Abah ada voucher Kinokuniya worth RM100. Dia dapat hasil dari kerja sukarela interview student medic CUCMS sempena hape ntah. Kinokuniya hanya ada di KLCC saje. So Ahad lepas pukul 11am kami dah terpacak kat sana.
Sementara hari belum panas, lepak2 dulu depan KLCC tengok air pancut. Btw kitorang sekeluarga pakai baju Korea yg abah beli hari tu. POYO je! kihkihkih |
Lepas melepak, terus pergi foodcourt KLCC makan tengahari. Lepas makan & perut dah kenyang, baru pergi menyopping kat Kinokuniya.
Harga buku2 kat Kinokuniya boleh tahan mahal kalau nak compare dengan Borders atau MPH. Tapi sebab guna voucher, ambik jelah mana berkenan. Most of the voucher digunakan untuk beli buku2 latihan Aiza.
Abah sempat jugak beli buku yang sangat inspiring. Tajuknya Eat & Run. Eleh, mentang2 sekarang hobi dia jogging, so mana2 buku yg ada kaitan dengan jogging, marathon, healthy lifestyle semua dia suka. Poraciitt!
Majalah Cleo bulan May special edition. Kat kedai lain jual Cleo edisi biasa je. Kat Kinokuniya ni edisi Lanvin. Harganya RM7. Yang specialnya sebab dalam kotak tu ada Cleo + majalah Sephora + mini perfume Lanvin ME. Wangiiiiii...
Mini perfume Lanvin |
Rasanya bulan lepas Lanvin collaborate dengan majalah Harper's Bazaar untuk keluarkan special edition ala-ala macam ni jugak. Tapi Harper's Bazaar mahal RM15 yang ni cuma RM7 je. So memang berbaloi!
On the way balik, jumpa booth Juice Works. Teringat ada voucher RM20 tak redeem lagi. So sempat minum air sedap sebelum balik.
Hai, nikmatnya bila dapat shopping tanpa keluarkan duit sebab guna voucher. Mudah2an ada rezeki lain lepas ni. Amin
Hai, nikmatnya bila dapat shopping tanpa keluarkan duit sebab guna voucher. Mudah2an ada rezeki lain lepas ni. Amin