Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Thursday, November 28, 2013

Belated Birthday


Aiza sambut hari jadinya yang ke-5 tahun 19 Oct lepas, sehari sebelum ummi bersalinkan Anas. Time tu abah sibuk...busy memanjang. Paginya dia mengajar, malamnya pulak dia join Putrajaya Night Marathon. Disebabkan ummi seorang ibu mithali, yang lebeh mementingkan anak2 berbanding kerja dan hobi, jadi ummi telah mengambil tindakan menyambut birthday Aiza di rumah CikTa. Ummi belikan dia sebiji kek aiskrim yang saaangat sedap. Sayang abah tak rasa. Well, dia busy!<insert 'perli' tone here>
Icecream cake perisa stroberi. Harga asal RM72. Kalau ada member card harganya cuma RM64. Sedap di tekak ummi. Pasti akan beli lagi lepas ni!
Aiza dengan sepupu sepapat
Seminggu lepas tu sepatutnya Aiza ada bday celebration kat sekolah pulak. Time sayangnya waktu tu dia ikut ummi balik kampung berpantang kat rumah Nyai. Tapi 'hadiah' untuk kawan2 semua dah siap beli. Ini dia hadiahnya:
Selalunya ummi bagi goodie bag isi jajan2. Tapi kali ni bagi crayon kat kawan2 Aiza. Lebih 'berilmiah' kononnya.

So dengan muka seposen abah mintak permission dari teacher untuk join bday celebration bulan Nov pulak. Dan celebrationnya ialah pada hari ini. 

Gigih dia bangun pagi. Berkobar2 mandi dan pakai wangi2. Maklumlah, nak tiup lilin. Btw malam tadi kami sempat ke King's Confectionary beli sebiji kek coklat untuk dibawak ke sekolah.
Besar dah anak sulung ummi ni. Kejap je 5 tahun berlalu. Dah boleh diharap kalau nak suruh buat kerja2 rumah. Lipat baju, sidai baju, tolong ambikkan pampers adik etc semua suruh dia. Bila mood dia baik, terlebih rajin. Tapi kalau angin puting beliung dia datang, semua benda taknak.

Didoakan semoga kakak terus membesar dengan sihat, rajin belajar, jadi anak solehah yang sentiasa mendoakan ummi dan abah. Amin.



0 comments on "Belated Birthday"

 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez