Sebelum ni ummi memang tak pandai online shopping. Sebabnya, ummi tak pandai nak beli barang hanya dengan browse catalog. Kalau boleh, bila nak beli barang biarlah barang tu ada depan mata. Puas hati tengok kualiti sebelum membeli. Lagipun, ummi tak ada kad kredit. Dalam otak ummi, kalau nak beli barang online mesti ada kad kredit. Ketinggalan zaman sungguh ummi ni. So dulu2 kalau nak beli barang online, sama ada Abah atau Sarah si opismate yang akan jadi mangsa.
Tapi itu semua cerita dulu. Ummi sekarang dah melakukan anjakan paradigma hahaha. As of ummi menaip ni, ummi dah berjaya buat 2 transaksi online shopping unassisted. Bangga giler wa cakap lu! Hahahaha...
# www.tesco.com.my
Ummi memang pelanggan setia Tesco. Kumpul point dah beribu2. Beli groceries semua kat situ. Malahan setiap hari Jumaat dah jadi macam 'Hari Tesco SeDunia' untuk ummi. Siap dah boleh hafal layout barang kat Tesco. Pejam mata pun boleh tahu mana nak cari pampers, susu, bawang etc. Tapi tak pernah terpikir nak shopping secara online. Sampailah satu hari nampak pamplet Tesco offer diskaun RM20 utk pembelian lebih RM100 kalau beli secara online. Hei, RM20 banyak tu. Boleh dapat KFC bargain bucket satu set hahahaha. So ummi pun mulalah godek2 website Tesco. Senang je rupanya nak beli online.
1.Mula2 pilih barang yang kita nak beli. Boleh search by category. Ada tab promotion kalau kita nak tgk barang2 yang tengah promosi waktu tu.
2.Lepas tu pilih time slot untuk delivery. Delivery start pukul 10 pagi sampai 10 malam. Contohnya macam kat bawah ni. Kita klik je mana2 slot available yang kita nak. Delivery charge RM10. Mahal jugak kan? Kalaulah free delivery, mahu hari2 shopping online.
3. Select payment type.Tak boleh bayar cash. Kena guna kredit atau debit kad sama ada visa atau mastercard. Sesapa yang takde kad kredit jangan risau. Tengok kad ATM korang, kalau ada je lambang visa atau mastercard, tu tandanya kad debit (ummi baru realize pasal ni). Yang penting, dalam akaun mesti ada duit. Sejak tahu 'kehebatan' kad ATM, sekarang ni asal nak bayar ke tunjuk kad ATM kihkih
4. Tiba waktu yang dijanjikan, datanglah lori Tesco. Glamerlah kejap jadi buah mulut jiran tetangga hahaha. Sebelum bayar, checklah dulu kot2 ada barang yang kita tak berkenan dan nak pulangkan balik. Setel.
Lori Tesco kat depan rumah. Mesti jiran ummi kata "hei, nak pegi Tesco pun malas ke?" |
So apa yang ummi beli online kat Tesco? Jeng jeng jeng...
Alahai...pampers je pun! |
So tamatlah citer shopping kat Tesco. Tengah tunggu kot2 Tesco bagi voucher or Free delivery then bolehlah shopping online lagi.
# zalora.com.my
Abah dapat e-voucher zalora worth RM50 dari Astro sebab selama ni bayar bill auto deduct tiap2 bulan. Since abah takde barang yang dia minat nak beli, dia pass voucher tu kat ummi. So ummi pun mulalah godek2 website zalora. Boleh tahan murah jugak barang jual kat sini. Rambang mata jugaklah dibuatnya. Kebetulan ummi ada plan nak beli kasut kerja baru. So menonong klik bahagian kasut.
Antara pilihan kasut yg ada. As low as RM19.25 je. Cantik2 kan? |
Antara T&C e-voucher tu tak boleh guna untuk promotional item. Dan cost shipping RM5 kena bayar sendiri. Dan yang bestnya boleh cash-on-delivery jugak so takde kad kredit pun takpe. Lepas puas godek punya godek last2 ummi pilih ini:
Kasut brand SideWalk. Harga RM39. |
Lepas beli kasut ada extra lagi RM11. Terus search barang lain nak bagi cukupkan RM50 hahaha gila kedekut RM11 pun berkira. Dengan baki RM11 tu ummi beli pencuci muka Olay for Men konon2 isteri mithali -walaupun shopping barang sendiri tapi still ingat kat suami kuikuikui. Padahal kat rumah ada berlambak pencuci muka tak guna lagi.
Dia punya servis sangat bagus. Ummi order Sabtu petang, then Isnin pagi2 subuh sapi'i orang kurier dah sampai nak hantar barang.
Well, kasut yang ummi beli tu saaaaaaaaangat cantik. Size pun muat just nice. Cumanya tak selesa huhuhu. Bahagian depan kasut tu tirus sikit so kalau pakai sakit kaki dibuatnya. Afterall, macam manalah ummi nak tahu kasut tu selesa atau tak hanya dengan tengok gambar kan? So moral of the story, there are certain things that we just can't buy online. Kasut adalah salah satu daripadanya.
Tapi takpe, ada pencuci muka Olay abah sebagai pengubat duka. hikhikhik...
*btw, ummi tak serik shopping online (in case abah is wondering and reading this post). My journey to online shopping has just begun. Cehh!
5 comments on "Online Shopping For Dummies"
Oh no!
Betul tu. aku tak berani beli kasut online sebabnye aku ni nak beli kasut sendiri kat kedai pun byk yang tak sesuai. Maklomla badan gemok tapi kaki saiz 4. bentuk kaki pun pelik panjang tapi kecik. Jadi tak semua design aku pakai lawa nak tau lawa tak lawa kene try la.
wak pon nmpk iklan tesco online tu mcm menarik jeeer.,ehHHee
Bila nak update blog ni Puan?
Hehe mcm best jer online tesco.
Post a Comment