Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, May 20, 2013

Love Story: Ummi and Tupperware

0 comments
'Percintaan' ummi dengan tupperware bermula dari tahun 2007. Time tu ummi dapat hadiah kawin dari Mimi: housemate masa sama2 buat masters kat UKM. Dia pos tupperware limited edition Rhythm of Batik all the way dari Kelantan sebab tak dapat datang wedding ummi. Itulah antara wedding gift yang paling ummi sayang.
Bila bersalinkan Aiza, baru ummi guna set tupperware tu. Semuanya ummi isi susu. Satu letak kat rumah, satu kat opis (in case Aiza lepak opis ummi), satu lagi kat nursery. Prestasi tupperware memang tak boleh dinafikan. Tambah lagi designnya cantik. Love it!
Bila ummi bersalinkan Asyraf, mulalah ummi pikir nak tambah koleksi tupperware. Alasannya, sebab nak bubuh susu Asyraf pulak. So ummi belilah tupperware one-touch-topper size besar (4 biji) warna hijau pucuk pisang. Waktu tu tengah ada promosi. Satu set tu semua sekali seratus lebih. Tapi sebab beli dengan kawan MIL, dia bagi kaw2 punya diskaun. Ummi ingat lagi time beli tu bulan puasa. Gigih paksa abah singgah rumah kawan MIL tu otw nak pi semayang terawih hahaha. One-touch-topper ni pun banyak jasanya. Susu, milo, cereal semua sumbat kat situ!
Tak lama lepas tu, koleksi ummi bertambah bila MIL hadiahkan tupperware lama dia. Size super duper besar. Lebih kurang size A3 hahaha. Sebab sizenya yang besar, so ummi jarang guna. Cuma guna sekali masa raya tahun lepas isi kerepek then lepas tu terus simpan.
Awal tahun lepas, ummi ada beli satu lagi item tupperware - berus cuci botol. Punyalah mahal. RM20++. Barang tupperware memang harga macam tak munasabah, tapi kualitinya pun sangatlah superb. Sampai la ni berus botol tu still kembang tak macam berus botol lain yang seminggu-pakai-terus-kuncup. So, puas hati!
Dan baru2 ni koleksi ummi makin berkembang pesat bila menang contest dari Bella NTV7. Ingatkan dapat sebijik tupperware je. Sekalinya bila ambik hadiah, dapat 7 items sekaligus! Rasa nak jerit je tapi tahan. Kang tak pasal2 masuk TV sebab kat Sri Pentas tu cameraman sana sini hahahaha. Close-up sikit semua item kasi jeles orang yang baca kihkihkih:
Tumbler air eco-series. Kapasiti 1 liter rasanya. Sayang nak guna. Dah beberapa kali 'pelawa2 ayam' kat abah. Tapi abah kata dia prefer guna tumbler lama. Selamat tupperware aku!

Yang ni currently ummi tengah guna kat opis. Wah, nyaman sungguh rasa air lalu kat tekak hahaha poyo je. Tapi seriously rasa stylo bawak pi kelas!

Tupperware size besar dapat 2 bijik. Currently kosong belum tahu nak isi apa. Rasanya nak isi susu untuk next baby :)

Yang ni actually size comel je. Sesuai kalau nak bawak bekal pi opis.

Yang ni paling ummi suka! So kalerful! Semuanya size mini. Setiap satu ada 2 penutup.

Penutup bahagian atas

Penutup bahagian bawah.
Sayang betul ummi dengan koleksi2 tupperware ni. Setakat ni semuanya ummi simpan sebab sayang nak guna. Tapi nanti kalau langsung tak guna dikata kufur nikmat pulak hahaha. Btw sekarang ni ada satu lagi produk tupperware yg ummi sangat-sangat-sangat teringin nak ada. Ni ha dia:
Gambar dari Google sebab diri sendiri belum ada!
Tupperware cariolier a.k.a tiffin. Entah berapa harganya eh? Mahu cecah RM70-RM80 jugak agaknya. Macam best je jalan2 bawak bendalah ni. Satu bekas isi nasi, satu bekas isi lauk, satu bekas isi sayur etc. Ok, masa untuk menerjah website tupperware! Bye korang semua.



 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez