EDD ummi sepatutnya 8/11/2013 which is last week. Tapi kalau ikut birth history Aiza dan Asyraf, ummi akan bersalin awal dari yang sepatutnya. Aiza lahir on 38th weeks. Asyraf lahir on 37th weeks. So untuk pregnancy kali ke-3 ni, masuk je 36th weeks, ummi dah start berjaga-jaga.
19th Oct yang lepas kitorang tido kat Puchong rumah CikTa celebrate birthday Aiza. Pukul 4 pagi ummi terbangun sebab rasa macam ada contraction. Tapi sebab tak sure, so ummi tahan je. Esok paginya contraction dah makin kerap tapi still bearable lagi. Around pukul 9am baru ummi inform semua orang yang rasanya ummi nak bersalin. Time tu, ummi on 37th weeks pregnancy.
Pukul 10pagi ummi bertolak dari Puchong. Aiza dan Asyraf ummi tinggal je kat rumah CikTa. Tapi sebab time tu contraction still tak kerap, kitorang balik rumah dulu. Packing2 barang nak bawak pi hospital etc. Dalam pukul 12, darah dah start keluar then baru ummi bertolak ke Pusrawi Kota Damansara.
Sampai kat sana, terus ke wad bersalin buat CTG dan check bukaan. Ternyata, contraction tak berapa kerap dan bukaan pun baru 2cm dilated. Wad sebilik sorang yang ummi nak pulak dah occupied. Wad lain pun ada orang jugak. And to make matters worse, my gynae Dr.Zul was not around. Sigh.
Dan seperti yang dijangka, nurse suggest ummi balik dulu. Kalau contraction dah kerap baru datang balik. So dengan hati yang berat (dan dengan perut yang sakit) ummi pun balik.Dalam hati dah plan nak datang lagi lepas asar.
Sampai kat rumah,contracion makin kerap. Sakitnya tak usah nak cakap, Allah je yang tahu. One hour lepas tergolek2 atas tilam menahan sakit, Dr.Abah check bukaan. Dia kata lama lagi, baru 2-3cm dilated. Biar betul? Dah berjam2 menahan sakit baru bukak 2cm ke?
Pukul 3pm, ummi gagahkan diri bangun. Ummi mandi, ambik air semayang kemudian solat zuhur. Dalam pada solat 4 rakaat tu sempat contraction 2 kali. MasyaAllah macam nak tercabut pinggang masa rukuk dan sujud. Ummi doa dalam sujud terakhir, mudah2han Allah permudahkan proses bersalin ummi.
Dan Allah Penyayang, Dia dengar doa ummi. Lepas je solat, telekung pun tak bukak lagi, kat atas sejadah tu jugak ummi tergolek-menahan-sakit-tak-hengat-dunia. Lebeh kurang 20minit lepas tu, ummi dah rasa nak meneran. Kalau ikut pengalaman dulu2, bila dah mula rasa nak meneran, tandanya baby dah nak keluar. Ummi panggil abah. Then decide nak ke Pusrawi time tu jugak. Masalahnya ummi dah rasa terlalu sakit tak boleh nak bangun. Abah kata nak kena mintak tolong jiran sebelah angkat ummi masuk kereta. Unfortunately jiran sebelah takde kat rumah pulak. Dalam pada kalut2 tu, air ketuban pecah! Horror!
Hanya orang yang dah pernah bersalin je tahu stage kesakitan waktu tu macam mana. Contraction bertalu2 macam dah takde interval lagi lepas tu. Then abah call ambulans mintak tolong datang ambik ummi sebab ummi dah tak boleh bangun. Sekalinya ambulans kata tak boleh datang on-the-spot! Hei, kalau tak boleh dtg on-the-spot bukan ambulans namanya.
So apa kesudahannya? Berbekalkan saki baki tenaga yang ada (ceh!), ummi bangun then jalan kaki masuk kereta. Masa berjalan nak ke kereta tu terasa sangatlah lama padahal kereta kat depan rumah je. Bayangkanlah kalau ummi duduk rumah bertingkat2...haru.
Dalam kereta, terus abah bertukar jadi pelumba F1. Punyalah laju dia drive. Plan asal nak ke Pusrawi terus tak jadi. Terus pergi hospital paling dekat dengan rumah i.e Hospital Selayang. Dari dalam kereta tu lagi dah terasa kepala baby nak keluar. Abah suruh tahan! Masuk je parking kat depan wad bersalin....pop! keluar kepala baby.
Dalam pada kalut2 tu, ummi nampak orang lalu lalang tengok ummi dengan muka curious. Well, ada haku kesah??? Hahahaha
Then ada sorang pakgad dgn nurse datang tolak wheelchair. Masa duduk atas wheelchair tu, ummi inform nurse yang kepala baby dah keluar. Dia jerit2 kat ummi suruh "tahan puan! tahan!!!!!!" Kepit kaki tu! Jangan bukak!" well, honestly time tu rasanya dia yang lebih hysterical berbanding ummi. Tapinya kepala baby dah ada kat celah kelengkang, macam mana ummi nak kepit? Ye tak? Punyalah laju dia tolak wheelchair ummi tu macam nak terbabas pun ada hahaha. Siap dia jerit kat sorang visitor tolong holdkan lift untuk kitorang. Seriously, dia sangat hysterical!
Then sampai je tingkat atas...bukak je pintu lift...kat depan kaunter wad bersalin tu jugak...tak payah susah2 nak push...baby ummi lahir! Alhamdulillah. Dengan semua orang kat kaunter panik, nasib baik ada doktor tolong pegang baby yang dah terjulur keluar tu, ummi pun disorong masuk bilik bersalin. Then ada doktor potong tali pusat and tolong keluarkan uri. And surprisingly, luka/koyak kat bahagian "bawah" itu sangat kecil. Bravo ummi! Mungkin hikmah bersalin sambil duduk so senang je baby keluar and tak koyak besar.
So itulah kisahnya ummi bersalin atas wheelchair. Akan dikenang sampai bila2. Bila dia besar nanti kalau orang tanya lahir kat hospital mana, dia akan jawab "Saya lahir dalam kereta" or "Saya actually lahir atas wheelchair" hihihi.
Btw baby yang lahir dah pun diberi nama Anas Irsyadi. Anas maksudnya kemesraan, kebahagiaan. Irsyadi pulak ambik sempena nama ummi yang maksudnya petunjuk, panduan dan kecerdikan. Beratnya masa lahir 3.15kg (paling berat antara semua adik beradik dia). Semoga dia membesar menjadi anak yang soleh, yang membahagian hati ummi dan abah. Amin.
|
Anas Irsyadi. Lahir sehari lepas bday kakaknya si Aiza Izzati. Lepas ni boleh sambut bday sama2. Jimat duit abah! |
*End of Part I. To be continued in Part II.