Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, April 23, 2013

Bila Demam Melanda


Aiza demam sejak Jumaat lepas. Masuk hari ni dah 5 hari tak baik lagi. Demam on off on off kejap ok kejap tak ok. Nasib baik dia tak banyak meragam dan tak kisah makan ubat. Ramai jugak kawan2 dia kat nursery yang sama2 demam. Hari teacher call suruh ummi ambik Aiza Jumaat lepas, ummi tengok Habib dan Adam pun demam sama. Kesian!

Kalau Asyraf demam, sure ummi dah EL. Tapi sebab Aiza yang demam, ummi gagahkan diri jugak datang kerja. Aiza dah besar so dia ok sikit bila dibawak ke ofis. Kalau Asyraf yang dibawak ke ofis, dengan ummi sekali demam. Bukan pilih kasih, tapi buat masa sekarang memang tak mampu nak cancel kelas. Semester ni tinggal lagi 2 minggu je. Kalau cancel kelas, bila pulak nak ganti? Tambah parah minggu depan hari Rabu Labor Day so suka tak suka kelas batal. Sempat ke nak abiskan silibus ni??? Kalau orang lain mesti suka public holiday relaks2 kat rumah. Tapi rasanya kalau lecturer or cikgu, Public Holiday le paling 'dibenci' sebab nanti tak pasal2 kena ganti kelas.

Semalam Aiza ikut abah pergi ofis. Bila tengah hari ummi call, rupanya dah merajuk dengan abah. Aiza dengan abah memang selalu ada love-hate relationship hahaha. Sikit2 gaduh, sikit sikit merajuk! Last2 tertidur!

Hari ni dia dia ikut ummi pulak. Ummi ajak pergi kelas tapi dia taknak. Lagi suka buat bersepah sambil main kaler2 kat bilik ummi. By tengah hari, hilang tenaga. Inilah jadinya:
Tidur sambil ngadap tablet. So kesian!
Nasib baik sempat makan roti telur setengah keping dan minum milo sebotol. Cukuplah nak alas perut. Petang ni ummi ada kelas lagi sejam. Lepas tu terus nak balik. Bila anak2 demam, ummi pun hilang mood nak buat kerja. Ceh, alasan!


0 comments on "Bila Demam Melanda"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez