Tajuk posting ni sangat jiwang. Melambangkan perasaan ummi sekarang. Actually bukan jiwang, tapi lebih kepada sedeh dan sayu yang susah digambarkan dengan kata-kata.
Ni semua gara2 baca blog ini yang ummi dapat linknya dari beberapa orang kawan di FB. Penulis blog menceritakan tentang adik iparnya yang kematian isteri akibat kanser. Kisah Talib dan Norma yang baru berkahwin dan ada seorang anak. Kemudian Norma disahkan menghidap kanser semasa dalam pantang lagi. Diceritakan jugak kisah perjuangannya melawan kanser tersebut, kisah suaminya yang setia di sisi tak kira walau apapun yang berlaku dan kisah anak kecilnya yang tak dapat merasa belaian kasih sayang ibunya. Berjurai2 air mata ummi bila baca kisah mereka.
Membaca kisah sebegini buat ummi tersedar. Susah mana pun hidup ini, ada yang diuji dengan ujian yang lebih berat lagi. Manusia mudah lupa dan jarang bersyukur dengan apa yang mereka ada. Kadang-kadang tu, ada masalah kecik pun kita dah merungut. Sedangkan ada orang lain yang berjuang untuk meneruskan hidup.
Dan kisah Norma-Talib ni juga mengajar ummi erti tulus cinta, sayang yang tiada penghujungnya, sabar yang tiada hadnya. Kini Norma dah pun kembali ke rahmatullah. Semoga keluarga, suami dan anak kecilnya sentiasa tabah.
Ummi homesick. Rindu pada abah, Asyraf dan Aiza. Last jumpa diorang pukul 9 pagi tadi sob sob sob.
0 comments on "Erti Tulus Cinta"
Post a Comment