Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, July 11, 2013

Report Card Day

0 comments
Sabtu lepas, ummi heret abah pergi nursery UIA untuk ambik report card Aiza dan Asyraf. Selalunya ummi pergi sorang2 waktu kerja. Tapi kebetulan tahun ni UIA buat hari Sabtu, so ummi 'paksa' abah pergi sama. Yelah kan, perkembangan anak2 mestilah both parents ambik tahu! Ye tak?

Kitorang sampai lebih kurang pukul 9.30am. Mula-mula pergi kelas Aiza dulu. Dah ada 2,3 parents menunggu giliran. Lama jugak nak sampai turn kitorang. Maklumlah, cikgu cerita detail pasal perkembangan anak-anak kat setiap parents. Dekat sejam menunggu, sampailah turn kitorang. Ok, masa untuk menadah telinga!
Sementara tunggu turn, Aiza sempat main tablet dengan Danish, sambil cuba diinterframe oleh Asyraf

Hasil dari perbincangan dengan Teacher Za, ini yang ummi dapat simpulkan.
Aiza kerjanya kemas dan tekun. Kalau diberi tugas, dia akan buat sampai habis. Cuma lambat sikit banyak. Kalau makan pun ambik masa lama sikit compared dengan kawan-kawan lain. Socially, dia ni pemalu sikit. Bukan jenis yang out-loud dalam kelas. So, oklah tu kot.
Sempat ambik gambar dengan Teacher Za.
Lepas tu, pergi kelas Asyraf pulak jumpa Teacher Zaharah. Ini yang teacher Zaharah cakap "Asyraf makan tak berapa nak, main dengan kawan pun tak berapa nak, cuma belajar je yang dia nak". 

Hahaha ni sorang lagi anak ummi yang anti-sosial. Sebijik macam perangai abah! Tapi surprisingly dari segi pembelajaran dia nampak macam agak advance. Pada umur 2 tahun ni, dia dah hafal dan kenal alphabet and numbers. Dia siap boleh associate setiap alphabet dengan objek. Contohnya A for apple, B for butterfly etc. Ummi dalam proses nak ajar dia baca plat kereta pulak. Dan sangat2 mengharapkan abah rajin nak ajar dia arabic dan mengaji. So please take note ye abah!




Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan 1434 Hijrah

0 comments
Ada budak tu kan, dah dekat seminggu cakap nak puasa. Agaknya teacher kat nursery duk asyik pung-pang-pung-pang cerita pasal bulan Ramadhan. Kalau ikut polisi nursery, memang digalakkan puasa. Saje nak latih budak-budak dari kecik kot. Tapi kalau tak puasa pun boleh, sekolah sediakan makan macam biasa.
Bila ummi tanya Aiza, dia kata nak puasa. So ni gambar dia ummi ambik pagi tadi. Dia 'sahur' pukul 7.30 pagi dalam kereta otw ke UIA hahaha. Menunya roti hotdog dengan susu sebotol. Ummi pesan kat teacher, kalau by tengahari dia mintak makan, bagi jelah. Biarlah dia puasa setakat mana dia mampu. Bagi can le sebab umur pun tak sampai 5 tahun lagi. Tapi memang nak start latih dia dari sekarang. Apapun, kita tunggu sampai petang ni. Adakah masih bertahan puasa? Atau dah melantak makan kenyang perut-suka-hati?




 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez