Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, March 31, 2014

New Gadgets - Thanks To UIA

0 comments
Masa ummi mula2 join UIA tahun 2007 dulu, UIA ada bagi satu laptop Dell. Setahun lepas guna, rumah MIL kena pecah masuk. Laptop UIA tu pun kena angkut sama. Nasib baik UIA tak suruh ganti balik (bukan salah ummi pun tapi salah pencuri). Then ummi pun segan nak mintak ganti komputer baru. So sejak dari tu guna laptop sendiri.

Then baru2 ni, UIA bermurah hati bagi RM3K as computer allowance untuk gantikan komputer lama. Tapi tak semua staff dapat. Cuma staff yang guna certain computer model je dapat. Antaranya ummi. Tapi sebab komputer ummi dah kena curi, so nama ummi tercicir dari senarai. Bila ummi call bahagian finance, kes ummi sejak 6 tahun lepas tu rupanya tak setel lagi. Punyalah lama diorang perap. Dipendekkan cerita, bila ummi call barulah fail ummi tu dibukak semula then forwarded ke pihak tertentu untuk claim insurans. Bila semua dah setel, ummi dapat email bagitau yg ummi pun boleh beli komputer baru. Yahoooo!

And the best part is, UIA bagi sepenuh kebebasan untuk kita shopping sendiri laptop apa yang kita nak. Suka hatilah nak brand apa pun. UIA cuma bagi guideline specification saje. Maximum boleh beli 2 gadgets. Yang penting within 3K. Kalau lebih dari tu kena topup sendiri. Wahhh...dia punya feeling tu Allah je tahu kihkihkih. Shopping spree kan...sapa tak excited!

Maka bermulalah proses survey2 kat online store, Digital Mall etc. Rambang mata mak oii. Semua rasa nak beli.Sampailah satu hari tu, ummi ambik annual leave then pusing satu Mid Valley survey harga laptop/tablet. Dari satu kedai ke satu kedai ummi masuk. And finally bila kaki dah penat, ini yang ummi beli:

Introducing, my new tablet and laptop
Samsung Galaxy Note 8.0. Harga RM1299. Free gift screen protector and casing. Tablet ni boleh jadi phone jugak. Seronok browsing guna tablet ni. Wide screen le katekan. Tapi yang tak bestnya, bila ada orang call terpaksalah kita bercakap guna phone besar gedabak kihkihkih.

Laptop HP tu pulak ummi beli dengan harga RM1699. Spec semua bagus dan ummi sangat puas hati. Laptop sebelum ni pun HP jugak. So ni sambung guna HP.

Total damage semua sekali = RM2998. Kurang dua hengget nak 3 ribu alahai sayangnya hahaha. So inilah gadget terbaru yang ummi ada. Terima kasih UIA. Kat univ lain pon rasanya diorang provide laptop utk staff tapi takdelah kebebasan beli laptop sendiri. UIA je spesel kot. So dengan itu, sekali lagi ummi nak ucapkan terima kasih! Love u UIA.





Friday, March 28, 2014

Updating Status

0 comments
Lama betul ummi tak update blog kan? Siap ada sorang 'loyal reader' tu macam dah merajuk taknak bukak blog ummi lagi. Tiap kali bukak-takde update. Tiap kali bukak-takde update kihkihkih. Siap post komen tanya bila ummi nak update blog!

Banyak dah berlaku sejak kali terakhir ummi post entry kat blog ni. Antaranya:

#Anas Turned 5-Months-Old Last Week
Dah pandai meniarap dah Si Kecik tu. In fact dah pandai gostan dan bergolek2. Last week dia 'jatuh' dari tilam KingKoil ummi setinggi 8cm tu (eleh macam le tinggi sangat). Surprisingly dia tak menangis pun. Berderau darah ummi masa sedar dia takde atas tilam. Check kat lantai pun takde. Bila jumpa, rupanya dah terperesok belakang pintu sambil sengih2 makan jari hihihi. Bertuah punya budak!


Dan ummi dah start bagi dia makan. First menu dia: mashed pumpkin. Yummy! Then ummi ada bagi nestum jugak. Setakat ni belum pernah bagi bubur nasi lagi. Alasannya sebab takde blender nak blend bubur. Blender yang ada selalu guna untuk blend cili. Dan kerana itulah ummi ada beli satu barang secara online baru2 ni hihihi.Ummi akan tulis satu entry 'spesel' pasal ni nanti.

#Gardening Projects. The Ups and Downs.
Sejak musim panas melanda, semua pokok kena bagi extra care. Siram pokok pagi petang pon macam takde kesan sangat. Sebab cuaca terlalu panas sampai tanah pun merekah. Tapi, ada beberapa pokok yang mula keluarkan hasil. Pokok tomato ceri ummi dah berbuah (tak sempat nak snap gambar). Ada 3 biji je pun. Semua dah selamat masuk perut ummi. Bunganya banyak tapi tak jadi buah. Pokok tomato ceri yang ditanam guna teknik upside-down sampai sekarang duk berbunga je tapi sebiji buah pon tak nampak. Status terkini: hidup segan MATI PON MAHU.

Tapi yang paling menggembirakan, pokok delima ummi pon dah mula berbunga padahal ummi baru tanam tak sampai 3 bulan. Pokoknya pon baru tinggu lutut je. Ini pencapaian paling membanggakan hingga ke tahap riak hahahaha. 

#Addiction To Online Shopping
Ingat lagi tak last post ummi pasal online shopping? Well, time tu ummi amatur lagi. Sekarang dah dikira PROFESIONAL. Diulangi, profesional hokeh. Antara barang yang ummi dah beli secara online: mainan masak2 Aiza beli online dari FB, then beli timbang dari My Deal (timbang pon siap beli online hahaha. Dah le tu masa deliver diorang bungkus guna plastik jernih. Habis satu opis tahu ummi beli timbang kihkihkih). Then ummi ada beli buffet voucher for two kat Halia, Sime Darby Convention Centre pun guna My Deal jugak. Murah je tak sampai RM65 utk 2 orang makan. Dah selamat pun redeem a few weeks ago. And the list goes on....

Tapi jangan risau, semuanya masih terkawal (kena cover2 sikit takut abah tiba2 cakap nak check online banking ummi kihkihkih).

#New Gadgets
Ummi ada gajet baru! Bukan 1 tapi 2. Terima kasihlah diucapkan pada UIA selaku penaja utama. Dan kerana itu haruslah kiranya ummi tulis satu entry khusus pasal ni sebagai meluahkan rasa terima kasih ummi pada UIA. I love u UIA muaaahhhhs.

Will try to update this blog as frequently as possible. Till then, bye.



 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez