Ada budak tu kan, dah dekat seminggu cakap nak puasa. Agaknya teacher kat nursery duk asyik pung-pang-pung-pang cerita pasal bulan Ramadhan. Kalau ikut polisi nursery, memang digalakkan puasa. Saje nak latih budak-budak dari kecik kot. Tapi kalau tak puasa pun boleh, sekolah sediakan makan macam biasa.
Bila ummi tanya Aiza, dia kata nak puasa. So ni gambar dia ummi ambik pagi tadi. Dia 'sahur' pukul 7.30 pagi dalam kereta otw ke UIA hahaha. Menunya roti hotdog dengan susu sebotol. Ummi pesan kat teacher, kalau by tengahari dia mintak makan, bagi jelah. Biarlah dia puasa setakat mana dia mampu. Bagi can le sebab umur pun tak sampai 5 tahun lagi. Tapi memang nak start latih dia dari sekarang. Apapun, kita tunggu sampai petang ni. Adakah masih bertahan puasa? Atau dah melantak makan kenyang perut-suka-hati?
0 comments on "Ramadhan 1434 Hijrah"
Post a Comment