Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, June 19, 2012

Home Sweet Home



Hari ni genap setahun kami pindah rumah sendiri. Syukur alhamdulillah.

Teringat lagi peristiwa tahun lepas. Ummi pindah rumah tak sampai seminggu lepas lahirkan Asyraf. Iye, masih dalam pantang dah sibuk pindah randah. Siap heret abah pergi Ikea dan Kedai Perabot Ah Loon beli barang-barang rumah. Tak senonoh kan? Hahaha..

Dan sempena setahun kami duduk di sini, cita-cita nak renovate rumah tercapai jugak. Bukan major renovation. Ummi dan abah cuma tukar kemasan lantai dari terrazo kepada tile. Alhamdulillah dapat beli tile yang murah sebab abah pergi sendiri kilang White Horse di Selayang. Tapi hasilnya memang superb! Macam duduk rumah baru kihkihkih. Bersinar-sinar kena cahaya lampu. Nak mengemop pun laju je. Punyalah jakun appreciate tile yang baru pasang ni sampaikan pasang karpet pun tak mahu. Rela tengok TV duduk guling-guling atas lantai. Tapi bagus jugak bila tak pasang karpet, kurang sikit batuk!
Tile yang belum dipasang. Beli murah kat kilang White Horse
hasil sebelum dan selepas
So sekarang abah dengan ummi tengah dalam mood nak renovate rumah. Plan seterusnya nak mengecat pulak. Cat pun dah beli cuma tak mulakan operasi je lagi. Hari tu ada jugak abah mengecat sikit2. Feature wall kat hall dah bertukar warna dari coklat gelap kepada warna mocha. Sweeeet! Itupun gigih abah mengecat pukul 12 malam menunggu Aiza dengan Asyraf tidur. Apapun, niat nak habiskan mengecat terutama bahagian luar rumah mesti siap sebelum raya. Mesti!

Dan sempena 1st anniversary pindah rumah (itu pun nak ada anniversary ke?), kami telah hadiahkan sesuatu pada rumah. Jeng...jeng...jeng...ni dia:

 
 
TV Samsung yang lama kami dah let go. Abah iklankan kat Mudah then ada orang dari Shah Alam berminat nak beli. So ni buah hati yang baru. Plasma TV Panasonic 42".

So sekarang alhamdulillah rasa sangat happy. Aiza pun kalau kita tanya lepas balik sekolah "kakak hari ni nak pergi jalan2 dulu ke nak balik rumah?". Laju je dia jawab nak balik. Memang betul2 home sweet home!


4 comments on "Home Sweet Home"

dhr on June 19, 2012 at 2:40 PM said...

1st time dgr psl dreambox ni, Shidah. kalau hujan bole tgk tv x? Astro makin teruk skg ni, hujan belum turun gambar da hilang dulu.

ummi aiza on June 19, 2012 at 3:09 PM said...

Malaysia tgh kemarau Dian oooiii :) siap jerebu lagi. sejak pasang belum pernah hujan. so belum boleh bagi komen. tapi katanya reception ok walaupun hujan & ribut petir kihkihkih

intanloveamir on June 19, 2012 at 4:10 PM said...

sy pn 1st time dgr dreambox nie...mcm berminat..beli kt mn???huhuhu

ummi aiza on June 19, 2012 at 5:00 PM said...

intan, biasanya dreambox ni yg jual orang perseorangan. Dia bukan company besar macam Astro. Google je sure keluar banyak nama. Harga ikut pakej dan jenis dreambox yg kita beli.

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez