Disclaimer:The content of this website are prepared for the purpose of information only. Powered by Blogger.

Tuesday, December 31, 2013

Delima Si Buah Syurga

0 comments
Ummi dan anak2 memang peminat setia buah delima. Abah sorang je kat rumah ni yang tak suka.

Alhamdulillah kat pasar malam yang dekat dengan rumah kitorang, banyak jual buah ni. Boleh kata all year round ada. Kalau tengah musim harganya murah. Lebih kurang sebiji RM2. Kalau tengah tak musim, boleh capai RM5-RM7 sebiji. Ummi pernah nampak Cold Storage jual buah delima harga cecah belas2 ringgit. Import agaknya! Walaupun agak mahal, tetap jugak ummi beli. Selain rasanya sedap, khasiatnya banyak!

Dah lama mengidam nak tanam sendiri pokok buah delima kat depan rumah. Dan weekend lepas impian jadi kenyataan. Asalnya ajak abah ke neseri nak beli baja. Bila tiba kat sana, ringan mulut tanya kat pekerja situ sama ada jual pokok delima ke tak. Sekalinya dia kata ada. Terus rasa nak meloncat kat situ jugak hihihi. Kat taman perumahan ummi ni, ramai jugak yang tanam pokok delima. Mostly Chinese. Katanya kalau tanam pokok delima depan rumah, banyak ong. Iyelah kot sebab seluruh pokok dari buah, daun sampai ke akar ada nilai perubatan. Tentulah ong!

Delima ada dua jenis. Satu yang isi putih satu lagi yang isi merah. Yang isi merah lebih manis dan biasanya harga lebih mahal. Kalau ikut pembacaan ummi, pokok ni ambik masa 2 tahun baru berbuah. Tapi orang nursery tu kata, kalau cukup baja lebih kurang 4 bulan dah boleh berbunga/berbuah. Biar betul?? Sebabnya dia kata pokok delima yang dia jual ni bukan ditanam dari benih, tapi yang ditut dari pokok besar. Jadi cepat je berbuah. Ummi beli sepokok RM18. Btw yang ini isi merah.

Pokok ni dah pun selamat dipindahkan dari polibeg ke tanah. 

p/s Sebelum tu, tahu tak korang yang buah delima ni antara buah yang disebut dalam Quran? Delima dalam bahasa Arab disebut Ar-Rumman dikatakan antara buah-buahan syurga selain dari kurma.


Monday, December 23, 2013

Injection

0 comments
Anak-anak ummi dari Aiza sampai ke Anas boleh kata semuanya injek sendiri kat rumah. Sapa yang injek? Sapa lagi kalau bukan Dr.Abah.Ummi prefer kalau injek kat klinik sebab ada nurse yang tolong pegang. Kalau injek kat rumah, alamatnya ummi yang kena pegang. Ngeri tengok jarum! Tak sampai hati pun iye sebenarnya. Tiap kali abah injek, mesti ummi pejam mata. Then duk ulang2 tanya "dah sudah belum? dah sudah belum?" hihihi
I'm not in love with papa tonight!
Harapnya tak demam lepas kena injek malam tadi. Sekarang tgh berusaha nak cari digital weighing scale. Curious nak tahu berat Si Debab ni.

Saturday, December 21, 2013

First Haircut

0 comments
Anas dah gunting rambut!

Ini imej sebelum. Rambut serabai sebab memang tak pernah sikat hahaha. Eleh setakat duduk rumah dengan ummi bukan boleh ngorat sesapa pun. Ye tak?


Ini masa baru nak start mesin rambut. Abah yang pegang.
Ish...nervous...nervous

Almost done

Ini hasilnya. Like father like son. Dua2 pun sama serabai hahaha.
Dalam masa yang sama, Asyraf pun gunting rambut jugak. Punyalah melalak tak hingat dunia satu kedai perhatikan dia.

Bila dah mandi baru nampak hensem. Ha dah ensem macam ni baru nampak macam anak ummi.
Bila dah gunting rambut, makinlah nampak bulat!


Friday, December 20, 2013

Anas Turns 2-Months Old

1 comments
Alhamdulillah Anas dah dua bulan. Kurang lagi sebulan je sebelum ummi naik kerja. Boss call suruh naik kerja awal sikit so that boleh start mengajar di awal semester. Kalau tak, ummi kena take over kelas dari lecturer lain (which I don't like actually). Yelah, setiap lecturer ada cara mengajar masing2. Kalau kita kena sambung mengajar lecturer lain memang tak best dan student pun ala2 terkejut gitu.

Berbalik pada Anas, Alhamdulillah nursery UIA dah call dan dah bagi borang untuk confirmkan enrollment. So start dari bulan January dah boleh hantar. Ummi naik kerja pertengahan bulan January. So far monthly fee tetap sama RM240. Jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan nursery kat luar sana. Gitu gini bila dikira2 kos hantar Aiza, Asyraf dengan Anas tiap2 bulan campur dengan yuran ngaji etc total RM760 potong gaji. Hambik kau! Gaji bersih bila dah tolak segala macam hutang piutang lebih kurang sama macam gaji operator pengeluaran hahaha. Kot2 lebih rendah agaknya. Well, nak buat macam mana. Tapi syukur ummi masih rasa cukup serba serbi. Masih boleh bagi duit kat nyai, makan KFC dan beli durian musang king. So tu tandanya belum hidup melarat kihkihkih.

Anas cepat betul perkembangannya. Terutama perkembangan SAIZ BADAN. Macam dipam2 naiknya. Ummi nampak dia tiap hari tak terasa sangat. Tapi baru2 ni nyai, yai dan Wak Ani jumpa dia, masing2 kata Anas dah debab, gendut etc. Tak tau berapa berat dia sebab kat rumah ni takde mesin timbang digital. Mana tak debab, asyik menyusu, tido, menyusu, tido tulah aktiviti dia hari2. Then dia pun dah mula bunyi2 cakap sorang2. Kalau diagah pun dah mula sengeh2. Untuk tatapan korang, ni ha Anas on his 2-months bday.




Tuesday, December 17, 2013

Krisis Air

0 comments
Bermula hari ni sampai Sabtu akan datang, lebih sejuta orang KL/Selangor kena catuan air dari pukul 8am sampai 9pm. Sebab katanya Syabas nak buat kerja2 penyelenggaraan. Kalau ikut senarai kawasan yang terlibat, Taman Ehsan tak termasuk. Tapi kawasan jiran i.e Sri Damansara, Kepong Industrial Park, Manjalara etc semua kena. So sebagai langkah berjaga2, kitorang pun simpan le air. Masalahnya kat rumah ni bukan ada bekas besar pun. Last2, simpan dalam storage box yang selama ni jadi tempat simpan mainan budak2. Nasib le nak buat macam mana. 

Tapi hari ni as of pukul 12 tghari air masih ada macam biasa. Mudah2han le terus ada sampai bila2.


Friday, December 13, 2013

Ketumbit

1 comments
Kesian Si Asyraf dah dua hari tak pegi sekolah sebab kena ketumbit kat mata belah kiri. Awal minggu hari tu kecik je. Tapi sejak semalam bengkak dia punyalah besar so tak pergi sekolah. Tapi surprisingly dia takde pulak menangis or ngadu sakit. Cuma sesekali ummi nampak dia gosok2 mata dia, gatal kot.
Budak ketumbit tengah tidur 

Kalau ikut Dr.Abah dan Wak Ani, sakit ketumbit takde ubat. Cuma kena makan antibiotik dan tuam saje. Tapi masalahnya nak tuam mata budak kenit tu bukannya senang. Nak makan ubat lagilah, menangis macam kena dera. So for the time being, ummi lap2 mata dia guna air suam bila mandi. Selebihnya, biar dia baik sendiri. Ada sesapa tahu petua nak baikkan ketumbit?


Tuesday, December 10, 2013

Big Bad Wolf 2013

0 comments
Korang pernah pergi tak Big Bad Wolf? Ala pameran jual buku murah2 tu. Tahun lepas abah pergi borong buku tak ajak ummi. Tahun ni kebetulan ummi tengah cuti, so memang tak lepas peluang le.

Kitorang pergi Jumaat lepas, 1st day of BBW 2013. Abah siap ambik cuti lagi. Pagi2 lagi ummi dah siap. Fefeeling ala2 macam nak pergi kerja hahaha. Lepas hantar Aiza dan Asyraf pergi sekolah (iye, kitorang tak angkut budak berdua tu sekali. Kalau bawak diorang, mau ummi yang bertukar jadi wolf), terus berdesup pergi breakfast kat KFC. 

Hai, seronoknya dapat makan kat luar tengok dunia hahaha. Berminggu-minggu terperap kat rumah, bila dapat berjalan lain sungguh feel dia.

Lepas breakfast, terus ke BBW kat MIECC The Mines. Sampai sana lebih kurang pukul pukul 10 pagi, tapi orang dah ramai. Yang dah nak balik bawak buku berplastik2 pun ramai jugak. Heran ummi dibuatnya. Entah pukul berapa le diorang sampai.

Bila masuk dalam dewan, mak oiii...selautan buku. Harganya memang murah. First sekali kitorang terjah bahagian kanak-kanak. Macam nak juling biji mata pilih buku. Tak tau mana satu nak ambik. Rasa nak borong semua sebab harga memang tak munasabah.

Contohnya buku kat bawah ni. Satu set (ada 8 buku) harganya cuma RM6. So satu buku lebih kurang 80 sen je. Kualiti superb. Hard cover dan glossy paper.



Buku ni pulak satu RM3. Bila tengok buku ni teringat masa zaman sekolah rendah. Buku2 macam ni le yang ummi baca. Kitorang beli sepuluh.


Then ada jugak beli buku pop-up, buku masakan, buku nak bagi hadiah kat anak2 buah ummi etc.

Ummi lalu jugak kat bahagian buku cerita/novel. Terus terpandang ini:
Mak aii cover dia. Kategori PG 18Ssx hahaha. RM8 je.
Kalau ikut cover depan macam wajib beli hahaha. Tapi pikir2 balik, sekarang dah kurang masa nak membaca. Surat khabar pon tak sempat baca. Selalunya kat ofis bukak surat khabar setiap hari jumaat je tengok katalog Tesco hahaha. So, bye bye buku romance. 
Ni buku-buku abah. Buku masakan atas sekali tu dia belikan ummi. Dalam maksudnya bila suami belikan buku masakan kih kih kih

Ni hasil belian kitorang. Habis beratus2 jugaklah. Kesian stroller Anas jadi mangsa.

Kalau ada sesapa berminat, BBW ni still going on sampai 15 December. Till then, bye.

P/S abah pergi lagi BBW ni Isnin lepas. Unfortunately banyak buku2 dah abis. Ramai jugak rakyat Malaysia ni yang suka membaca rupanya.


Tuesday, December 3, 2013

Musang King Menyerang Lagi

2 comments
Minggu lepas ajak abah jalan-jalan kat Jusco Kepong. Otw balik singgah kedai durian yang selalu kitorang pergi. Saje cuba nasib kot2 ada durian musang king. Sekalinya memang betul ada. Murah pulak to. RM18 je sekilo. Selalunya dekat tiga puluh hengget. So Ummi apa lagi, borong sampai dua biji. Ni lah nikmat dunia!


Sesapa teringin, pergilah masjid Kepong dekat dengan AEON Jusco. Kat depan masjid tu ada kedai durian. Cina yang jual. Really recommended untuk hantu durian. Tokey dia jujur. Kalau sedap dia kata sedap. Kalau durian gred tak elok pun dia bagitau awal2. Mintak diskaun pun boleh. Agaknya sebab berniaga depan masjid, jadi nilai-nilai murni ada dlm diri kihkihkih.

Monday, December 2, 2013

MPH Clearance Sale

0 comments
Minggu lepas abah balik kerja dengan satu beg plastik penuh dengan buku2 cerita. Rupanya sebelum ambik anak2 dari nursery dia sempat singgah MPH Clearance Sale kat PJ. Murah sangat2 katanya. Diskaun up to 90%.  Memang sangat berbaloi sebab semua buku tu hard cover dan cantik lagi keadaannya. In fact, semuanya masih berbalut. Contohnya buku kat bawah ni, yang kononnya dibelikan khas untuk Anas yang tak pandai membaca lagi. Harga asal RM29.90. Lepas diskaun 90% harganya jadi RM2.99 je. Murah kan?
Tiga buku hard cover dlm box yang cantik
Tengok buku-buku ni pulak:

Harga asal RM49.90. Lepas diskaun jadi RM49.90. Mcm2 cerita ada.

Dua-dua buku ni harga asal RM32.90 lepas diskaun jadi RM3.29 SAJE
Sehari lepas to dia pergi MPH sale kat TTDI pulak. Borong buku kat bawah:


RM5 each. Semua pasal Donald Duck and Mickey Mouse.

Kitorang sebenarnya suka memborong buku. Ummi dulu kecik2 suka pergi library tak jauh dari rumah sebab nak baca buku Sesame Street. Bila dah anak dara sikit, gila baca novel. Romance pastinyaa hikhikhik. Terutama bila cover page heronya mengancam. Terus tang-tang-tu khatam hahaha. Ummi harap sifat suka membaca amalan mulia ni akan diwarisi anak2 ummi nanti. Ummi cadang nak beli almari untuk letakkan semua buku2 yang ada ni. Buat ala2 mini library gitu! Tapi entah bilalah 'orang tu' nak belikan.

Tak macam abah. Dia gila beli buku. Dari sekarang dah kata nak terjah Big Bad Wolf bulan 12 ni. Tapi dia sebenarnya bukan suka membaca pun. Niat dia semata2 nak dapatkan rebate income tax. Ceh...itu bukanlah amalan mulia!




 

My Journey Through Motherhood Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez