Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, September 5, 2013

Buah Hati Terbaru


Kurang sehari je lagi nak genap sebulan ummi tak update blog! Punyalah lama kan? Mesti ada yang tertunggu2 posting dari ummi (statement bajet macam artis hahaha). Hari2 duk refresh page ni kot2 ada entry baru -> paragraph ni ditujukan pada abah kihkihkih.

Well, entry ni pun ditulis berkaitan dengan abah. Sebab sejak kelmarin, dia dah ada buah hati baru. Cuba tengok ni:
Ha, ni lah buah hati baru dia. Tablet Samsung Nexus 10. Pertambahan gajet terbaru ni adalah selaras dengan pertambahan anak tak lama lagi. Hahaha ada kaitan ke? Selama ni kitorang cuma ada satu tablet je. Lepas tu duk berangan kot2 boleh menang contest dapat tablet lain. Tunggu punya tunggu, tak menang2 jugak hahaha. Then minggu lepas Cikyah mintak tolong belikan tablet untuk dia. Survey punya survey, jumpalah tablet ni. Lepas tu abah pun macam terminat jugak. So last2, instead of beli untuk Cikyah je, beli jugak untuk diri sendiri. Kot kalau ada sepuluh orang mintak tolong belikan tablet, sepuluh kali jugaklah abah beli tablet baru untuk dia. Parah!

Tapi rasanya pembelian tablet ni memang berbaloi. Ummi tengok kat internet, sebelum ni retail price RM1,183. Tapi sekarang harganya turun jadi RM849 je. Diulangi, RM849 je. Tapi itupun banyak kedai dah habis stok. So minggu lepas jauh jugak kitorang sampai ke Cheras cari kedai yang ada ready stok.

So far, prestasinya memberangsangkan. Laju sebab dual core. Tipis, ringan dan cantik jugak. Common features macam bluetooth, wifi, camera semua ada. Dan yang paling ummi suka, tablet ni HD. So gambarnya nampak sharp dan cantik!

Itu jelah review dari ummi buat masa ni. Almaklumlah, sejak beli baru 2,3 kali dapat pegang. Selain dari tu, abah dan Aiza je yang konker. Huh nyampah!


3 comments on "Buah Hati Terbaru "

dhr on September 5, 2013 at 9:29 PM said...

Ingatkan blog x update sb ko da bersalin.

dhr on September 5, 2013 at 9:29 PM said...

Ingatkan blog x update sb ko da bersalin.

ummi aiza on September 12, 2013 at 4:13 PM said...

Belumlah Dian. Due awal bulan 11

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez