Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, June 10, 2011

Menghitung Hari

0 comments
Ummi tengah menghitung hari untuk banyak perkara sekarang ni. Antaranya yang penting:

Bersalin

Hohoho memang sekarang ummi tengah menunggu masa je nak bersalin. Kalau dikira2, sekarang ni dah masuk minggu ke 37. Kalau ikut calculation, due date sepatutnya 1st July. Tapi kalau ikut pengalaman bersalinkan Aiza dulu, ummi bersalin awal 2 minggu. So maybe untuk 2nd baby ni pon akan bersalin awal jugak. Ummi dah prepare masukkan 'beg bersalin' dalam kereta sejak minggu lepas lagi. Manalah tau kan kot2 baby nak keluar awal. Tapi doa ummi, biarlah bersalin on time. Sbb ada banyak sangat kerja tertangguh sekarang ni. Kalau boleh, biarlah ummi bersalin lepas sukan tadika Aiza 25hb nanti. Sebab kalau ummi dah 'ter'bersalin sekarang, sure dia tak pergi bersukan. Kesian pulak kat kakak long berlatih siang malam. Teringat malam2, dia akan ready kat pintu bilik pegang bakul dengan sudu. Bila ummi kata 1,2,3 dia akan berlari pergi pungut sumi jelly depan TV. Ummi assume macam nilah nanti yang dia akan buat time sukan. Dah nama acaranya pon fun spooning! :) Tapi sebenarnya another reason kenapa nak pegi sukan sekolah Aiza ialah...sbb nanti akan dapat goodie bag! Mcm2 ada! Then walaupon Aiza kalah atau melalak dalam stadium pon, dia still akan dapat medal jugak. So bolehlah jadi koleksi buat kenang-kenangan :)

Tapi bila cakap pasal bersalin, rasa macam seram le pulak. Lagi2 kalau ingat sakitnya yang tak tertanggung tu. Sampai termuntah2 tercirit2 kat atas katil hospital. Nasib baik nurse kat Pusrawi memahami. Kalau buat perangai macam tu kat government hospital, bak kata abah 7 keturunan nurse akan kutuk tak abis2 kihkih.

Pindah Rumah
Haaa....inilah sebenarnya yang ditunggu2 selama ni. Selama 4 tahun sejak ummi kawin dengan abah, ummi duduk dengan mertua. Jadi sekarang rasa dah sampailah masanya mengorak langkah duduk rumah sendiri. Kalau ikutkan hati, sejak dulu lagi nak pindah duduk rumah sendiri. Tapi takpelah, certain things are better left unsaid kan? Apapun, thanks pada abah yang begitu memahami.Thanks jugak sebab abahlah jadi sumber kekuatan dan kesabaran ummi selama ni. I wouldn't have survived if it not because of you abah!

InsyaAllah ummi akan pindah rumah 19hb ni. Yup, minggu depan! Sangat2 tak sabar. Dan sekarang ummi dan abah tgh gigih mengumpul harta membeli dan mengemas barang yang nak dibawa pindah. Minggu lepas kitorang ke IKEA beli periuk belanga dan sudu garfu hahaha. Lepas tu sempat jugak merayau sampai ke Harvey Norman, Carrefour etc tengok barang letrik. Dan kitorang dah jumpa jugak kedai perabot yg boleh jual sofa, tilam, meja makan etc dgn harga yg murah. Siap boleh customize lagi barang apa yang kita nak atau taknak. Contohnya sofa. Kalau kat tempat lain sure kena beli satu set. Tapi kat kedai yg kitorang dah survey ni, siap boleh pilih sama ada nak set 1+2+3 atau 2+3 je atau 3+3 etc. Warna dgn jenis fabrik pon boleh pilih. Suke...suke...suke...!

Kalau ikut senarai, ada banyak lagi barang nak kena beli ni. So sesapa di luar sana yang sudi nak menghadiahkan apa2 juga barangan kat ummi, janganlah malu2 ye :) <-- bajet ada orang baca blog kau ni ummi kihkihkih


Friday, June 3, 2011

Happy 4th Anniversary

0 comments
Betapa ummi sayangkan abah....
Abah penghibur di kala duka,
Abah peneman di waktu sengsara,
Abahlah bestfren di saat ummi kaya! :)

Betapa ummi sayangkan abah....
Ada kalanya kata2 ummi buat abah terluka,
Maaf sbb ummi pon cuma insan biasa,
Yg selalu buat silap dan kadang2 alpa,
Bahawa hati abah kena selalu dijaga.

Betapa ummi sayangkan abah....
Terima kasih atas 4 tahun yg kita lalui bersama,
Mengharungi pelbagai saat2 manis yg penuh ceria,
Semoga kasih sayang yg kita bina kekal selamanya!

Love u so much abah.




Happy Belated Birthday To Sayangku Abah!

0 comments
Entry yg sudah lama tertangguh!

10/5 yg lepas adalah hari jadi abah yg ke 30 tahun. Dan tahun ni rasanya tahun yg paling ummi tak prepare apa2 untuk birthday abah. Tahun lepas rasanya ada jugak belikan kad dan hadiah. Tahun ni cuma ajak abah lunch date kat tempat makan favourite kitorang berdua- Eastin Hotel. Dekat je kat belakang UIA nih :) Actually tahun ni kali ke 2 kitorang lunch date kat situ sempena bday abah. Tahun lepas makanannya superb. Tahun ni pun superb jugak. So mungkin tahun2 akan datang, akan pergi lagi ke Eastin Hotel.
Kitorang memang sengaja mengosongkan perut hari tu. Tepat pukul 12 dah terpacak depan Swez Brasserie. Bila waiter kata boleh masuk je, terus kitorang serbu! ummi sampai sekarang terbayang2 kesedapan lasagna dia. Abah pulak duk asyik mention pasal lamb kebab dia yg dikatakan setanding dengan kesedapan kebab kat Dublin. Hello abah, duk asyik cakap je...bila nak bawak ummi ke Dublin?? :p

Anyway, ummi ucapkan Happy Birthday to my dearest hubby: Dr.Azli Shahril b Othman. Semoga yg terbaik adalah untuk abah!

Love



 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez