Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, September 19, 2013

Barang Baby Part I: Carter's Romper


Ummi currently 33-weeks pregnant. Yes, untuk sesapa yang tertinggal keretapi tu, ummi nak buat pengumuman sekali lagi. Ummi sedang pregnant! Diulangi, sedang pregnant. Kat UIA pun ramai yang tak sedar ummi pregnant. Sebabnya, perut ummi kecik. Bila dah masuk 3rd trimester ni, baru orang mula perasan. Biasanya orang akan tanya macam ni "Eh syidah pregnant ke? Tak perasan pun selama ni. Dah berapa bulan?" then ummi akan jawab "Iye saya pregnant. Dah nak bersalin pon" hehehe.

Alhamdulillah third pregnancy ni smooth macam dulu2 jugak. Tak ada alahan yang teruk. Cuma faktor umur buat ummi rasa cepat mengah. So lupakanlah hasrat nak beranak pinak ramai anak. Pregnant pada umur 32 banyak jugak cabarannya. Dah tak cergas macam dulu2. Masa mengandungkan Aiza 5 tahun lepas, siap boleh turun naik bas ngajar kat UIA Nilai sampai a few days before bersalin. Sekarang ni, nak naik lab kat tingkat 3 pon tak larat! 

Dan sebab tak larat le ummi dah start beli barang baby sikit demi sikit. Taknak le tunggu last2 minute baru nak shopping. Dulu masa pregnantkan Aiza, sakan beli itu ini. Maklumlah anak first. Bila time Asyraf, guna je barang kakak dia. Sampaikan seluar tido kaler merah/pink pun ummi belasah je pakaikan kat Asyraf hahaha kesian kan? Ni bila dah anak ke-3, adalah a few things nak kena beli baru. Antaranya ini:


Carter's Romper
Ummi beli online dari BabyShop for Mommies. Beli secara berjemaah dengan Si Sarah kawan ofis yang sama2 pregnant. Harganya RM30 for 5 pieces including postage. So sehelai RM6 je. Kalau kat luar harganya hampir dua kali ganda atau mungkin more than that. Ummi beli 2 set. Satu set 3months. Satu set lagi 6months.

Cuba tengok patternnya. Comel kan? Sebelum ni ummi dah beli beberapa helai baju masa raya sale yg lepas. So untuk baju, rasanya dah setel. Cuma nak cari baju lengan panjang pulak. Ummi gugel sana sini, harga sleepsuits boleh tahan mahal jugak. Any suggestions?



1 comments on "Barang Baby Part I: Carter's Romper"

azlie on September 19, 2013 at 2:08 PM said...

lens comot kot, cuba lap sket.

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez