8hb yang lepas bday ummi yang ke-17 tahun. Sebagai hadiah, abah ajak pergi bercuti. Orang lain dah naik sekolah, kitorang baru terhegeh2 nak pi holiday. Tapi memang sengaja pun sebab tak mahu bersesak2 dengan orang ramai.
Abah booked bilik hotel 3D2N kat Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Last kitorang ke sini lebih kurang 5 tahun lepas sempena IEEP. Time tu Aiza kecik lagi belum pandai jalan. Tapi pergi kali ni dia dah ada 2 orang adik hihihihi.
Abah ambik pakej namanya Kiddies Treat. Pakej ni termasuk:
- 2 night stay for 2 adults and up to 2 children. Ada katil twin sharing dan ada jugak sofa yang extra large size single bed. So memang cukup utk kitorang anak beranak.
- Daily buffet breakfast for 2 adults and up to 2 children. Menu boleh tahan.
- 1 buffet dinner for 2 adults and up to 2 children. Menu TAK BOLEH TAHAN. Selection sangat sikit. Rasa makanan pon so-so saje. Nasib baik inclusive dalam pakej. Kalau nak bayar extra hanya untuk dinner, memang tak berbaloi.
- Special gift for the child (up to 2 children). Dapat 2 set 3D puzzle.
- 20 minutes KMX bicycle ride. Yang ni kitorang tak ambik.
- Fish feeding fun. Ada petting zoo kecik je. Ada arnab, ayam etc. Happy le budak2 bagi makan arnab.
Semua sekali kalau tak silap campur tax etc RM500++. So oklah kot.
Dah namanya pun Cove, so berdepan dengan hotel ialah tempat kapal2 berlabuh. Private beachnya kecik je. Itupun kena jalan jauh sikit ke arah Hotel Selesa. Tapi tetap jugak Aiza & Asyraf happy main pasir.
Tapi yang paling syok tak lain tak bukan ialah Anas. Dia tak kisah orang lain main pasir ke, berenang kat swimming pool ke, kasi makan rabbit ke, yang dia tahu aktiviti dia jalan macam biasa:
TIDUR
hehehehe
Looking forward for our next vacation. Tengah pikir tarikh paling sesuai nak redeem tiket Hello Kitty World menang contest Dutch Lady hari tu. Till then, bye.
3 comments on "Avillion Admiral Cove, Port Dickson"
Seronok bercuti di pd..
Boleh saya tau berapa deposit di Avillion?
sebab bayar guna kad kredit, so Avillion tak ambik deposit
Post a Comment