Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Wednesday, November 20, 2013

Kickstart


Ummi ada banyak hobi. Selain dari TIDUR (that's obvious right?), ummi suka cooking dan gardening jugak. Bila kerja, selalu tak ada masa untuk dua hobi ni (tapi hobi tidur sentiasa ada masa). So ni bila maternity leave 3 bulan, ummi cuba 'cipta masa' untuk kedua-duanya.

As a kickstart, semalam ummi dah start 'turun tanah' cabut rumput. MasyaAllah halaman depan rumah tak boleh cakap semaknya. Hutan negara pun kalah. Kalau bela harimau pun orang tak nampak sebab rumput panjang sangat. So semalam kerja merumput dah setel. Semak samun boleh diatasi dengan cara panggil Hassan. Dah dua tiga kali Hassan lalu depan rumah tapi tak sempat nak panggil. Btw Hassan ialah org yang selalu potong rumput rumah kitorang. Upah untuk potong rumput size laman sekangkang kera  depan rumah tu RM20. Mahal kan? Tapi kalau nak potong sendiri tak larat plak. So jangan banyak komplen!

Ummi sempat jugak isi pasu dengan tanah sebagai persediaan nak bercucuk tanam. Biji benih yang nak beli dah disenaraikan. Tinggal tunggu abah orderkan dari www.tanamsendiri.com. Tak sabar nak tunggu semua biji benih tu sampai. Dalam otak dah berangan nak eksperimen tanam tomato guna teknik Topsy Turvy. Kita tengok nanti apa hasilnya.

Hobi cooking pun dah mula datang mood hari ni. Lepas abah dengan budak2 pergi sekolah, terus ummi kelentang kelentung kat dapur. By 9.30am, ini yang keluar dari oven:









Chicken lasagna. 

Inilah sumber kolesterol yang sebenar ye tuan-tuan dan puan-puan. Lepas ni kita tunggu makanan apa pulak yang keluar dari oven ni.

Ok. Semua dah setel. Masa untuk hobi yang utama.....zzzzzzzzzz.........


2 comments on "Kickstart"

Chot on November 20, 2013 at 3:40 PM said...

sumber kolestrol yg tulen kan kak.. hahah.
btw thnks for the link. nak pi spy jap

ummi aiza on November 20, 2013 at 8:54 PM said...

Yes chot.sumber kolesterol yg kekal sepanjang hayat dikandung badan.

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez