Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, February 28, 2012

Tambah Saham Bank Rakyat

0 comments
Bulan 5 tahun lepas, ummi dan abah ada beli saham bank rakyat. Untuk pembelian kali pertama, kami hanya boleh beli RM500 sahaja. Saham Bank rakyat ni sentiasa sold out sebab dividennya jauh lebih tinggi berbanding ASB. Masa beli saham tahun lepas, ummi dan abah ada isi borang untuk tambah pembelian saham sekiranya Bank Rakyat ada offer. Alhamdulillah minggu lepas ummi dapat surat mengatakan ummi boleh tambah modal syer. Tapi abah sedeh sebab sampai sekarang dia tak dapat surat lagi.

Surat dari Bank Rakyat
Well, nilai yang ditawarkan takdelah banyak mana pon. Tapi oklah dari takde langsung. Orang kata, sikit2 lama2 jadi bukit. Bila ummi ke Bank Rakyat untuk tambah saham ni nanti, ummi akan apply untuk tambah syer lagi tahun depan. Harapnya lagi 10 tahun, duit saham Bank Rakyat ni akan berganda2 nilainya. Amin!


Monday, February 27, 2012

Swimming Pool

0 comments
Weekend yang lepas adalah weekend yang kurang produktif untuk kami. Abah masih demam dan batuk. Ummi pulak dah mula rasa sakit2 badan. Cepat sungguh virus berjangkit. Aiza dan Asyraf terpaksa duduk rumah  tak dapat pergi ke mana2. Tapi nasib baik Jumaat lepas abah ada belikan 'permainan' terbaru untuk mereka. See:

Punyalah happy dapat mandi dalam swimming pool
Kami letak swimming pool ni atas rumput depan rumah. Sizenya cukup besar siap Aiza boleh buat kuak lentang lagi. Mula2, kayu golf join Asyraf masuk swimming pool. Tak lama lepas tu, segala macam permainan pon join sama. Dengan harga RM18.90, dan dengan kegembiraan yang ditunjukkan Aiza dan Asyraf, it's really worth it!

So lepas ni, tak perlulah kami susah payah pergi rumah Cikta semata2 nak mandi swimming pool. Apa yang ada ni pon dah cukup. Rasanya lepas ni,  mandi swimming pool akan jadi aktiviti tetap setiap weekend!


Thursday, February 23, 2012

Bila Doktor Jatuh Sakit!

0 comments
Abah dah 3 hari tak pergi kerja gara2 demam, batuk dan selsema. Tapi memandangkan abah seorang doktor, dan stok ubat kat rumah pun mencukupi, so ummi buat tak kisah je takdelah rasa risau sangat. Dalam hati kata "pandailah abah jaga dan rawat diri sendiri" kihkihkih. Ada le jugak ummi bebel2 kat abah sebab tak amalkan makan vitamin C yang ummi dah beli dulu, makan makanan pedas sampai sakit tekak bla bla bla bla. Alah biasalah bebel2 manja konon. Lagipun kalau ummi cakap banyak2 bukan ada makna pun. Semua petua turun temurun cara nak hilangkan demam, sakit tekak etc dikatakan tak medically-proven yet. Hish, inilah susahnya kawin dengan doktor! Bila kita cakap sikit, dia akan balas balik dengan segala terms2 medical dia yang kita sendiri tak paham. Sudahnya, pandai2lah abah jaga diri sendiri ye? Ummi doakan abah cepat sihat.

And then tiba2 semalam si Asyraf pun dah mula batuk dan selsema. Haru biru hidup ummi dibuatnya. Terpaksa emergency leave dan cancel semua kelas. Padahal minggu depan dah nak mid semester break dan kemudian exam. Sempat ke nak abiskan semua silibus ni? Tapi walaupun berat hati terpaksa jugak cuti. Tak sampai hati nak hantar Asyraf ke nursery sebab malam sebelumnya tu dia tak boleh tidur sebab asyik batuk je. Sorry ye students, family comes first!


Monday, February 20, 2012

Buah Hati

0 comments
Hari ni Asyraf berpindah ke kelas baru. Umurnya sudah 8 bulan, cukup lasak dan tak boleh duduk diam. Pantang lepa sikit, dia dah merangkak ke mana2. Maka cikgu di kelasnya sekarang rasa dia dah tak sesuai duduk di kelas baby lagi. Jadi bermula pagi ni, Asyraf join budak2 di kelas setahun dan ke atas.

Sepanjang weekend yang lepas, ummi gigih memperkenalkan Asyraf dengan makanan2 baru yang lebih pejal. Sebab bila dia berpindah kelas, dia akan mula diberi bubur kasar, biskut dan sebagainya. Walaupun giginya baru tumbuh 2 batang, tapi alhamdulillah Asyraf boleh mengunyah dengan hebatnya! Dia dah jadi macam 'mesir pengisar makanan'. Berilah apa saja, semuanya hilang dalam mulut dengan sekelip mata kihkihkih. Perkembangannya terlalu cepat. Minggu lepas, dia masih lagi 'si baby Asyraf' yang kecik comel-makan bubur-minum susu saja kerjanya. Minggu ni dia berubah jadi si Asyraf-yang masih lagi comel-tapi sangat lincah-dan boleh makan apa saje. Interaksi dengan abah, ummi dan kakak pun dah makin bagus. Dah boleh bermain gelak ketawa guling2 dengan abah dan kakak.



Video di atas dirakamkan pada hari Sabtu lepas. Kedua2 buah hati ummi ni gigih menyepahkan mainan. Ummi suka bila tengok Aiza dan Asyraf ketawa dan main sama2. After all, they only have each other!


Friday, February 17, 2012

Dulu Lain Sekarang Lain

0 comments
Semalam masa browse hard disk, tiba2 terjumpa gambar lama ummi dan abah. Tersenyum simpul ummi dibuatnya. Gambar ni diambil masa kami honeymoon di Genting Highland 5 tahun lepas.
Mood pengantin baru kihkihkih
Cuba bandingkan dengan gambar di bawah yang diambil beberapa bulan yang lepas.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gambar pengantin lama dengan 2 orang anak mereka
Sungguh berbeza! Hahahaha

Hai, cepat sungguh masa berlalu. Banyak perubahan dialami, banyak peristiwa diharungi. Antara perbandingan dulu dengan sekarang:



Masa zaman muda remaja sampailah kahwin, handbag ummi kecik comel je. Muat2 je untuk letak handphone, beg duit, kunci dan bedak compact. Zaman tu tak stylo le kalau bawak beg besar2 kan? Kalau boleh, nak bawak beg secomel mungkin, kepit celah ketiak, then jalan laju2. Tapi bila dah ada anak 2, terus tukar prinsip pasal handbag. "The bigger the better". Kalau ada yang size XXL, yang itulah patut dibeli. Bila keluar berjalan, semua benda selagi boleh nak sumbat dalam handbag sampai tak boleh nak zip. Tiada lagi bedak compact atau alat solek. Semuanya dah diganti dengan pampers, botol susu, wet tissue, vicks etc. Malah kalau boleh, semua barang2 sampai ke thermos dan berus cuci botol pun nak disumbat sama!

Dulu masa zaman anak dara, berat badan ummi 47kg je. Slim melim gitu. Bila dah ada sorang anak, berat badan naik lebih 50kg tak mau turun2 dah. Puasa siang malam sepanjang tahun pun belum tentu dapat cairkan balik lemak2 tepu yang dah melekat kat badan. Bila anak dah masuk 2 orang, berat badan naik lagi. Tapi kali ni ummi tak berani nak timbang. Tengok timbang pun dari jauh je kihkihkih. Kalau waktu honeymoon dulu mampu pakai seluar jeans size S. Sekarang ni, jeans dah tak wujud dalam almari. Dah buang jauh2 sebab tahu dah tak muat!

Eh, fesyen tudung ummi 5 tahun lepas sungguhlah outdated! Mana ada lagi orang zaman sekarang pakai tudung macam tu. Tapi walaupun outdated, sekurang2nya dulu pakai tudung bau sentiasa wangi. Sekarang ni, boleh kata hari2 tudung ummi bau muntah susu si Asyraf! Bila nak pergi mengajar mesti nak kena sembur minyak wangi sikit. Kalau tak alamatnya seluruh kelas bau masam! Dan sekarang pakai tudung tak pernahlah nampak comel. Sentiasa senget benget akibat ditarik2 dengan si kecik tu! Hish, tak boleh nak melawa langsung.

Sesungguhnya kehidupan berumahtangga bukanlah semudah yang disangka. Tidur tak pernah cukup, mandi ala kadar sahaja, makan sentiasa laju2 sebab dalam masa yang sama otak memikirkan kerja2 lain yang perlu dibuat. Tapi walaupun badan penat, otak berserabut, bila tengok muka2 di bawah ini:

 It's WORTH IT!


Thursday, February 16, 2012

Feed The Fish

0 comments
Mengikut kata abah, One Utama adalah shopping kompleks paling best dalam dunia! Tempatnya bersih dan luas. Terlalu besar sampaikan ummi tak boleh nak ingat layoutnya dan kompem boleh sesat kalau jalan sorang2. Dan kerana terlalu luas jugaklah, kat dalam One Utama ada taman yang siap ada kolam ikan, pokok2 besar, air terjun mini etc. Kami sekeluarga suka ke bahagian tu. Tengok ikan berenang2 dalam air yang jernih dan cetek. Boleh leka spend masa lama kat situ.
'Taman rimba' dalam One Utama
Sekarang ni bukan setakat tengok ikan berenang, malah boleh bagi makan kat ikan2 tu jugak. Sebabnya pihak pengurusan One Utama dah sediakan mesin beli makanan ikan. Harganya RM1 untuk satu bekas. Kena pastikan ada syiling 50sen sebab mesin ni tak boleh terima duit 10sen atau 20sen.
Mesin beli makanan ikan
Makanan ikan dalam bekas cantik
Ummi suka tengok ikan. Tapi kalau nak membela ikan kat rumah macam tak larat le pulak. Nanti banyak nak kena uruskan; basuh akuarium, letak klorin etc. So cara paling senang kalau nak tengok ikan, pergi jelah kat One Utama. Silalah bagi makan dan buat macam ikan sendiri!

Monday, February 13, 2012

Taman Botani, FRIM

0 comments
Jarak antara rumah ummi dengan Taman Botani, FRIM tersangatlah dekat. Ala2 berjiran gitu. Kalau jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Malah kalau merangkak pun boleh sampai jugak rasanya. Tapi surelah penat so lupakanlah hasrat nak merangkak sebaliknya jalanlah guna kaki seperti biasa!

Sejak berpindah ke rumah sendiri, dah 2,3 kali jugaklah kami terjah ke sini. Tempatnya luas, saujana mata memandang, sesuai kalau nak dijadikan lokasi photoshoot. Ada banyak tasik yang cantik dan pokok2 yang unik. Waktu paling sesuai kalau nak pergi ialah waktu petang sebab cuaca kurang panas. Dah namanya pun Taman Botani, so main attraction tak lain tak bukan ialah pokok2 dari pelbagai spesis. Ramai jugak yang berkunjung ke Taman Botani ni, ada yang jogging, ada yang naik basikal. Tiket sekali masuk untuk orang dewasa RM1. Untuk kanak2 free sahaja.
Gambar ni diambil masa kami ke Taman Botani bulan lepas

Antara yang ada kat Taman Botani, FRIM.

Tasik yang ada banyak ikan dan kura2.
Hari Sabtu lepas kami ke sini lagi. Maklumlah dekat dengan rumah, so bila terasa nak pergi je, terus bersiap dan jalan!

Ada pergola yang cantik. Eh yeke nama benda alah ni pergola?

Asyraf tertidur!
Sekarang abah dah ada basikal. So konon2nya lepas ni dia akan rajin ke Taman Botani, berbasikal menyihatkan badan. Entah iye entah tidak!




Asyraf Turns 8-Months-Old

0 comments
Hai semua!
Hari ni genap umur Asyraf 8 bulan. Dia suka memanjat, berdiri dan kemudian buat gaya lepas tangan berangan konon2 dah pandai berjalan. Mulut dia pun dah bising berbunyi. As expected, perkataan pertama dia (yang make sense) adalah abah. Why? Why? Why?

Dan akhirnya masa yang dinanti2 pun tiba: sebatang gigi belah atas telah muncul. Ummi dah mula bagi dia makanan2 yang agak keras (biskut, fries etc). Bubur yang dia makan setiap hari pun ummi blender lebih kurang saje. So far semuanya ok. Semoga Asyraf akan membesar dengan sihat dan kuat!


Friday, February 3, 2012

Home Alone

0 comments
Abah ada kursus-cum-berkhemah di Ulu Bernam dari hari ini sampai hari Ahad. Jadi ummi tinggal di rumah saje dengan Aiza dan Asyraf. Cikta ajak balik Johor sempena cuti panjang 4 hari tapi ummi  terasa malas pulak nak berjalan jauh tanpa abah.

Ini adalah kali pertama kami tinggal bertiga saje di rumah tanpa abah. So far, semuanya ok. Cuma keadaan rumah jadi 'sangat terurus' - sebab diuruskan oleh 2 orang budak yang tak reti duduk diam. Aiza sesekali tanya tentang abah. Pantang nampak ada kereta lalu mesi dia berlari ke pintu. Kesian!
Keadaan rumah as of pukul 8 malam tadi. Vakuum tu bukan utk tujuan sedut habuk tapi jadi mainan Aiza dan Asyraf. Mainan Asyraf dah terbalik. Aiza baru lepas kena marah sebab bongkar beg kerja ummi dan conteng borang contest Marigold hahaha.
By pukul 9, Aiza dah terbongkang tidur. Pukul 10 Asyraf pulak surrender. Ummi akan menyusul sebentar lagi. Zzzzzzzz....

p/s abah, we miss u!


Wednesday, February 1, 2012

Peraduan Fair & Lovely Forever Glow

3 comments
Ummi menang tempat ke-3 peraduan Fair & Lovely Forever Glow anjuran blog Sensasi Selebriti. Contest ni mudah je, tak perlu beli atau hantar apa2. Hanya perlu email slogan kreatif beserta dengan sekeping gambar. Slogannya begini:

“Kongsikan kepada kami pencapaian anda yang menjadikan anda kekal terserlah dengan keyakinan tinggi dan wajah cantik berseri ketika di usia 30an.”(tidak lebih dari 45 patah perkataan).

Macam susah jugak kan? Macam mana nak cerita pasal pencapaian dalam masa yang sama cerita pasal kecantikan? Bentuk slogan pulak tu. So setelah fikir beberapa minit, ini yang ummi hantar:

Saya pensyarah, isteri seorang doktor, dan ibu pada dua cahaya mata
Siang berkerja, malam mengurus rumahtangga
Namun wajah dan penampilan sentiasa dijaga
Tak perlu bersolek tebal, cukup sekadar ada gaya
Hanya amalkan pemakanan sihat dan bersenam sekali sekala
Itulah tips wajah cantik berseri sepanjang masa


Ceh, macam iye jelah penampilan sentiasa dijaga dan ada gaya. Padahal kalau kat rumah, dah sebijik macam monster! kihkihkih.  
Lepas tu suka hati je cakap 'bersenam sekali sekala'. Padahal sekali pun macam tak ada. Kalau abah baca ni mesti dia senyum2 nak perli ummi. 

Apapaun syukur alhamdulillah. Hadiahnya ialah ini:
Barangan Fair & Lovely. Ada krim, pencuci muka dan cermin comel.
Voucher Guardian RM100. Yang ni paling ummi suka!
Voucher Guardian tu dah selamat pun ummi gunakan petang semalam. Seronok shopping spree dengan abah, Aiza dan Asyraf. Alhamdulillah!


Hi-5

0 comments
Ummi tak perlukan alarm clock untuk bangun pagi. Sebabnya ummi ada alarm clock semulajadi - si Asyraf. Dia memang bangun awal lebih kurang pukul 6. Kalau tak kena gaya, pukul 5.30am kadang2 dah bangun. Kalau ummi tak larat nak bukak mata, dia akan tepuk2 badan ummi, korek2 biji mata ummi dan kemudian merangkak atas badan ummi buat tinjauan sama ada orang lain dah bangun ke belum. Jadi nak tak nak kenalah buka mata luas2.

Bila ummi mandi, solat dan bersiap nak pergi kerja, biasanya ummi akan tinggalkan dia dengan 2,3 barang permainan. Tapi biasanya taktik tu tak menjadi dan dia akan menangis mintak dokong. Tapi sejak minggu lepas ummi dah dapat cara terbaru nak buat dia leka - bukak TV. Banyak TV channel start siaran pukul 7am dengan breakfast show masing2. Tapi surprisingly NTV7 start dengan rancangan Hi-5. Dan ummi sangatlah bersyukur kihkihkih.
Leka tengok Hi-5 :)

Hai semua!
Bagus jugak rancangan Hi-5 ni. Bukan setakat menari semata2 tapi ada banyak unsur2 pengajaran yang lain. So bukan setakat Asyraf, ummi pun kadang2 'ter'layan sama!


 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez