Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Saturday, March 9, 2013

Double Lines

0 comments
Pagi tadi ummi melakukan ujian yang sungguh mendebarkan. Dan ini hasilnya:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Friday, March 8, 2013

Cuti

0 comments
Hari ni ummi kerja semula lepas 3 hari bercuti makan angin. Mesti ada yang tertanya2, apekehal dia bercuti di tengah-tengah minggu dari Selasa hingga Khamis. Sebenarnya tiket kapalterbang dah lama dibeli, sejak tahun lepas lagi. Masa beli tiket, ummi dah buat calculation supaya dapat bercuti time student pun bercuti. Jadi takde kelas yang terganggu. Tapi sebab takwim UIA ni dah bertukar sebanyak namblasjuta kali, percutian ummi jatuh pada seminggu sebelum student bercuti. Nak buat macam mana? Cuti sajelah!

So ke mana ummi pergi? Cuba tengok gambar kat bawah.
Mesti semua orang dah boleh agak destinasi percutian ummi. Full story nanti ummi cerita. Hari ni sibuk jaga exam dan bagi kuiz kat students.




Friday, March 1, 2013

Pendatang Tanpa Izin Part II: Ini Sudah Melampau!

0 comments
Ingat lagi tak dulu ummi ada ceritakan pasal 'seorang' pendatang tanpa izin ni suka hati dia je jadikan rumah ummi ala-ala macam rumah dia jugak? Jangan tanya dia dari negara mana sebab ummi pun tak tahu. Well, dia masih wujud sampai sekarang. Dengan muka tak malunya dia menumpang makan minum dan tido rumah ummi. Mesti korang terpikir, halau jelah dia keluar dari rumah. Apa nak susah sangat kan?? Tapi tulah masalahnya. Dia ni otak licik. Dia guna taktik halus nak perdayakan orang. Depan abah, Aiza dengan Asyraf perangai dia punyalah baik pijak semut pun tak mati. Tapi depan ummi, nauzubillah tak boleh cakap perangai dia. So alkisahnya tiap kali ummi marah-marah & ugut nak halau dia, ada je orang back-up. Nyampah!

Btw untuk rekod, dia lagi suka pijak lipas or cicak berbanding pijak semut.

Perangai dia yang ummi tak tahan, suka buat sepah tak tentu pasal. Ada sekali tu ummi balik kerja, abis tonggang terbalik pasu bunga ummi dikerjakan (yes people, dia ni nganggur je sebab takde kelulusan. Skill pun tak tinggi mana. Hari-hari duk rumah goyang kaki menghabiskan makanan). Entah kenapa dia mengamuk tak tentu pasal! Dah le tak tahu berkemas, takde budi bahasa pulak tu. Nak harapkan tolong bayar sewa, mimpi jelah!

2,3 menjak ni, 'perangai nyakitkan hati' dia tu maju setapak lagi. Dia ajak geng datang rumah! Eh dia ingat rumah ummi ni port meeting ke hape? Kalau takat datang rumah borak-borak je ummi terima. Ni siap ajak makan segala bagai. Makhluk macam ni pun ada ke kat muka bumi???

Tapi yang peliknya sampai ummi garu kepala, geng yang dia bawak balik rumah tu mukanya sebijik macam dia. Physically the same! Ummi dengan abah syak tu pun sebenarnya sama-sama geng pendatang tanpa izin jugak tapi saje dia kaverline. Kalau tak percaya, ni ha buktinya:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

"Dia" yang belah kiri. Belah kanan tu geng yang dibawak balik.
Sama kan? Muka sama, kaler sama, bulu sama, ekor pun sama. Cer tengok lagi sekali:
Sama tak? Sama tak?
Dia ingat kalau dia ada pelanduk dua serupa tu ummi akan confuse agaknya. Senanglah dia nak perdayakan ummi. So kalau dia buat perangai, tak bolehlah tuduh dia melulu selagi tak siasat betul-betul. Piiirah! Kalau ummi meradang, dua-dua ummi hambat!

Kalau korang nak tahu lanjut macam mana dia boleh ada kat rumah ummi, sila baca ini dan ini.


Thursday, February 28, 2013

Projek Masak-Masak : Kuih Seri Muka

2 comments
Sekarang ni setiap weekend ummi akan khususkan satu hari untuk acara masak-masak. So last weekend ummi buat kuih seri muka : antara kuih feveret abah. Tapi dia tak panggil kuih ni kuih seri muka; dia panggil kuih PAS sebab kaler dia hijau putih. Kalau dalam famili ummi panggil kuih ni kuih puteri salat.

Projek bermula seawal pukul 12 tengahari dimulakan dengan sessi google resepi hahaha. By pukul 2.30 petang kuih dah siap masak. Resepinya senang je. Boleh cuba kalau berminat.

Bahan-bahan A

Pulut secawan (rendam selama 30 minit)
Santan secawan
Garam secubit
Setengah sudu minyak masak

Bahan-bahan B

Telur 2 biji
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard (kalau takde tepung kastard boleh guna tepung beras)
1/2 cawan air pandan
1 cawan santan

Cara-cara:

Campurkan semua bahan A dalam loyang. Kukus selama 30 minit. Bila dah masak, tekan-tekan sampai padat.
Blend bahan B sampai sebati. Tapis dan kemudian tuang atas pulut yang dah masak. Kukus lagi selama 20 minit.

Ni hasil yang ummi dapat:
'Lopak-lopak putih' tu disebabkan air dari kukusan menitis atas kuih. So kalau nak cantik, maybe boleh bungkus loyang guna alumunium foil

Imej selepas sejam.
Sedia nak bagi kat Pakcik Sani jiran sebelah rumah. Nak makan berdua je dengan abah rasa macam tak larat
Sebagai tanda masuk bakul angkat sendiri, ini testimonial dari ummi:

"Pada pendapat saya, walaupun rupa kuih ini tak berapa cantik tapi rasanya sedap. Bau daun pandan tu harum semerbak satu taman boleh tahu saya masak kuih seri muka. Cuma diorang malu je nak mintak kat saya. Terbuktilah kini saya sememangnya pandai masak kuih tradisional mahupun kuih moden. Sekian harap maklum"

p/s Kepada sesapa yg nak mencuba, jangan terkejut masa mula-mula kuih ni masak. Bahagian atas tu akan kembang dan berbuih sikit. Jangan nangis. Bila dah sejuk, kuih ni nampak ok je sebenarnya.

Friday, February 22, 2013

Giveaway Samsung Galaxy W

0 comments
Ummi dapat giveaway dari seseorang. Hadiahnya bukan calang2. Handphone Samsung Galaxy W warna hitam. Canggih kan? So sekarang bolehlah ummi video call/MMS dengan semua orang. Terima kasihlah kat orang yang bagi giveaway kat ummi tu. Jasamu sangat besar dan akan senantiasa tersemat dalam lubuk sanubari ummi yang paling dalam. Ceh!

Bagi pihak ummi yang menerima giveaway ni : tentulah sangat gumbira. Walaupun handphone tu bukan iPhone atau Samsung Galaxy Mini macam yang ummi idamkan, tapi ummi tetap bersyukur. Walaupun handphone tu barangan PRELOVED seseorang, tapi ummi redho dan senyum saje. Ala-ala tawa dalam tangisan gitu!

Bagi pihak pemberi giveaway pula : double happiness! Tak rasa ralat pun bagi giveaway handphone lama dia kat ummi. Sebabnya dia dah beli handphone baru. Diulangi...HANDPHONE BARU WA CAKAP LU!  LG Nexus 4. Keluaran terbaru katanya. Kelmarin masa dia menyampaikan sumbangan giveaway handphone dia kat ummi, banyak kali jugak dia cuba show off handphone canggih dia tu. Siap ambik gambar curi ummi lagi! Ummi pun layankan jelah. Yelah, kalau ummi cakap banyak, nanti tak pasal2 dia tarik balik tawaran giveaway tu kan.

Lepas dapat handphone, ummi pun terus ambik Asyraf. Si pemberi giveaway tu baik hati dan kemudiannya TUMPANGKAN ummi balik rumah. Tapi sebelum tu dia perlu ambik anak dia yang ada kat nursery Mahallah Khadijah. Ummi pon ok je sebab memang sehala pun. 

Dalam kereta, si pemberi giveaway ni duk pung pang pung pang pasal handphone baru dia. Semua features handphone yang canggih dikatakan ada pada LG Nexus 4 ni. Then ummi tanya "boleh video call ke handphone baru kamu tu?". Dia cakap "Tak check lagi". Erk, pulak dah!

Show off punya show off, sedar2 kami dah kat pintu gate UIA menuju ke jalan besar. Ummi kemudian tanya le kat pemberi giveaway tu "kamu tak jadi ke nak ambik anak kamu?". Kemudian dia pun tepuk kepala sambil cakap "Ya Allah, terlupa!". Tulah akibatnya terlalu eksaited dengan barang baru kan? Sampai anak sendiri pun lupa. Nasib baik baru sampai pintu gate, kalau dah sampai rumah baru ingat macamana???

Kemudian ummi pun sambung bebel pot pet pot pet lagi. Sebabnya, anak si pemberi giveaway tu anak ummi jugak sebenarnya. Sekian harap maklum.

Handphone terbaru si pemberi giveaway



Wednesday, February 20, 2013

Projek Masak-Masak: Roti Sosej

2 comments
Dah lama rasanya tak buat projek masak-masak. Kalau memasak pun biasanya masak benda yang simple-simple. Yelah, takkan balik kerja nak masak lauk rendang or ayam masak merah pulak kan? (eleh alasan je padahal orang lain masak rendang tu tutup mata dah boleh jadi). So biasanya menu pilihan ialah ikan goreng dgn sup sayur! Hari minggu pulak, most of the time abah yang konker dapur. Tapi last weekend ummi berjaya jugak masak sesuatu yang dah lama diidam-idamkan.

***************************Roti Sosej***************************

Resepi roti sama macam adunan buat donut. Sesapa yang nak try, boleh cuba ini:

Bahan-bahan:
Tepung 1 cawan
Yis setengah paket (ummi guna brand mauripan)
Air suam-suam kuku 1/4 cawan
susu pekat 1 sudu
Marjerin/butter 1 sudu (kalau guna butter lagi lembut)
Sosej

Cara:
Masukkan yis dan susu pekat ke dalam air suam-suam kuku tadi. Kacau dan tunggu sampai yis berbuih.
Gaul butter dengan tepung, kemudian masukkan yis yang dah berbuih tadi. Uli sampai lembut.
Kemudian ambik segenggam tepung yang dah diuli, gentel panjang2 dan kemudian lilit keliling sosej.
Biarkan sampai adunan naik dan kemudian bakar guna suhu 170-180 darjah Celcius selama lebih kurang 20 minit.

Ni ha hasilnya jeng jeng jeng...

Actually minggu sebelumnya ummi dah buat jugak tapi versi goreng. Yang goreng pun sedap jugak in fact abah prefer kalau goreng. Tapi sebab ummi kononnya mengambil langkah cara hidup sihat (piiiiirah), so ummi bakar sebab less oily.

Ok sekarang tengah pikir menu apa pulak nak try weekend depan. Tengah semangat ni!


Tuesday, February 19, 2013

Kepenatan

0 comments
Malam tadi masa ummi tengah basuh pinggan, tiba-tiba abah cakap yang Si Kenit Asyraf dah tertidur atas sofa! Alahai kesiannya anak ummi yang sorang tu. Ummi tak expect dia tertidur sebab waktu tu baru pukul 8.30pm dan dia baru je lepas mandi. Orang lepas mandi sepatutnya segar bugar le kan?? Bila ummi jenguk, ni ha keadaan dia:
Pandangan dari arah belakang

Pandangan dari arah depan
Still tak pakai baju padahal ummi dah serahkan 'tugas mulia' tu kat abah. Kalau hal pakaikan baju anak2, abah selalu buat-buat tak reti. Hish!

Siap pegang berus gigi angkut dari toilet. Memang ginilah perangai dia, suka angkut barang dari merata-rata tempat. Malam tadi macam nak rak ummi cari remote aircon. Sampai ke sudah tak jumpa. Pagi ni ummi ternampak remote tu atas sejadah kat bilik satu lagi. Siapa punya kerja tu kalau bukan Si Asyraf!



Monday, February 18, 2013

New Addition

0 comments
Dengan gumbiranya ummi mengumumkan bahawasanya cucu nyai dan yai secara rasminya telah bertambah menjadi 19 orang dengan kelahiran budak debab ini:
Kepada yang tertanya2, saya ni BOY tau! Muka jambu hikhikhik
Tahniah pada CakJib dan Cik Seri Siantan atas kelahiran baby sulung yang belum ada nama ni. Selamat menempuh alam keibubapaan yang penuh dengan cabaran dan pancaroba!




Dia Buat Perangai Lagi

2 comments
Sejak semalam kredit henpon ummi expired. Tapi takde rasa nak reload sebab duduk rumah je kan. Reload henpon tapi tak guna pun rasa membazir je. Abah dah pot pet pot pet banyak kali sebab ummi duk asyik reload tiap bulan hanya untuk aktifkan line tapi kreditnya tak luak malah makin bertambah.

Pagi ni sampai je opis terus bukak Bank Islam punya internet banking. Niatnya nak reload le. Dah siap masukkan i-access code, tunggu punya tunggu tiba2 kat skrin keluar macam ni:
Mana no reloadnya? Masalahnya duit dalam akaun dah kena deduct. Siap dapat sms lagi kata transaction successful. Ha...ni yang buat ummi hangin pagi2 Isnin ni.

Bila kita refresh, terus ter log out. Bila try login balik, keluar skrin gini pulak:
Apekehal dia kata user already logged ini? Kalau dah log in, kenapa still suruh masukkan user ID?

Ni yg rasa nak meroyan ni!!!!!




Friday, February 15, 2013

Ketaq Lutut!

2 comments
Antara cabaran bila jadi cikgu or lecturer ialah bila student tanya soalan tapi kita tak tahu jawapannya. Lagi2 bila soalan ditanya kat depan puluhan student yang lain. Ketaq lutut dibuatnya! Takpe, jangan malu nak mengaku yang kita tak tahu. Kalau berada dalam keadaan tu ummi selalu kata "that's a VERY GOOD question. But we are going to discuss about it tomorrow!". Taktik tu mesti ada. Lepas tu abis kelas terus berdesup google cari jawapan kihkihkih. 

Tapi ummi rasa cara tu lebih baik dari bagi jawapan merapu entah hape2. Tolonglah jangan bagi ajaran sesat kat student. Yelah, student selalu percaya bulat2 apa yang lecturer ajar. Macam Aiza le, sikit2 cakap "teacher kata jangan buat gini bla bla bla" or "teacher kata kena buat macam ni bla bla bla". Cakap teacher semuanya betul. Haishhh!

Apapun, student zaman sekarang kadang2 jauh lebih advance. Maklumat di hujung jari kan! (ni sebenarnya ayat nak sedapkan hati ummi yang serba serbi tak tahu).

Entry ini sebenarnya ditulis dengan perasaan nervous sebab petang ni ada kelas Computer Hardware & Troubleshooting dengan student. Ummi dulu tak pernah ambik course membaiki komputer masa buat degree or masters. So bila disuruh mengajar subjek yang kita tak familiar, terus sakit jantung! Walaupun dah 3 semester mengajar subjek yang sama, rasa cuak tak hilang lagi. Kena tunggu betul2 expert baru rasa confident kot.

Pic taken last week. Masing2 senyum simpul bila madam Rasyidah ambik gambar. Bajet artis!

Ha, buat elok2. Kalau taktau, rujuk buku!
Tapi minggu lepas ummi berjaya solve satu computer problem berkaitan RAM. Bangga sekejap then tiba2 rasa macam dah layak nak bukak cyber cafe or kedai baiki komputer. Hahahaha piiiraaah ummi!


Friday, February 8, 2013

A Night With...

0 comments
I wish it could be A Night With Anuar Zain. Tapi nak buat macam mana tak mampu kan tiket mahal bebenor so entry kali ni cuma A Night With Aiza and Asyraf jelah hikhikhik.

*********************************************************************************

Ummi selalu rasa ralat kalau tak dapat spend masa dengan Aiza & Asyraf. Yelah, as early as pukul 8 pagi dah hantar diorang pi nursery. Nanti pukul 5 petang baru ambik. Then balik meredah jem gitu gini maghrib baru sampai rumah. Lepas tu mulalah bersilat nak dinner, mandi, semayang, basuh baju, kemas beg sekolah, iron baju untuk the next day etc. Sedar2 dah pukul 10 malam diorang pun dah start ngantuk nak tidur. Kalau bukan diorang yang ngantuk, ummi yang ngantuk dulu. Ummi pikir, bila nak spend masa sama2? So last few days, ummi tolak tepi semua kerja rumah. Jerit kat diorang "Jom kita maiiiin!!!!"

Mula2 main 'belajar-belajar' dengan Aiza. Buat latihan guna buku yang teacher dia bekalkan, then dah siap ummi tanda right dengan bagi bintang. Btw dia sekarang panggil ummi "Teacher Ummi" hahaha entah hape2. Tengah khusyuk belajar, ummi nampak si kenit ni conteng dinding! Melompat ummi jadinya.

Dah selalu sangat kena tuduh conteng dinding, kali ni conteng betul2! Guna kaler pink lagi tu.
Terus turunkan dia dari sofa. Bagi dia mainan then sambung layan kakak. Tak sampai 5 minit, ummi nampak ni pulak:
Cubaan berani nak conteng sofa ummi!
Terus ambik dan simpan semua kaler. Tak boleh percaya si kenit sorang ni. Macam2 ada kat otak dia. Then ajak kakak masuk bilik main sama2 dengan adik dia. Ni antara mainan feveret diorang:

Lumba swimming
Dah macam anak pelarian yang tak dapat pembelaan sewajarnya
Kesian anak2 ummi swimming atas lantai hahaha. Maklumlah mak bapaknya tak mampu lagi nak buat swimming pool depan rumah. Kalau tak lumba swimming pun, diorang akan lumba lari or jalan itik or lompat kangaroo yang penting mesti ada elemen berlumba le.

Dah penat main lumba swimming, diorang buat anjakan paradigma main tudung saji pulak! Macam dah tak cukup mainan padahal satu storage box penuh dengan mainan diorang je.

"Cepat dik masuk sini nanti ada crocodile tangkap" And that crocodile refers to ummi

Bosan main tudung saji, masa untuk melawa pulak! Biasalah budak perasan comel memang ginilah hari2.
Actually, main dengan budak2 sangat memenatkan. Sebab diorang aktif & banyak tenaga. Kita pulak lemak dah banyak terkumpul. Baru nak terkinja2 sikit dah tak larat. Jadi aktiviti main dengan anak2 haruslah diamalkan terutama kalau ada niat nak hilangkan beribu2 kalori. Tak payah le susah payah nak beli kasut beratus2 ringgit jenama Reebok macam abah ADA ORANG TU. Yelah, abah DIA ada kasut mahal bolehlah jogging show off kasut dia kat FRIM. Kita ada selipar jepun je so kita duduk diam2 le kat rumah dengan budak2! Nyampah...





Thursday, February 7, 2013

Usain Bolt Wannabe

0 comments
Sejak kawin, ummi dengan abah dua2 makin gemuk. Abah le terutamanya. Berkilo2 naik. Mana taknya, KFC dengan McDonald tu dah ala2 makanan ruji kitorang. Dah le suka melantak fast food, part yang paling suka mesti part yang paling tak menyihatkan. Kalau makan KFC, abah mesti nak berebut bahagian kulit ayam! Pergh...memang cari nahas. Ummi pun actually naik berkilo2 jugak tapi sebab ni blog ummi so bolehlah ummi kaver2 hahaha

Kalau kitorang masak sendiri pun, segala ingredients yang menggemukkan tu lah yang kitorang suka letak banyak2. Kot dalam resepi kata marjerin letak sesudu, ummi letak dua sudu. Kot dalam instruction suruh letak cheese secubit, abah letak semangkuk. See?

Pastu ni le hasilnya:

Gambar sebelum kawen. Muka innocent giler wa cakap lu!
Muka lepas ada 2 anak. Sampai tak muat gambar. Terpakse le ummi ke belakang sikit sebab nak bagi ruang kat abah sob sob

Tapi kitorang dah insap hokeh!

Mula2 ummi cakap dengan abah nak beli mesin eksesais. Ala macam treadmill ke, dumb bell ke, atau mesin basikal yang kita kayuh2 tu ke...tapi semua abah reject. Biasalah abah memang suka reject proposal ummi buat hati ummi tercalar segala bagai!

Lepas tu ummi offer pulak nak beli Nintendo Wii sebab konon2 kat Nintendo Wii ada kinect games. Contohnya game main tennis, kita akan lari2 pukul bola ala2 game real gitu. So secara tak langsung boleh le kurus. Ha yang Nintendo Wii ni abah berkenan. Tapi bila kitorang survey2 kat kedai komputer, mak haih harga dia....ribu riban! Nanti kurusnya tidak tapi duit terbang melayang.

Ummi offer nak beli badminton set kat Tesco harga RM5 dia taknak pulak! Tak standard kononnya poracitt...

Last2 dia kata nak beli kasut jogging. Tapi kena beli kasut mahal baru dia akan jogging selalu. Kalau kasut murah nanti end-up kasut tu terperuk je bawah tangga. Kot agaknya kalau kasut murah nanti kaki dia jadi kematu agaknya.

Kebetulan kedai Studio R kat One Utama tu ada sale. Macam2 brand kasut ada kat situ. Reebok, Nike, Adidas semua ada. Tinggal nak sediakan duit je. Tapi sale dia kali ni up to 50%. So quite afforrdable jugaklah. Dua kali kitorang pergi. Hari first pergi survey2 je dulu tengok mana yang berkenan. Hari kedua terus beli.

Ni ha pilihan hati abah:

Harga asal RM329 lepas diskaun 40% jadi RM197.40. 


Ummi offer belanja abah yang 40sen tu je kihkihkih

Bila dah beli, gila kedekut taknak bagi ummi pinjam. Jangankan pinjam, TUNJUK PUN TIDAK! Pakai sorang2 je senyap2. Takpelah hari ni hari dia. Esok lusa bila ummi pun dah beli kasut jogging mahal, ummi lari lagi laju dari abah. USAIN BOLT pun kalah!




Wednesday, February 6, 2013

Putus

0 comments
Masa ummi kawin dulu, antara barang hantaran yang ummi dapat adalah rantai emas siap dengan loket anggur hadiah dari MIL. Cantik rantai leher tu. Iyelah barang kemas orang kasi FREE semua pun cantik kihkih. Itu antara bling bling yang sentiasa ummi pakai berbanding cincin kawin, rantai tangan or barang kemas lain.

Malam kelmarin, masa ummi tengah 'bercengkerama' dengan Si Asyraf atas sofa entah macam mana rantai tu putus. Nasib baik dia putus dalam keadaan ummi sedar dan time tu ada kat rumah. Kot kalau putus tengah jalan-jalan kat pasar malam or time ngajar sure susah nak cari.

Actually rantai tu putus betul2 kat bahagian bawah hook dia. So far tak sempat lagi nak pergi kedai emas untuk betulkan. Ada sesapa tahu berapa agaknya upah nak betulkan hook? Kalau orang kedai emas tak boleh nak betulkan, ummi dah ada plan nak beli baru. Eh tetiba je!



Thursday, January 31, 2013

The Much-Awaited Call

2 comments
Last week, ummi dapat call yang dah lama ditunggu-tunggu. Dari Klinik Gigi UKM! Tamatlah kini penantian nak buat crowning gigi. Person-in-charge yang call ummi namanya Puan Liza. Perkhidmatannya sangatlah superb! Minggu lepas dia call set appointment untuk ummi. Pagi ni pukul 9 dia call lagi just nak remind tentang appointment hari ni. Wow, tak perlu set reminder kat handphone sebab dah ada Puan Liza. Ummi tak ambik annual leave sebab pagi ni ada kelas macam biasa. Tapi dah bagitahu boss yang petang nanti ummi akan 'hilang' lebeh kurang 2 jam sebab ada dental appointment. 

Malam tadi sempat belek2 gigi depan cermin. Sebelum kena bebel dengan dentist, baik bebel kat diri sendiri dulu. Insaf hokeh! Gigi tak terjaga. Penuh kesan tampalan sana sini. Nyesal sebab dulu kecik2 selalu tak dengar cakap nyai suruh jaga gigi. Gosok gigi pun ala kadar i.e gosok depan je dengan alasan kalau senyum orang cuma nampak gigi depan. So gigi yang lain takyah susah2 nak gosok sebab bukan ada orang perasan pun. Hahaha apa punya mentaliti kan?

Hah sekarang bila dah jadi mak, baru tahu macam mana tensennya bila anak kita taknak gosok gigi. Kalau Aiza OK lagi dia memang rajin gosok gigi. Tapi kalau Asyraf, ummi bagi berus gigi then dia akan jadikan berus tu ala2 sudu buat kacau air dalam baldi. Sigh.

Sekarang ni ummi tengah pikir cara nak tingkatkan kalsium dalam badan. Minum susu memang ummi tak favour. Yogurt pulak macam dah tak lalu kat tekak. Makan aiskrim bunyinya macam menarik kan? Tapi kalau ikut fatwa ummi, kena beli aiskrim mahal baru menjadi. Kalau setakat Walls atau Nestle, jawabnya terperuk je dalam freezer. Kalau Baskin Robbins atau Haagen Dazz baru laju kot hahaha. Eleh, alasan le tu nak pow duit abah! Ok bye




p/s Untuk yang tertanya2 kenapa ummi dah lama tak update blog (ceh, bajet macam artis ada yang menunggu perkembangan setiap hari!), well selain dari hilang momentum untuk menulis, sebenarnya ummi tengah adjust dengan life schedule yang baru. Yelah kan, dah tiga bulan tak ngajar datang kerja goyang kaki then ni tiba2 kelas start pukul 9 abis pukul 5 - rasa nak nangis hokeh!


Monday, January 21, 2013

Cabaran

2 comments
Lamanya blog ni tak diupdate. Tiba2 hilang momentum untuk menulis. Padahal ada macam2 perkara menarik nak dikongsi buat kenangan masa depan. Bila penyakit malas datang menyerang, inilah hasilnya.

Hari ni dah start semester baru. Lepas 3 bulan duduk goyang kaki, hari ni ummi start mengajar semula. 11 jam seminggu untuk dua subjek. Salah satu subjek tu selalu buat ummi nervous tiap kali masuk kelas huhuhu. Maklumlah subjek agak baru. Teknikal pulak tu! Sebelum masuk kelas mesti kalut. Tapi takpe, inilah yang dinamakan cabaran.

Cakap pasal cabaran, teringat kat Aiza dan Abah. Sabtu lepas kitorang ke Taman Metropolitan dengan niat nak main layang2. Masalahnya abah dengan ummi dua-dua tak reti nak main layang2. Nak naikkan pun tak reti. Orang lain relaks je tak sampai lima minit layang2 dah terbang tinggi. Abah 50 minit pun still terkial2 lagi. Sampai satu tahap masa abah lari keliling padang try nak naikkan layang2, Aiza jerit kuat-kuat depan orang ramai "Come on Abah, you can do it. YOU HAVE TO!"

So itulah cabaran untuk abah buat masa sekarang!



Thursday, January 10, 2013

Graffiti

3 comments
Ummi memang tak pandai melukis. Dulu masa kecik2 time subjek lukisan, ummi SENGAJA taknak siapkan kat sekolah. Saje buat lambat2 so that boleh bawak balik siapkan kat rumah. Bila sampai kat rumah, apalagi...

PAKSA CikWan siapkan!

Siap ugut dia itu ini -->contoh kakak yang saiko. Sebab di kalangan adik beradik, CikWan antara yang paling pandai melukis. Lepas tu esoknya pergi sekolah dengan hati yang berbunga2 sebab lukisan dah siap cantik kalerful bagai. Bila cikgu puji, kembang kempis hidung bangga tak ingat dunia padahal bukan hasil usaha sendiri pun hahaha.

Bila dah kawin ada anak dua, ummi tengok Aiza ada tendency suka melukis. Lebih tepat lagi, suka menyonteng. Pantang nampak pen or pensel, abis semua dikerjakan. Dari dia kecik lagi perangai dia dah macam tu. Gambar kat bawah ni diambik masa umur dia lebih kurang 2 tahun kot. Relaks je dia menyonteng cadar ummi tanpa rasa bersalah.
Tekun mengerjakan cadar ummi. Hangin jadinya!
Time tu kitorang duduk rumah MIL lagi. Dinding bilik penuh dengan hasil mural dia. Ummi pernah pesan kat abah suruh cat balik sebelum kitorang pindah tapi abah buat bodo je. So, sampai la ni still ada hasil seni Aiza kat bilik tu. Tak cukup cadar, tak cukup dinding, dia kerjakan ni pulak:

Badan sendiri jadi mangsa!

Sekarang ni bila dah besar, perangai still tak berubah. Ni antara 'karya agung' dia kat rumah kitorang:
Betul-betul atas sofa kat living room
Yang ni dia tak ngaku dia yang buat. Siap buat konspirasi dengan Si Asyraf! Dia 'train' adik dia supaya tiap kali orang tanya siapa yang conteng, adik dia yg mengaku. Padahal adik dia taktau benda pun. Sampai sekarang pun kalau ummi saje2 tanya "Siapa yang buat ni?", then cepat2 Si Asyraf jawab "Adik" sambil angkat2 tangan senyum bangga. Hish!

Yang kat atas ni pun dia tak ngaku jugak. Tapi pehal? Dah sah2 tulis nama dia hahaha. Tu je pun perkataan yang dia pandai eja buat masa ni.

Yang terbaru, minggu lepas dia conteng sofa ummi gambar orang ada 4 tangan guna crayon! Mental ummi jadinya.


Wednesday, January 9, 2013

Forever Young

3 comments
Semalam birthday ummi yang ke 32 23 tahun. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur. Syukur tak terhingga!

Ada yang tanya, ummi selebret birthday di mana? Kalau tahun-tahun yang lepas, mesti ummi dan abah berdesup pergi Eastin Hotel kat belakang UIA ni. Tapi tahun ni kami tukar selera. Abah bawak ummi ke Chilli's. Kami dating berdua je time lunch hour - fefeeling romantik gitu! Petangnya lepas ambik Aiza dan Asyraf kat nursery, kami pergi OU makan aiskrim Baskin Robbins kemudian sambung acara memenuhkan perut kat Fish & Co. Kenyang sampai ke malam!

Kat Baskin Robbins
Oh btw seminggu sebelum tu ummi dah dapat hadiah bday dari abah. Advance kan? Ni ha hadiahnya. Jeng...jeng..jeng..
 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Beg laptop! Wowowi 'romantik' sungguh hadiah dari abah! Sangat berteknologi tinggi kihkihkih. Thank you abah for the present. And thank you sebab belanja makan sedap semalam. Abah cakap tahun ni dia nak buat spesel sikit sempena birthday ummi. Instead of one day celebration, dia nak buat ONE WEEK celebration. Hamboih kau, 7 hari 7 malam punya perayaan. Artis pun kalah! So dalam otak ni duk tengah berkira-kira apa lagi yang boleh pow kat abah hari ni dan hari2 seterusnya hahaha. Ada lagi 6 hari je tinggal so kena pikir pantas. Hal opis tolak tepi dulu, sekarang kena fokus kat agenda mengikis duit abah kihkihkih.

So apa perasaan ummi bila umur dah makin tua muda? Erm biasa2 je, sama je feeling macam umur sweet 17 dulu hahaha statement tak hengat dunia. Kalau ummi tak reveal umur kat orang ramai, sure semua orang ingat ummi ni baru nak masuk namblastaon <huk huk huk batuk dulu!>. Kot kalau ummi tunjuk gambar ni kat orang, mesti diorang pikir cenggini:

"Ni minah ni bergambar dengan anak2 dia ke or adik2 dia? Anak ke adik? Anak ke adik? Anak ke adik? Kompius la, macam muda lagi...sweet pulak tu"

Hahaha berdarah telinga abah baca posting ni.

Sebenarnya ayat2 kat atas tu saje nak cover kejadian semalam. Lebih kurang pukul 11, teacher kat nursery call.

Teacher: Hello, ni Puan Rasyidah emak kepada Asyraf Ilhami ke?
Ummi: Iye saya (ni mesti nak cakap si kenit tu tak sihat)
Teacher: Nak bagitahu, dalam beg Asyraf tak ada baju. Puan lupa nak bawakkan. Sehelai pun takde. Pampers je banyak.
Ummi: Hah????? Pitam jap.

Seriously? Ni ke kesan peningkatan usia? And it happened on my birthday. Sah ummi dah tua. End of story.



Thursday, January 3, 2013

Don't Seduce Me!

0 comments
Minggu lepas ummi ada meeting. Ini meeting untuk interview student yang dah kena buang - nak tentukan sama ada universiti nak terima semula atau tak. So ummi was one of the interviewers. Candidate yang nak diinterview ada 26 semuanya. Duration of the meeting: 5 jam dari pukul 9 pagi sampai 2 ptg. Lama gileeeerrrrrrrr rasa nak jerit je dalam meeting room tu.

Ummi taknak cakap siapa yang dapat or siapa yang tak dapat. Tu semua confidential. Cuma ummi nak highlight beberapa fun  sad facts kat sini:

# Almost 80% yang kena tendang ialah students lelaki. Dah le populasi diorang kat universiti makin pupus. Ni lagi nak buat perangai. Haish! Memang nak kena dengan ummi.

# 90% kata diorang failed sebab addicted to computer games. Main game sampai pukul 2,3 pagi. Of course esoknya tak larat nak bangun. Subuh pun entah ke mana. Then ponteng banyak kelas. Time exam tak boleh jawab. Jenis mcm ni, memang ummi 'bambu' habis2an time inteviu hari tu. Rasa nak sekeh kepala pun ada! Games yang diorang main memang advance. Solitaire atau farmville tak masuk dalam senarai ye tuan-tuan dan puan-puan.

# Tak serius dan main-main. Diorang ingat masuk universiti ni boleh suka-suka agaknya. Terlebeh berangan pun iye jugak. Aritu ummi ada tanya soalan macam ni:

ummi: where do you see yourself 5 years from now?
candidate A: I want to be a goat farmer
ummi: erk? kau ni delusional ke?

# Takde keyakinan diri. Masalah komunikasi pun iye jugak rasanya.

Ummi: what was your parents' reaction when they know that you've been dismissed from the university?
candidate B: (silence). Lama jugak tunggu jawapan dia adalah dekat 2,3 minit.
Ummi: ok, simple question. What is your ambition?
candidate B: (silence) 
*cricket sound*

ok fed-up. Next candidate please!

macam manalah agaknya student ni berkomunikasi dalam kelas eh? Tanya sepatah jawab sepatah agaknya. Or even worse, tanya sepatah tak jawab2. Tekanan perasaan kalau ummi ingat2 balik.

# Oh My English. Setiap candidate kena buat surat rayuan. Masa meeting hari tu, ummi sempat baca semua surat diorang. Penuh satu surat merayu2 itu ini. Tapi bahasa diorang, MasyaAllah tak boleh tahan. Terkekeh2 ummi ketawa siap kena tekup mulut. Sungguh tak profesional ummi time tu. Macam manalah tak ketawa. Cuba korang tengok ni:
Oh please don't seduce me!
Berapa kali dia nak repeat perkataan repeat???

Kalau korang nak tahu ni lah yang dikatakan 'direct translation' :) Really I like!

Hamboih kau truly repented student. Tapi bila diinterview gelak2 macam takde rasa bersalah pun
Hai, pening kepala kalau pikir pasal student. Balik rumah pun teringat2. Well, tak payah kat rumah -masuk kereta je dah pung pang pung pang mengadu domba kat abah pasal hal opis hahaha.

Sebab pening kepala, rasanya ummi perlukan shopping therapy nih --> alasan le tu!


Thursday, December 27, 2012

Cuti-Cuti Sabah

1 comments
Menunggu masa untuk punch out. Ummi bercuti mulai esok hingga selasa depan. Lepas punch out terus ke KL Sentral,then ambik ERL ke KLIA. Cuti-cuti Sabah akan bermula. Seronoknya! So jumpa lagi minggu depan. Bye

Wednesday, December 26, 2012

Precious Gift Ever

1 comments
Hari Jumaat lepas ummi dapat hadiah dari abah.

Hadiah yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat berharga.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hadiah yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat ummi nanti-nantikan.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hadiah yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat susah nak dapat.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hadiah yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat buat ummi hepi.
*
*
*
*
*
*
*
*
* Nak tau apa dia? Ni ha:

SET HIDROPONIK :)

Dah lama tau cari benda alah ni siap google sana sini tapi tak jumpa. Siap dah plan nak beli online dari satu kedai kat Kedah nun jauh kat sana. Tapi last2 jumpa satu website jual set ni kat Dengkil. Nak order online pon boleh tapi sebab tak sabar punya pasal, PAKSA abah pergi self pick-up. Nasib baik abah kata tak jauh pun dari ofis - 5 minit drive je.

I'm so happy. Mood gardening kembali semula. So boleh geng dengan kawan sekolah menengah Si Imah yang baru berjinak2 nak jadi petani moden. Hi Imah, i miss you (sambil lambai2 tangan)!

Biasanya kalau orang lain, akan fokus pada satu jenis sayur untuk sekali tanam. Then bila dah tuai, tanam sayur lain pulak. Tapi sebab ummi eksaited, ummi tanam 8 jenis sayur kat 8 lubang berlainan. Ada sawi, kailan, ketumbar, pak choi semua ada. Nampak sangat jakun kan? Hahahaha...

In 4 weeks time, insyaAllah boleh makan sayur hidroponik ni. Nanti ummi update dalam posting yang lain. Promise!





 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez