Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, February 13, 2014

Online Shopping For Dummies

5 comments
Sebelum ni ummi memang tak pandai online shopping. Sebabnya, ummi tak pandai nak beli barang hanya dengan browse catalog. Kalau boleh, bila nak beli barang biarlah barang tu ada depan mata. Puas hati tengok kualiti sebelum membeli. Lagipun, ummi tak ada kad kredit. Dalam otak ummi, kalau nak beli barang online mesti ada kad kredit. Ketinggalan zaman sungguh ummi ni. So dulu2 kalau nak beli barang online, sama ada Abah atau Sarah si opismate yang akan jadi mangsa.

Tapi itu semua cerita dulu. Ummi sekarang dah melakukan anjakan paradigma hahaha. As of ummi menaip ni, ummi dah berjaya buat 2 transaksi online shopping unassisted. Bangga giler wa cakap lu! Hahahaha...

# www.tesco.com.my
Ummi memang pelanggan setia Tesco. Kumpul point dah beribu2. Beli groceries semua kat situ. Malahan setiap hari Jumaat dah jadi macam 'Hari Tesco SeDunia' untuk ummi. Siap dah boleh hafal layout barang kat Tesco. Pejam mata pun boleh tahu mana nak cari pampers, susu, bawang etc. Tapi tak pernah terpikir nak shopping secara online. Sampailah satu hari nampak pamplet Tesco offer diskaun RM20 utk pembelian lebih RM100 kalau beli secara online. Hei, RM20 banyak tu. Boleh dapat KFC bargain bucket satu set hahahaha. So ummi pun mulalah godek2 website Tesco. Senang je rupanya nak beli online.
1.Mula2 pilih barang yang kita nak beli. Boleh search by category. Ada tab promotion kalau kita nak tgk barang2 yang tengah promosi waktu tu.
2.Lepas tu pilih time slot untuk delivery. Delivery start pukul 10 pagi sampai 10 malam. Contohnya macam kat bawah ni. Kita klik je mana2 slot available yang kita nak. Delivery charge RM10. Mahal jugak kan? Kalaulah free delivery, mahu hari2 shopping online.
3. Select payment type.Tak boleh bayar cash. Kena guna kredit atau debit kad sama ada visa atau mastercard. Sesapa yang takde kad kredit jangan risau. Tengok kad ATM korang, kalau ada je lambang visa atau mastercard, tu tandanya kad debit (ummi baru realize pasal ni). Yang penting, dalam akaun mesti ada duit. Sejak tahu 'kehebatan' kad ATM, sekarang ni asal nak bayar ke tunjuk kad ATM kihkih
4. Tiba waktu yang dijanjikan, datanglah lori Tesco. Glamerlah kejap jadi buah mulut jiran tetangga hahaha. Sebelum bayar, checklah dulu kot2 ada barang yang kita tak berkenan dan nak pulangkan balik. Setel.
Lori Tesco kat depan rumah. Mesti jiran ummi kata "hei, nak pegi Tesco pun malas ke?"

So apa yang ummi beli online kat Tesco? Jeng jeng jeng...

Alahai...pampers je pun!
So tamatlah citer shopping kat Tesco. Tengah tunggu kot2 Tesco bagi voucher or Free delivery then bolehlah shopping online lagi.

# zalora.com.my
Abah dapat e-voucher zalora worth RM50 dari Astro sebab selama ni bayar bill auto deduct tiap2 bulan. Since abah takde barang yang dia minat nak beli, dia pass voucher tu kat ummi. So ummi pun mulalah godek2 website zalora. Boleh tahan murah jugak barang jual kat sini. Rambang mata jugaklah dibuatnya. Kebetulan ummi ada plan nak beli kasut kerja baru. So menonong klik bahagian kasut. 
Antara pilihan kasut yg ada. As low as RM19.25 je. Cantik2 kan?
Antara T&C e-voucher tu tak boleh guna untuk promotional item. Dan cost shipping RM5 kena bayar sendiri. Dan yang bestnya boleh cash-on-delivery jugak so takde kad kredit pun takpe. Lepas puas godek punya godek last2 ummi pilih ini:
Kasut brand SideWalk. Harga RM39.
Lepas beli kasut ada extra lagi RM11. Terus search barang lain nak bagi cukupkan RM50 hahaha gila kedekut RM11 pun berkira. Dengan baki RM11 tu ummi beli pencuci muka Olay for Men konon2 isteri mithali -walaupun shopping barang sendiri tapi still ingat kat suami kuikuikui. Padahal kat rumah ada berlambak pencuci muka tak guna lagi.

Dia punya servis sangat bagus. Ummi order Sabtu petang, then Isnin pagi2 subuh sapi'i orang kurier dah sampai nak hantar barang. 
Well, kasut yang ummi beli tu saaaaaaaaangat cantik. Size pun muat just nice. Cumanya tak selesa huhuhu. Bahagian depan kasut tu tirus sikit so kalau pakai sakit kaki dibuatnya. Afterall, macam manalah ummi nak tahu kasut tu selesa atau tak hanya dengan tengok gambar kan? So moral of the story, there are certain things that we just can't buy online. Kasut adalah salah satu daripadanya.

Tapi takpe, ada pencuci muka Olay abah sebagai pengubat duka. hikhikhik...

*btw, ummi tak serik shopping online (in case abah is wondering and reading this post). My journey to online shopping has just begun. Cehh!




Friday, February 7, 2014

IIUM Dental Clinic - Aiza's 1st Meeting With The Dentist

0 comments
Dah berminggu2 Aiza kata gigi dia goyang. Tapi abah dengan ummi macam dengar tak dengar je. Sampailah minggu lepas ummi check gigi dia, ummi nampak dah ada gigi baru nak tumbuh kat belakang gigi goyang tu. Jadi kenalah cabut cepat. Kalau tak, gigi berlapis tak cantik pulak.Turun saham.

Hari Khamis lepas ummi ambik dia dari tadika bawak jumpa dentist UIA. Punyalah dia excited. Siap pukul canang kat classmates bagitau yang dia nak cabut gigi. Ummi dia yang dup dap dup dap serams kihkihkih. Maklumlah, first time experience hantar anak jumpa jumpa doktor gigi. So perasaan dia lain macam sikit.

Ummi expect dia akan melalak kat depan dentist. Siap ummi dah tinjau2 depan klinik kot2 nampak student boleh mintak tolong pegang kaki dengan tangan Aiza kahkahkah.Sekalinya, dia relaks je. Takde bunyi sikit pun. In fact ummi yang terjerit tengok gigi dia kena cabut hahaha dasar penakut. 

Nganga sepanjang masa walaupun doktor tak suruh.

Aiza dengan Dr.Risyda. Doktor ni dah veteran sikit. Asal dari Indonesia.

Setel! Another milestone in my journey through motherhood.

Dah siap cabut! Nampak tak gigi baru dah tumbuh kat belakang.
Lepas cabut gigi doktor bagi sticker. So sukalah dia. Siap cakap lepas ni nak jumpa dentist lagi.

So untuk parents di luar sana, janganlah takut nak bawak anak jumpa dentist. Memang mula2 tu kita yang akan rasa cuak. Tapi anak2 memang kena didedahkan dengan dentist dari kecik lagi, so that dia membesar tak penakut macam mak bapaknya hahahaha.



Thursday, February 6, 2014

Rezeki Contest: Hush Puppies Voucher, Guardian Voucher, Loreal Products

0 comments
Frequency join contest memang dah makin berkurang. Sejak2 Giant Selayang Mall tutup, susah betul nak cari borang contest. So join contest online saje. Untuk sepanjang bulan lepas, January 2014 ini rezeki yang ummi dapat:
 
# Hush Puppies Voucher
Menang dari majalah Cleo. Dapat voucher worth RM125. T&C tulis hanya boleh digunakan untuk beli handbag sahaja. Handbag Hush Puppies semuanya cantik2 dan affordable. Tapi definitely harga lebih dari RM125. So nak tak nak kena top up sikit. Pandai kan penaja2 contest ni. Dia akan bagi kita voucher yang nilainya nak-let-go-rasa-sayang-tapi-nak-burn-gitu-je-pun-sayang. 
Ummi redeem hadiah ni masa birthday ummi. So kira macam hadiah bday le. Ini pilihan ummi:

Merah menyala. Inilah first time dalam hidup beli hanbag kaler merah. Selama ni handbag ummi kaler hitam atau coklat je. Boring giler! Harga handbag ni RM200++. So separuh bayar guna voucher, separuh lagi abah bayar kihkihkih.

# Guardian Voucher Worth RM200

Menang peraduan Guardian's Beauty Surprise Contest atas nama abah. Tahun lepas menang jugak atas nama ummi. Lepas ni kalau nak masuk lagi kena guna nama orang lain pulak. Ummi suka menang voucher macam ni. Seronok shopping guna voucher pakai main ambik je tak perlu keluar duit. RM200 ni insyaAllah cukup untuk menaja perbelanjaan toiletries kitorang anak beranak selama setahun.

#Loreal Hair Care Products

Menang dari majalah Malaysian Women Weekly. Dah selamat di redeem minggu lepas one day before cuti CNY. Dapat full set shampoo, conditioner, hair cream dan serum. Alhamdulillah.


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez