork Channel. Tapi hasil gugelan kami, Cicerellos
tu halal certified. Boleh rujuk kat
http://www.halalsquare.com.au.
Yang utk Kailis tu pon katanya ada halal certified. Kami makan kat kedua2
tempat. Portion agak besar so boleh share (kalau nak) kihkihkih.
|
Pemandangan sekitar Kailis dan Cicerellos. Tepi jetty. Banyak burung dan berangin. Heaven! |
|
Fish and chips. Red snapper katanya. |
|
Ni pulak fried callamari. Sedappppp sangat! |
|
Menu yang ada kat Kailis. Lai lai mari pilih nak makan apa. |
Selain tu, ummi ada jugak beli buah kat Fremantle
market. Harga boleh tahan murah. Dan saiz besar2.
|
Buah besar2 kat Fremantle market |
Yang paling ummi berkenan, buah stroberi.Satu bekas AUD3. Masa mula2 tgk perkataan 'super
sweet' kat atas pek tu, ummi skeptikal. Eleh, semanis mana pon buah stroberi ni.
Sekalinya bila rasa, ambik kau....MEMANG MANIS.
Shopping
Kalau nak shopping barang souvenir utk dibawa
balik, ada satu je tempat yang ummi syorkan. Tak lain tak bukan E-Shed Market
kat Fremantle. Tempat ni hanya bukak Jumaat-Ahad.Dalam E-Shed market, ada
banyak kedai2 kecik jual macam2 barang dari makanan, baju sampailah ke
souvenir. Dalam banyak2 kedai tu, hanya dua kedai jadi tumpuan; Megabes dan
Ausin. Megabes ownernya Singaporean. Ausin plak ownernya Indonesian.
Tunggu tak
lama lagi kami pulak bukak kedai ownernya Malaysian. Kedua2 kedai ada pekerja
Melayu. Dan kedua2 kedai offer harga murah. Tapi masa kami pergi ni, kebanyakan
barang kami borong dari Megabes. Ni antaranya:
|
Tshirt Australia. Murah je. Size kecik utk budak2 lebih kurang AUD2.50 je sehelai. Size dewasa dalam AUD4. Sweater pon murah dalam AUD4 dah boleh dapat. |
|
Keychain koala. Terlalu murah.Satu pek (24biji) cuma AUD2 kat Megabes. Ummi borong banyak sebab nak bagi opismate dan classmate Aiza. |
|
. |
|
Fridge magnet murah. Kat megabes jual 4 pek pelbagai corak AUD10. Setiap pek ada 6 magnet. |
|
Souvenir utk org2 kat Malaysia semua ummi masukkan dalam beg ni. AUD2 je satu. |
|
Punyalah kaya owner kedai Megabes sampai blh ada kereta plat sendiri :) |
|
Ada cerita di sebalik pinggan ni. Masa ummi tgh shopping kat Megabes, abah dokong Anas. Tanpa sedar, dia capai pinggan ni. Jatuh dan pecah. Org kedai tu cakap "of all the things that have been touched and broken, this is THE WORST" hikhikhik. Kami bayar AUD20 untuk pinggan pecah ni. Mahal sebab ori dan handcrafted. Nak simpan buat kenangan dan claim kat Anas bila dia besar nanti. |
Selain tu ummi ada beli table cloth (AUD1.50), sarung tangan ketuhar (AUD1), soft toys kangaroo etc. Tapi percayalah, kat Megabes atau Ausin semua dijual murah2. Sebabnya bila ummi jalan ke bandar Perth, ummi jumpa barang yg sama dijual 2 atau 3 kali ganda lebih mahal. So kalau nak shopping, E-Shed market saje yang disyorkan.
Tempat Menarik
Sepanjang 5D4N kami kat Perth, ada beberapa
tempat menarik kami pergi. Antaranya Caversham Wildlife Park. Perjalanan lebih
kurang 40 minit dari homestay kami di Carlisle. Menariknya Caversham ni, dia
guna konsep petting zoo. So kebanyakan binatang kat situ macam kangaroo, koala,
rabbit, deer etc jinak dan boleh dibelai2. Nak bagi makan pon boleh. Sangatlah
sesuai kalau bawak anak2 datang sini. Selain dari tu, kat Caversham ada banyak
animal show. Boleh rujuk kat pamplet yang diberi kalau nak tahu slot setiap
show. Masa kami sampai tu, tengah ada show gunting bulu biri2. Seronok!
|
Aiza and her new friend |
|
Feeding time. |
|
Ini wombat. Ada pekerja yg boleh tolong ambikkan gambar sesapa yang nak. |
Caversham ni luas sebenarnya. Selain ada petting
zoo, ada jugak taman untuk kita lepak dan berkelah. Tapi yang paling best (best
untuk Asyraf) tak lain tak bukan ialah train rides kat Whiteman Park yang
terletak dalam Caversham jugak.
|
Train dah sampai! |
Ni rate bayaran utk naik train:
Entrance Fees:
Adults $8.00;
Seniors $7.00;
Children (6-16yrs) $4.00;
Toddlers $2.00
Selain tu, kami ada jugak ke Kings Park. Kat Perth ada banyak park tapi Kings Park yang terbesar. Memang budaya orang kat Perth (mungkin budaya negara orang putih lain jugak) suka piknik kat park. Masa kitorang pergi tu, ada nampak student tgh study, family gathering, bday celebration etc. Even yang baru balik kerja siap pakai coat pakai tie pon ada.
Kings Park ni memang luas dan cantik. Tambah cantik sebab atas bukit mengadap laut. Pemandangan dia, SUPERB.
Secara overall, percutian ke Perth ni memang
best. Terbayang2 keseronokan kat sana. Lepas ni harapnya ada rezeki nak pegi
the other parts of Australia i.e Melbourne, Sidney, Gold Coast etc. Grand total damage untuk cuti2 Perth ni bila dah
dikira2 lebih kurang 7K. Oklah kot untuk kami 5 beranak. Bukan selalu pon, iye
tak? (ayat nak sedapkan hati). InsyaAllah lepas ni nak kumpul duit ke destinasi
lain pulak.Kalau
selama ni ummi selalu turn down offer abah untuk jalan2 oversea, sekarang tidak
lagi! I'm ready. Dulu ummi selalu pikir jalan2 terutama trip to oversea
membazir sbb a bit expensive. Tapi bila dipikir2 balik - with all the memories
created, with all the experiences gained...it's worth it!
So apa lagi, jom bawak keluarga berjalan tengok
pemandangan indah negara orang!