Alhamdulillah Allah panjangkan umur ummi untuk melihat Aiza, Asyraf dan Anas membesar di depan mata. Semoga Allah memberkati usia ummi dan terus memberi ummi kesempatan untuk berbakti pada Nyai & Yai, mencurah kasih sayang pada abah dan anak2. Amin.
Sempena hari jadi hari ni, dan sempena dah nak naik kerja minggu depan...abah bawak kami semua bercuti! Yeay! Hikhik orang lain dah naik sekolah kami baru terhegeh2 nak holiday. Tapi tu lah yang bestnya. Tak perlu bersesak2 dengan orang ramai.
p/s hari ni nervous mode sebab 1st day nak tinggalkan Anas kat nursery sementara ummi dan abah nak setelkan beberapa perkara. Lepas lunch date, baru ambik budak2 dan terus pergi bercuti.
0 comments on "Ummi Turns 33"
Post a Comment