Dah 3 weekends berturut-turut ummi anak beranak takde kat rumah. Setiap Jumaat kami balik Johor, then hari Ahad baru balik KL. Kenapa? Sebabnya abah outstation - setiap hari Sabtu kena bagi lecture kat 11 orang murid 'dewasa' di MPC, Bandar Baru Uda. Topic of the lectures, tentulah bab-bab medical yang ummi malas nak ambik tahu hahaha. Yang ummi tahu, setiap weekend dapat balik kampung FREE sebab tol dan duit minyak boleh claim kat company abah! Sungguh heaven dapat tengok muka nyai dengan yai setiap weekend. Beruntunglah pada sesiapa yang duduk dekat dengan parents masing-masing. Lepas ni kalau ada lagi sessi lectures di Johor, ummi nak suruh abah volunteer lagi.
Weekend yang lepas actually weekend yang last. So sebab yang last, kena extra special. Selalunya hari Ahad pagi-pagi lagi ummi dah bertolak balik Kl sebab nak elakkan jem. Tapi Ahad lepas, kitorang bawak nyai & yai ronda-ronda Singapore dulu. Ceklon dgn Acik Firdaus pun join sekali. Seronoknya jalan-jalan shopping dan cari makan. Menu yang dicari, tak lain tak bukan murtabak Singapore dan nasi briyani untuk yai. Apa beza murtabak kat Malaysia dengan murtabak Singapore? Well, murtabak Singapore sizenya lagi besar dan penuh dengan daging kisar. Kena rasa sendiri baru boleh tahu perbezaannya. Pada sesapa yang teringin, jangan risau. Kat JB pun banyak jual. Maklumlah, seberang tambak je kan?
Lepas makan, kitorang ronda-ronda kat Mustafa Center. Shopping Mall ni bukak 24jam. Macam-macam ada jual kat sini. Harga pun boleh tahan murah. Antara yang menarik, ruangan perfume. Brand-brand yang glamer macam CK, Dior, Lancome, Hugo, Channel etc kebanyakkannya dijual antara $30-$50 dollar untuk size 50ml/75ml. So kalau convert duit Malaysia dalam RM75-RM125. Murah ke tak? Ummi dah lama tak beli perfume so tak tahu harga pasaran semasa. Yang ummi tahu sekarang harga emas tengah murah hihihi. Kalau setakat brand tak popular harga $4 dollar pun ada jual. Ceklon ada beli perfume brand Yardley (brand popular zaman dolu2 harganya $10 dollar je untuk size 100ml).Baunya wangiiiiii!
Lepas jalan-jalan kat area perfume, pergi pulak ruangan barang letrik dengan mainan kanak-kanak. Hish rambang mata dibuatnya. Ummi & abah sama excitednya dengan Aiza & Asyraf. Last2 kitorang angkut set mainan piano/microphone siap sekali dengan stand dan kerusi, bus size besar untuk Asyraf, dengan set doll dengan 12 pasang baju doll tu sekali. Hasilnya - - - Pokai!
Sebab mengejar masa nak balik KL, lepas shopping terus balik. Takdenya nak ronda2 tengok USS ke hapenya. Tapi dalam otak ni dah plan nak repeat visit dalam beberapa bulan lagi. Sayang oii dah buat pasport kalau tak guna jalan-jalan pi oversea kan? Tak larat jalan jauh, jalan pi Singapore pon cukuplah!
2 comments on "Ulang Alik"
kami plan nak pg singapore hujung bulan depan!
Kalau nak jimat, stay kat hotel JB. Rate hotel kat Sinagpore berkali ganda dari kat Msia.
Post a Comment