Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Monday, November 18, 2013

Birth Story Part II: Private vs Government


Lain orang lain pendapatnya. Posting ini adalah berdasarkan pengalaman ummi.

Aiza dan Asyraf dua-dua lahir kat Pusrawi Kota Damansara. So far ummi suka dan serasi bersalin kat situ. Dua-dua kali bersalin pun ummi guna khidmat doktor yang sama - Dr. Zulhairi. Pakej bersalin affordable, staff nurse semua ok. So untuk bersalin kali ke-3 ni, of course plan nak bersalin kat situ jugak.Tapi kita hanya merancang Allah yang tentukan. Bersalin kali ke-3 ni ditakdirkan atas wheelchair kat lobi wad bersalin Hospital Selayang. So dapatlah ummi merasa bersalin kat both private dan government.

So apa bezanya bersalin kat kat hospital kerajaan banding dengan hospital swasta?

Well, I guess it's all about our expectation. Sekiranya sesuatu perkara tu tak menjadi macam apa yang kita harapkan, of course kita rasa A BIT frustated. Ye tak?

Memang diakui, ummi tak plan dan tak bersedia nak bersalin kat hospital kerajaan. So bila bersalin hari tu, ummi serba serbi 'kekurangan'. Kalau bersalin kat swasta, semuanya disediakan. Bila accidentaly bersalin kat hospital kerajaan, kelam kabut sebab semua benda ummi tak ada. Sedeh!

Lepas bersalin hari tu, ummi rasa saaaangat penat. Lapar dan haus. Maklumlah tak lunch sebab menahan sakit contraction. Jadi ummi mintak segelas milo dari doctor on duty. Houseman rasanya. Dengan baik hatinya dia keluarkan duit dia dan mintak tolong kawan dia belikan ummi air. Terkejut jugak ummi. Rupanya kat hospital kerajaan tak boleh sesuka hati mintak makan dan minum kalau bukan waktu makan. Lupa ummi nak bayar balik harga milo tu. So doktor, kalau awak baca posting ni (macamlah reader ramai sangat hahaha), terima kasih ummi ucapkan. Datanglah kat rumah saya, nanti saya buatkan awak milo satu jug!

Tapi nasib patient yang duduk depan katil ummi tak begitu bernasib baik. Dia bersalin thru cesarean. Lepas operate, doktor suruh dia try buang air. So dia mintak segelas air dari nurse sebab dia kata tak makan tak minum sejak malam sebelum tu sebab menahan sakit. Nurse tu cakap "lagi 5 minit saya hantar". Dia mintak air waktu subuh, tapi sampai nak ke tengahari air tak sampai2. So kesiaaaannn. Agaknya nurse tu guna waktu macam kat akhirat. Sehari di akhirat bersamaan 50ribu tahun di dunia. So 5 minit bersamaan esok-pun-belum-tentu hahaha.

Lepas tu kan korang, beberapa jam lepas bersalin, Si Anas berak. Ada nurse datang check, dan kemudian cakap "baby awak berak. Tolong cebokkkan". Then dia jalan terus. Btw kalau kat private, semua ni nurse yang buatkan. Sekalinya bila ummi check dalam beg, pampers ada 3 helai je. Wet tissue pun takde. Damn, bertahan ke nak sampai esok ni? Terus cepat2 sms abah suruh datang esok pagi bawak pampers etc.

Actually bukan setakat pampers, segala kelengkapan kita kena bawak sendiri bila bersalin kat hospital kerajaan. Towel, thermos, toiletries and even pads pun kena bawak sendiri. Malam tu ummi terbangun pukul 3 pagi. Pads dah bocor. Bila mintak pads kat nurse tak pasal2 kena marah. Dia cakap "kalau org lain nampak awak mintak pads, berduyun orang lain nak mintak jugak". Erkkk...

Tapi kenangan yang paling sedeh, malam tu terasa sangat lapar/haus sbb dah start breastfeeding. Tanya kat orang katil sebelah, dia kata kat wad tu ada pantry. Bila ummi jenguk, ada air masak dalam dispenser. Tapi takde cawan. Macam mana mau minum? Tadah mulut bawah dispenser kah? Bila orang katil sebelah bancuh milo cicah biskut, mak aiii sedapnya bau. Nak mintak sikit MALU. Nak sms abah suruh datang bawak makanan macam tak sampai hati sebab ummi tahu dia pun tgh struggling jaga 2 orang anak kat rumah. Sudahnya, sepanjang malam kebuluran. Rasa hidup saaaangat melarat hahahaha.

Esok paginya bila dapat breakfast roti sekeping dengan air secawan, ummi lah orang pertama yang makan. Terasa roti kosong tu sangat sedap. Waktu tu jangankan roti, kalau dapat KULIT ROTI pun ummi ngap jugak! Kesannya sampai sekarang ummi addicted nak makan roti kihkihkih.

Other than that, semua tip top. Facilities ok, doktor pun semua superb. Bayaran pun murah je. Kalau bersalin kat Pusrawi, mahu dekat 2 ribu jugak terbang melayang. Tapi bersalin kat Hosp Selayang hari tu, total damage cuma RM260 je rasanya. So kesimpulannya, setiap kemudahan yang kita mahukan datang dengan harga yang setimpal. Kalau sesiapa yang bercadang atau terpaksa bersalin kat hospital kerajaan tu, ummi cadangkan buatlah persiapan yang sewajarnya. Yang penting, jangan lupa bawak bekal ROTI. Sekian.


3 comments on "Birth Story Part II: Private vs Government"

dhr on November 18, 2013 at 9:20 PM said...

alah sedih pulak baca pengalaman ko kat hospital. mesti sedih menahan lapar semalaman kan?

ummi aiza on November 20, 2013 at 4:57 AM said...

Time tu aku rasa akulah orang plg melarat kat Malaysia Hi hahaha

Mama Aisyah on August 5, 2015 at 7:54 AM said...

As Salam. Kesian pulak baca komen awak kat atas.

Saya ada 4 anak & semuanya bersalin di hospital gomen. 3 di Putrajaya & 1 di Sg.Buloh. Alhamdulillah...semua doc & nurses very helpfull. Memang rancang bersalin di hospital gomen pun...heeeeeee

Actually, bila kita da tau EDD kita, bila da dekat2 tu, kena la prepare segala benda baby & mak baby & makanan kering dalam boot kereta. Kalau ada 3 kereta, prepare ler beg barang2 tu dalam semua keta...ahahahahha....kita tak tau time sebenar nak beranak. Tak kira la plan nak bersalin kat gomen @ private. Memang private sediakan semua benda. Of kos...sebab kita bayar mahal2 takkan dia takleh bagi milo secawan kot? Gomen tu murah je. Rasanya dalam RM300 je kalau bersalin normal.

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez