Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Friday, July 20, 2012

Persiapan Ramadhan/Syawal 1433H


Menu Ramadhan

Cehhh, siap buat menu berbuka puasa untuk sebulan penuh. Nampak sangat banyak benda nak makan sampai terpaksa buat menu tunggu giliran hahaha. Hish, tak cukup ruang dalam excel file nak tulis nama makanan kegemaran. Berangan nak masak itu ini. Kot nanti akhirnya, SEMUA PUN BELI kihkihkih.

Btw, hari Isnin dan Khamis kompem beli buka kat luar. Sebabnya, dua-dua hari tu ummi ada kelas sampai pukul 5 petang!

Menu Buka Puasa

Kuih-Muih

Gigih sepanjang weekend lepas ummi buat karipap daging dan popiah sampai berpuluh2 biji. Dah siap semua, ummi masukkan dalam freezer. Kononnya nanti bila time nak buka, boleh goreng karipap dengan popiah seketul dua. Bukannya apa, kuih yang jual kat baazar ramadhan selalu tak menepati standard anak tekak ummi dan abah. Harga pun cekik darah. So better buat sendiri. Kalau tak ada kuih, rasa macam kosong sangat atas meja masa nak berbuka puasa.
Popiah inti carrot, sengkuang & udang

Karipap daging

Masa buat hari tu, popiah ada 50 biji. Karipap daging ada 25 biji. Dalam hati cakap "cukuplah kuih ni nak bertahan sampai raya". Pagi ni check, karipap daging tinggal 10 ketul je hahaha. Popiah still wujud. Yang lain dah selamat digoreng tak sempat tunggu bulan puasa.

Cat Rumah

Sebab tahun ni ummi dan abah perasan konon2nya ada orang nak datang beraya, so abah decided untuk mengecat rumah. Cat yang dulu dah luntur dan terkopek2. Dah lama sebenarnya kami beli cat tu. Tapi baru minggu lepas abah mulakan operasi. Masa beli, abah dan ummi tengok katalog yang disediakan. Abah pilih cat warna "sandalwood". Warna seakan2 coklat lumut. Dalam hati dah berbunga2 feeling rumah ala-ala Bali gitu. Sekali bila dibukak.....erk, kaler HIJAU TAHI LEMBU. Dush, punah harapan. Dari rumah ala Bali, dah bertukar jadi rumah ala kaf-lam-ya-nga kihkihkih.

Abah in -action.
Hari ni nak balik singgah Tesco jap. Banyak benda nak dibeli. Excited nak puasa tahun ni. Sekarang kat dalam otak tengah duk pikir menu apa untuk sahur malam ni. Sup ikan merah? Tomyam campur? Asam pedas ikan kerisi? Hish...semua pun sedap!

Kepada semua yang membaca posting ini, ummi ucapkan selamat berpuasa! Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya insyaAllah.


1 comments on "Persiapan Ramadhan/Syawal 1433H"

K on June 30, 2014 at 1:12 PM said...

salam ramadhan.. saya br nak buat menu berbuka utk sebulan..hi hi ..tahun ni nak fokus memasak, jadi kena ada target kalau tak kelaut .. :-)

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez